Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Mohd Zamri
bin Tuan Sulaiman, Guru besar Sekolah Kebangsaan Tapah, Puan Salasiah binti
Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norliza binti Yunus, Penolong kanan Hal
Ehwal Murid, Puan Sabariah binti Abu Bakar, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-
guru yang disayangi dan rakan-rakan murid yang dikasihi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Sebagai wakil murid, Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis
Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Tapah bagi sesi
2023/2024 ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Hari Kanak-kanak amat besar maknanya kepada saya dan rakan-rakan murid. Hal
ini kerana alam kanak-kanak ini merupakan alam pertama bagi kami
sebelum menempuh alam remaja dan dewasa. Tahukah rakan-rakan sekalian, Hari
Kanak-Kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran
tentang hak dan isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

Selain itu, Hari Kanak-kanak juga disambut sebagai tanda penghargaan


orang dewasa terhadap kita. Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk
seperti kasih sayang, perhatian dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang
diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk menjadi kanak-kanak yang
berjaya, bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar dapat


mendoakan, mendorong dan menjadikan kami sebagai kanak-kanak yang
berjaya dalam pelajaran, seterusnya sebagai insan yang berjaya di dunia
dan akhirat. Kami memohon kepada guru-guru agar mendidik kami dengan
penuh kasih sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti
menegur anak sendiri.
Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak
murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami
sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk menjadi murid yang cemerlang dalam
pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat
dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan
diri, terimalah serangkap pantun;

Kami ini kanak-kanak warisan,


Sebagai pengisi generasi cemerlang;
Baktimu guru dalam ingatan,
Menjadikan kami kanak-kanak gemilang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai