Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MOSOPOH

PETI SURAT 28,


89957 NABAWAN, SABAH
TEL : 087-366204 (PPD Nabawan)
FAKS : 087 – 366051 (PPD Nabawan)
EMAIL : : skulumosopoh@gmail.com

Ruj. Kami : SKUM (NP) 100 – 2/4/5 (9)


Tarikh : 23 September 2019

Tuan / Puan,

PROGRAM DERMA AMAL UNTUK LAWATAN ILMIAH TAHUN 6 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan/puan, Sekolah Kebangsaan Ulu Mosopoh akan mengadakan


lawatan ilmiah tahun 6 ke Kundasang dan Ranau seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 08 November 2019 - 10 November 2019


Masa : Jumaat hingga Ahad

3. Sehubungan dengan itu, program derma amal ini bertujuan untuk mengumpul dana
lawatan ilmiah tahun 6 ini. Kami sedia melakukan kerja amal yang ditugaskan dan bersesuaian
untuk mendapatkan upah kerja amal sekurang-kurangnya RM 1.00 bagi setiap kerja amal yang
dilakukan.

4. Segala kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________
JENNIFFER BALAT
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
Sk Ulu Mosopoh,
Nabawan Pensiangan.
Sk. : Fail
AM/nnj
23092019/0950

Anda mungkin juga menyukai