Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih kepada Cikgu ……..

selaku pengacara majlis pada


pagi yang indah ini.

Bismillahhirrahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salamsejahtera, salam Malaysia Madani.

Yang Berbahagia, Encik Nasir b……, Yang Dipertua PIBG SK


Hashim Awang,Yang Berbahagia En Yusuf b Shari, KPPD
SPU, Barisan Penolong Kanan
PKP Cik Syakeena bt Hashim
PK Hem En Mazli b Mohamed
PK Koko Puan Sarina bt Mphamed
PK P.Khas En Shahidan b Ibrahim
Guru-guru hebat lagi cemerlang SKHA,
ahli-ahli jawatankuasa PIBG
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah
kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu
maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-
… … . dapat diterjemahkan hari ini.
Sekalung penghargaan di atas kehadiran Yg Berbahagia
En Yusof b Shari KPPD SPU yang telah sudi menerima
jemputan PIBG SKHA untuk sama-sama hadir pada pagi
ini bagi merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke…. , tujuan
untuk mewawarkan kepada ibubapa KPPD SPU yang
baru
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat
hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagimerealisasikan visi dan misi
sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan
juga terima kasih dan syabas kepada semua guru yang
berhempas pulas dan menunjukkan komitmenyang tinggi
dalam menjayakan majlis kali ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Kita semua sedia maklum, bahawasanya prasarana


SKHA banyak kekurangan. Pihak sekolah
masih menggunakan sebahagian bangunan asal sekolah
lama sebagai kelas-kelas untuk melakukan pdpc sidang
pagi dan pdpc kelas kafa di waktu petang. Walaupun catnya
banyak yang telah pudar dan kurang ceria
namun pihak sekolah tidak menjadikannya kekangaa
n kepada kejayaan sekolah ini di bidang akademik.
hem dan kokurikulumnya. Di dalam pencapaian PBD dan
kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh yang lalu, SK
Hashim Awang telah mencatatkan kejayaan yang cemerlang.

SKHA tidak ketinggalan di dalam kokurikulum. Pada


tahun 2022 telah mencatatkan kejayaan dalam
kokurikulum

SKHA menggalas visi menjadi sekolah cemerlang


menjelang 2023 Dengan Mis inya Mem bangunkan
Sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan
melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaaan. Halini selaras dengan kata-kata ‘Aspirasimu
ainspirasi kami “ Kita sedia maklum bahawa anak-anak
ini merupakan penyejuk hati, pengarang jantung
Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi
menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-
anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua
ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan
ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa janganlah
meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada
pihak sekolah sahaja.
Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa
a m a t d i p e r l u k a n d a l a m memastikan kejayaan anak-
anak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran
dan pembelajaran, ibu bapa perlu memastikan anak-
anak membawa peralatan sekolah seperti alat tulis
serta buku teks. Selain itu, ibu bapa perlu memastikan
anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah agar
masalah pelajar lewat boleh diatasi. Ibu bapa perlu
memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap
pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu diberikan kasih sayang
dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak
tersisih.Ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah
mengadakan program dan majlis ilmu dengan memberi alasan
sibuk bekerja. Keadaan ini amat menyedihkan pihak
sekolah kerana ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh.

Jadi, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu


bapa memberi kerjasama yang erat kepada pihak sekolah
supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekali gus
dapat menyuntik semangat belajar dalam sanubari anak-
anak.Anak-anak amat memerlukan inspirasi
dan galakan untuk belajar. Minat belajar perlu ditanam dan
disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka
ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewa
rnainya. Anak-anak memerlukan masa untuk bermesra dan
berbincang dengan ibu bapa mereka.
Ibu bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa
untuk tujuan tersebut.Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun
ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa boleh m e n e l e f o n
untuk bertanya khabar atau makan semeja
p a d a w a k t u y a n g berkesempatan. Pokoknya, di mana
ada kemahuan, di situ ada jalannya.Pihak sekolah juga akan
melaksanakan program ziarah cakna ke rumah anak-anak Sk
Hashim awang . Saya mohon agar ibu bapa penjaga
membenarkan kami mengadakan lawatan ke rumah ini
kerana kami komuniti sekolah ingin lebih rapat
dengan keluarga anak-anak didik kami. Kami mohon agar
keluarga anak-anak didik kami ini agar tidak perlu bersusah
payah menyediakan jamuan dan sebagainya, dan
kunjungan kami pula bukan berniat memandang rendah
kepada ibu bapa penjaga tetapi ianya lebih kepada mahu
membina hubungan silaturrahim sesama kita. Jadi saya
berharap agar selepas ini, jika pihak sekolah
memaklumkan hendak ke rumah murid-murid bagi
melaksanakan program ziarah cakna, biarlah jawapan
positif yang kami terima daripada pihak tuan puan sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima


kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama
yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah.
Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan mak
aanak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan
yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan
kokurikulum.Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan
kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Nasir
bin yang banyak memberi sokongan baik dalam
bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak
keterlaluan jika sayakatakan barisan PIBG sekolah ini
amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah
mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Terima kasih
sekali lagi kepadaTuan Yusuf bin Sharii, tetamu khas kita
yang sudi hadir

Semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan


tanggungjawabmasing-masing bagi membina insan
yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabill
a h i t a u f i k w a l h i d a y a h , wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai