Anda di halaman 1dari 1

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru Kanan,

guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum saya ucapkan. Saya


________________________________________________________ selaku wakil murid
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis
sambutan Hari Kanak-Kanak ini.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak iaitu
terdiri daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-Kanak amat besar maknanya kepada
saya dan rakan-rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi kami
sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.
Hari Kanak-Kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa terhadap kita.
Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian dan hadiah.
Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk menjadi
kanak-kanak yang baik dan berbudi bahasa.
Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami sebagai kanak-
kanak yang berjaya dalam pelajaran. Kami memohon kepada guru-guru agar mendidik kami
dengan penuh kasih sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti
menegur anak sendiri.
Hadirin yang dikasihi,
Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak murid yang
baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami sematkan di dada.
Kami juga berikrar untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya
menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah
serangkap pantun;
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai