Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MOSOPOH

89957 NABAWAN, SABAH

KERTAS KERJA

KARNIVAL SANTAI LINUS 2.0


SARINGAN 2
TAHUN 1 & TAHUN 2

Tarikh : 11 Oktober 2018


Hari : Khamis
Masa : 8.00 pg – 12.00 tngahari
Tempat : Dewan Terbuka SK Ulu Mosopoh
KERTAS KERJA KARNIVAL SANTAI LINUS 2.0 (SARINGAN 2)
TAHUN 2018
PENDAHULUAN

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program
intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi dan asas numerasi
semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada
NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, Karnival Santai LINUS ini dirancang
dan dilaksanakan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid tahun satu dan tahun dua
yang masih tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Di samping menarik
perhatian murid kepada aktiviti pdpc dan meningkatkan tabiat membaca di kalangan murid dan
pembelajaran sepanjang hayat.

TUJUAN

Karnival Santai LINUS 2.0 (Saringan 2) ini bertujuan membantu mencapai sifar murid LINUS tahun
1 dan tahun 2 dan meningkatkan penguasaan konstruk 1 hingga konstruk 12 menggunakan bahan
bantu mengajar yang menarik dan dicipta oleh ibubapa sendiri serta boleh digunakan dalam
pembelajaran di rumah.

MATLAMAT

Tujuan program ini dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira
dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan 2 serta memupuk tabiat membaca.
Program ini juga melibatkan ibubapa dalam membantu meningkatkan penguasaan murid bagi
setiap konstruk.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Ibubapa membantu menarik perhatian murid tidak menguasai K1 hingga K12 dengan bahan
bantu mengajar yang menarik.
2. Ibubapa membantu anak-anak mereka menguasai asas literasi dan numerasi.
3. Mensifarkan murid-murid yang tidak menguasai LINUS.
4. Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam setiap ujian saringan LINUS.
5. Ibubapa dan guru membantu memulihkan zon kelemahan murid-murid dalam LINUS.

PESERTA KARNIVAL

1. 7 orang murid tahun 1 bersama ibubapa


2. 4 orang murid tahun 2 bersama ibubapa
3. 1 orang murid tahun 5 bersama ibubapa
TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 11 Oktober 2018


Hari : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SK. ULU MOSOPOH
Masa : 8.00 pg hingga 12.00 tngahari

JAWATAN KUASA INDUK KARNIVAL SANTAI LINUS 2.0 (SARINGAN 2)

Pengerusi : En Ampaku Mantis


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Jennifer Balat
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Kamis Ansuyang
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Maidi Ely Braga
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Nurul Nazihah bt Jamaludin
(Penyelaras LINUS)
Bendahari : Pn Roslin bt Gani

JAWATAN KUASA PELAKSANA KARNIVAL SANTAI LINUS 2.0 (SARINGAN 2)

Pengacara : Pn. Masbillah Morogos


AJK Siaraya & peralatan : En. Abdul Halim Saadan
AJK Makanan : Cik. Thanaletchimi Rama
AJK Backdrop : Pn. Salfarina Parasin
AJK Pendaftaran : Pn Nurul Nazihah bt Jamaludin
Juru Foto : En. Muhamad Syafiq Bin Mohd Zain

Kump. Bahasa Malaysia : Pn Nurul Nazihah bt Jamaludin


En Muhamad Syafiq bin Mohd Zain

Kump. Matematik : Pn . Masbillah Morogos


En. Maidi Ely Braga

Kump. Bahasa Inggeris : Cik Thanaletchimi Rama


Pn Salfarina Parasin

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Bilangan Harga Seunit Jumlah (RM)


(RM)
1 Backdrop RM 10.00
2 Jamuan 13 orang Rm 2.00 RM 26.00
3 Alat dan bahan RM 25.00
4 Goodie bag 13 orang Rm 3.00 RM 39.00
JUMLAH RM 100.00
SUMBER KEWANGAN

1) PCG Panitia Bahasa Melayu


2) PCG Panitia Bahasa Inggeris
3) PCG Panitia Matematik

KEPERLUAN PERALATAN
1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer
2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

TENTATIF KARNIVAL SANTAI LINUS 2.0 (SARINGAN 2)

8.00 pg : Ketibaan ibubapa


: Ucapan alu-aluan
Pn Jenniffer Balat (Penolong Kanan Pentadbiran)
: Taklimat LINUS oleh Penyelaras LINUS
Pn. Nurul Nazihah bt Jamaludin
9.00 pg : Pembahagian kumpulan ibubapa dan anak
: Ibu bapa bergerak ikut stesen (3 stesen)
: Taklimat penghasilan Bahan Bantu Mengajar di setiap stesen oleh guru
matapelajaran
: Aktiviti penghasilan bahan bantu mengajar oleh ibubapa
10.30 pg : Rehat / Jamuan makan
11.00 pg : Aktiviti pembelajaran ibubapa dan anak menggunakan bahan
bantu mengajar yang dihasilkan dengan bimbingan guru
12.00 tngahari : Penutupan Karnival Santai LINUS 2.0
En Victor Gary Anak Ajen
(Fasilinus Literasi Bahasa Inggeris)
Penyerahan modul Matua Anguvas Saringan 2

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah
dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan
program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan
dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_______________________ _______________________
Nurul Nazihah bt Jamaludin Jenniffer Balat
Penyelaras LINUS Penolong Kanan Pentadbiran
Sk. Ulu Mosopoh Sk. Ulu Mosopoh

Anda mungkin juga menyukai