Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN GURU BESAR UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Yang Berusaha Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru, Encik Ahmad Safuan Bin Ahmad Tarmizi, Yang Dihormati Encik Saiful Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Akademik, Encik Abdullah Bin Khairullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Barisan Guru dan para pelajar yang saya kasihi sekalian. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya,kita dapat bersamasama dalam Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Retang, Jerantut Pahang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kerana memberi peluang untuk saya berucap di hari yang berbahagia ini. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Hari ini, kita dapat lihat, anak-anak kita diberikan penghargaan diatas hasil usaha mereka dalam mengecapi kecemerlangan. Kita sebagai ibubapa dan guru seharusnya berasa bangga diatas kejayaan mereka.Dalam menempuh cabaran pendidikan yang penuh mencabar prestasi kecemerlangan amat dititikberatkan. Pelajar- pelajar dididik dengan penuh rasa tanggungjawab oleh guru guru. Ini adalah bermatlamatkan melahirkan generasi yang berintelek dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan model Modal Insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Oleh sebab itu, saya berasa amat berbesar hati kerana pada tahun ini, peningkatan prestasi kecemerlangan pelajar di sekolah ini amat membanggakan. Ini adalah kerana, daya usaha yang gigih oleh para pelajar dan didikan guru telah membuahkan hasil yang dapat dijadikan tiang aras dalam memandu kemajuan dapat dilihat. Disamping itu juga, penglibatan ibu bapa dalam pencapaian akademik para pelajar juga amat penting. Ini adalah kerana, bermulanya dirumah anakpencapaian akademik untuk masa hadapan. Pelbagai faktor dalam mengecapi kecemerlangan akademik pelajar

anak dididik dengan pembelajaran secara tidak formal. Ibubapa dijadikan sebagi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.Didikan yang baik daripada kedua ibu bapa dapat membentuk nilai-nilai yang baik seperti rajin, gigih, sifat ingin tahu dan tidak mengenal erti putus asa dalam diri setiap pelajar. Setiap anak-anak yang ditanamkan dengan nilai- nilai ini akan secara tidak langsung akan terbawa-bawa sifat ini ketika mereka berada di sekolah. Sekaligus, anak-anak ini dapat membiasakan diri dengan sesi pembelajaran yang memerlukan sifat ingin tahu dan rajin dalam menimba ilmu. Melalui media cetak, anak-anak dididik dengan sifat rajin membaca. Oleh sebab itu, ketika peperiksaan dijalankan, anak-anak ini telah dipupuk dengan budaya yakin pada diri sendiri. Ilmu yang dipelajarinya digunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan hasil yang mereka perolehi kelak dapat dibanggakan oleh ibubapa dan para guru. Warga dewan yang budiman, Institusi kekeluargaan yang bahagia menjadi pendorong dalam sesebuah kejayaan anak-anak. Cuba anda lihat, dalam dunia pada hari ini, anak-anak menjadi mangsa akibat penceraian ibu bapa mereka. Mereka tidak diberikan kasih sayang secukupnya sehinggakan didikan akademik terabai. Bayangkan, sekiranya ramai anak-anak ini amat bernilai. Oleh sebab itu, saya menyeru pada diri saya dan para hadirin yang berada disini bahawa, kita sebagai ibubapa haruslah bertanggungjawab dalam memelihara anugerah Allah yang telah diamanahkan kepada kita. Disamping itu juga, ibu bapa bertanggungjawab dalam mengawasi anakanak. Kita seharusnya lebih peka dengan siapa anak-anak kita berkawan. Ini adalah penting dalam memastikan anak-anak kita tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Cuba kita lihat pada hari ini, gejala sosial yang semakin menular yang menjadi wabak yang serius dalam masyarakat. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan tahap pendidikan anak-anak kita terabai dan mundur. Ini jelas apabila anak-anak yang rosak akhlaknya tidak

dapat diberikan pendidikan yang sewajarnya diberikan. Anak- anak yang kita lihat dalam dewan ini seharusnya kita pelihara supaya kecemerlangan di dalam genggaman mereka.

Pihak sekolah juga bertanggungjawab memainkan peranan membantu dalam kecemerlangan pelajar. Saya bersama warga pendidik disekolah ini akan memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh pelajar dapat dipenuhi dengan sebaiknya. Para pelajar khususnya diberikan kelas tambahan untuk memperkukuhkan lagi ilmu yang dipelajari didalam kelas ketika sesi persekolahan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pihak Kementerian turut menyediakan perisian dan bahan digital seperti perisian sistem dan aplikasi lengkap. Ini membuktikan kerajaan mengambil langkah yang bijak dalam memastikan penguasaan ilmu dikalangan murid-murid dapat dilestarikan dengan kreatif dan menarik. Disamping menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur serta perkakasan yang mencukupi telah disediakan dengan pembinaan pusat akses dan meningkatkan penggunaan komputer, televisyen, cakera video digital (DVD). Pihak sekolah telah berusaha dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada para pelajar. Dalam dunia tanpa sempadan ini, para pelajar telah didedahkan dalam pencarian ilmu tanpa sempadan. Kita juga sebagai ibubapa seharusnya bersama-sama dalam mempelajari dunia teknologi maklumat ini. Kemajuan dalam bidang ini sekaligus mempelbagaikan kemahiran yang dapat dipelajari dalam kehidupan seharian. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Disini, saya ingin mengucapkan ribuan syabas dan tahniah pada anakanak yang berjaya, manakala pada anak-anak yang lain boleh berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa hadapan. Sesungguhnya, setiap usaha yang kita lakukan akan mendapat keuntungan pada diri kita. Sekian sahaja ucapan saya

pada hari ini. Sebelum saya mengundur diri izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Kembang cempaka dihujung kota, Tumbuh bersua sri gading Semoga berjaya anak kita, Agar semua di menara gading. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai