Anda di halaman 1dari 2

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia, Encik Achong Anak Bujang, Guru Besar SK


Merdang
Yang Dihormati, Encik Oliver Anak Ted, YDP PIBG SK Merdang
Yang Berusaha, Puan Zaleha Binti Hamdan, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Puan Katina Anak Manchal, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik David Dawi Anak Jarry, Penolong Kanan Kokurikulum,
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih


kepada semua yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada
pelajar yang menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang
cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang
berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu
melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik
mahupun sahsiah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini, peranan pendidikan telah berubah. Murid-murid


bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik
sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu
dan berakhlak mulia. Kita juga patut sedar, sistem pendidikan kini
memerlukan perubahan selaras dengan keperluan semasa, untuk
memenuhi tuntutan zaman. Sistem pendidikan kita mestilah
sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui
proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran
zaman.

Para hadirin yang saya muliakan,

Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan


berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak.
Pelbagai program diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai
platform meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran
anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan
sekolah.

Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan


sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi
muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan
penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di
sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan
zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan
bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh
semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada
kejayaan anak-anak. Ibu bapa perlu menitikberatkan soal
pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi
juga di rumah.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya percaya sambutan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini


selari dengan matlamat memotivasikan murid agar terus berusaha
untuk mencapai kecemerlangan. Diharapkan semoga program
seumpama ini dapat berterusan pada masa akan datang bukan
sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang
cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas


dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah atas
pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian tersebut tidak
berakhir di sini. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi


mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana
berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini.
Saya dengan ini merasmikan, Majlis Anugerah Kecemerlangan
dan Graduasi Tahun 6 SK Merdang bagi tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai