Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan YDP PIBG Sempena Hari Guru 2013

Selamat pagi. Salam sejahtera, salam perpaduan dan Salam 1Malaysia…

Yang berusaha Puan Hajah Jumaiyah Binti. Hamzah, Guru Besar SK (2) Simpang
Lima, Klang, Selangor.
Puan Hasmawati Binti Mahamud, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Puan Wee Nai Chau, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tuan Haji Nor’ihsan Bin Shariff, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, SK (2) Simpang Lima, Klang.
Guru-guru yang diraikan dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Saya ingin melahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah
pada tahun ini.  Semoga hari yang penuh bermakna bagi warga pendidik di sekolah ini
disambut dalam suasana yang ceria, harmoni dan menyeronokkan.

Sidang hadirin yang berbahagia,


          
            Saya ingin mengambil kesempatan dan peluang pada hari ini untuk
mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima kasih Cikgu buat semua guru  di sekolah
ini. Guru-guru  di sekolah ini begitu dedikasi, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan
tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Mereka telah mendidik, mengajar,
membimbing malah turut mengasuh murid-murid agar menjadi insan yang harmonis.

            Bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Malaysia : 1
Aspirasi 1 Agenda. Guru-guru di sekolah ini adalah sebahagian daripada guru-guru
inovatif yang terdapat di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan telah dicipta baik dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum. Kesungguhan para guru untuk membawa
transformasi atau perubahan di sekolah ini, tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana

1
pihak. Kejayaan pihak sekolah  dalam pencapaian UPSR untuk tempoh dua tahun
berturut-turut dan kecemerlangan dalam bidang unit uniform serta sukan ping-pong,
ragbi dan tenis membuktikan betapa konsistennya pengurusan pihak sekolah dan
peranan yang dimainkan oleh setiap warga sekolah.

            Kini, peranan guru dalam melonjakkan transformasi pendidikan negara harus
bergerak seiring dengan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak ibarat kain putih yang
bersih maka sememangnya ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Namun,  ibu
bapa turut meletakkan harapan yang tinggi agar anak-anak mereka  turut memiliki
sahsiah yang sempurna semasa di sekolah.

Kerana apa? Kerana di sekolahlah, anak-anak ini berpeluang untuk mengembangkan


bakat, kebolehan, kecenderungan, mengeluarkan pendapat, berkomunikasi dan
berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Peluang tersebut tidak mereka miliki semasa
mereka berada di rumah atau bersama keluarga. Lebih-lebih lagi apabila para guru
dijadikan  sebagai  ‘role model’ kepada keberkesanan pendidikan untuk murid-murid di
sekolah dan masyarakat.

Sidang hadirin yang dihormati,

            Selaku YDP PIBG, saya turut merasakan betapa pentingnya sambutan hari guru
diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan hari guru ini adalah satu pengiktirafan
dan penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik
anak bangsa Malaysia. Justeru, wajarlah bagi murid-murid, ibu bapa dan masyarakat
meraikan sambutan hari guru . Inilah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa terima
kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa insan yang tidak ternilai yang
bernama guru.

2
            Kepada semua murid yang saya kasihi sekalian, hargailah jasa para guru.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Akhir kata, kepada semua para pendidik di sekolah ini, jasa, bakti dan pengorbanan
yang cikgu berikan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sama-samalah kita
memanjatkan doa agar semua guru di SK (2) Simpang Lima, Klang ini diberi kekuatan,
kesabaran, kegigihan  dan kesihatan agar dapat  melaksanakan tugas yang mulia ini.

Sekian, terima kasih........

Anda mungkin juga menyukai