Anda di halaman 1dari 5

Mata pelajaran

Sains

Kelas

4 Cemerlang

Tema/ tajuk

Sains Hayat/ Proses Pernafasan Manusia

Masa

8.45 9.45 pagi ( 1 jam )

Standard Pembelajaran

3.1.1, 3.1.2, 3.1.3

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:1. Menyatakan manusia bernafas menggunakan


hidung,trakea dan peparu melalui pemerhatian
menerusi slaid powerpoint.
2. Melakar laluan udara semasa menarik dan
menghembus nafas.
3.

Memerihalkan pergerakan dada dengan


meletakkan tangan di dada semasa menarik
dan menghembus nafas.

Kemahiran Proses Sains

Memerhati, membuat inferens, mendefinisi secara operasi,


berkomunikasi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

SET INDUKSI.
1.

Guru memberikan belon kepada semua murid.

2.

Guru mengarahkan murid tersebut meniup udara ke dalam


belon dan selepas itu mengeluarkan semula udara dari belon.

Soalan: Apakah yang kamu perhatikan setelah belon ditiup?


Jangkaan jawapan : Belon menjadi besar, belon mengembang
Soalan : Apakah yang kamu perhatikan setelah udara
dikeluarkan dari belon ?
Jangkaan jawapan : Belon menjadi kecil atau kempis
3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk yang akan dipelajari
iaitu Proses Pernafasan Manusia.

AKTIVITI 1
1.

Murid ditunjukkan dengan organ yang terlibat dalam proses


pernafasan manusia.(organ pernafasan)

2.

Guru menyoal murid :

Soalan : Apakah organ yang terlibat dalam proses pernafasan manusia ?


Jawapan : hidung / mulut , trakea, peparu
Soalan : Apakah organ yang paling penting dalam proses pernafasan
manusia ?
Jawapan : Peparu.
3.Guru meminta murid meletakkan tangan di dada dan murid menarik dan
menghembus nafas.
4.Guru bersoal jawab tentang pergerakan dada semasa menarik dan
menghembus nafas.
Soalan : Apakah yang dapat diperhatikan semasa kamu menarik dan
menghembus nafas ? Mengapa ?

(SOALAN HOTS)

Jangkaan jawapan : Dada akan naik dan turun.


Dada naik kerana udara masuk,
Dada turun kerana udara keluar

AKTIVITI 2
1.Guru menunjukkan video berkaitan laluan udara masuk dan keluar
semasa menarik dan menghembus nafas.
2.Beberapa orang murid dipilih untuk menceritakan semula proses
pernafasan dari aspek laluan udara dan pergerakan dada.
3. Guru membimbing murid untuk menyatakan laluan udara semasa proses

menarik dan menghembus nafas.


4.Guru menerangkan proses pernafasan manusia menggunakan
power point.
AKTIVITI 3

1.Murid diberikan lembaran kerja 1 dan lembaran 2. Murid dikehendaki


melabelkan organ yang terlibat dalam proses pernafasan manusia
dan melakar laluan udara yang terlibat semasa menarik dan
menghembus nafas.
2. Guru membimbing murid untuk pelaksanaan aktiviti.
3. Guru membuat rumusan tajuk pengajaran.

EMK

TMK, Bahasa, Kreatif

Bahan Bantu Belajar

LCD, Komputer, Lembaran Kerja, Powerpoint, Video,


Belon

Penilaian PnP
Pengukuhan

Guru mengedarkan lembaran kerja 1 dan 2

Pemulihan

Lembaran Kerja 3

Pengayaan

Lembaran Kerja 4

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai