Anda di halaman 1dari 2

KERJA KURSUS PENDEK

PROGRAM
PENSISWAZAHAN
GURU (PPG)

NAMA :

KURSUS : LITERASI
NOMBOR (WAJ3105)

SEMESTER : 1

TARIKH MULA

20 Ogos 2011

24 September 2011
TARIKH TAMAT

Hasil Pembelajaran Kursus

1.
2.

mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah yang sesuai;


mengenaIpasti hubungan antara dan bahan konkrit, gambar dan abstrak
yang mewakili ilmu matematik;

3.

mengilustrasikan keperluan dan cara untuk menghubungkan ilmu matematik ke dalam


mata pelajaran lain; dan
4.
mendemontrasikan pemahaman dengan memasukkan pendekatan dan strategi
numeracy dalam kehidupan seharian.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1 dan 4
Objektif Kerja Kursus Pendek
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.
mewakil data dengan mengguna carta yang sesuai;
2.
menganalisis data dan mengintepretasi data dengan sukatan kecenderungan memusat
dan sukatan serakan.
3.
mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam matematik
Tugasan Kerja Kursus Pendek: (60%)

Skor mentah dalam peperiksaan tidak dapat memberi gambaran keseluruhan tentang
pencapaian calon peperiksaan. Oleh yang demikian skor mentah perlu dipersembahkan
dengan jadual atau carta supaya ianya lebih sistematik dan mudah difahami.
Menganalisis data dengan sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
akan membantu guru memahami pencapaian setiap murid dalam peperiksaan.
Anda dikehendaki membuat analisis pencapaian murid-murid dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah yang anda bertugas dan membincangkan prestasi
pencapaian mereka.
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1.
Tugasan ini adalah tugasan individu.
2.
Analisis data adalah berdasarkan empat mata pelajaran dalam UPSR iaitu Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
3.
Langkah-langkah pelaksanaan tugasan:
(a)
sediakan satu jadual gred pencapaian murid-murid bagi UPSR tahun 2010,
(b)
mewakili keputusan UPSR tahun 2010 dengan carta yang sesuai,
(c)
bincangkan pencapaian murid-murid mengikut gred dan mata pelajaran bagi tahun
2010,

(d)

bandingkan pencapaian UPSR tahun 2010 dengan pencapaian UPSR empat


tahun sebelumnya,
(e)
bincangkan pencapaian murid-murid dalam lima tahun bagi setiap mata pelajaran,
dan
(f)
huraikan program-program yang dijalankan di sekolah anda untuk meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam UPSR.
(g)
buat rumusan berkaitan dengan analisis dan interpretasi skor.
(h)
tulis satu refleksi berkaitan dengan pelaksanaan tugasan (satu muka surat).
4.
Amalan plagiat tidak dibenarkan.
5.
Sertakan senarai sumber rujukan dengan menggunakan format APA.
6.
Hasil kerja kursus mesti taip dengan langkau dua (double spacing) dan fon Arial saiz 12.
7.
Muka depan hasil kerja kursus (warna kuning tua) harus mempunyai maklumat berikut:
1. Nama pelajar
2. Nombor Giliran/No. K.P.
3. Kelas/Kumpulan
4. Nama dan kod kursus
5. Nama pensyarah pembimbing
6. Tarikh serahan
8.
Anda harus mematuhi tarikh serahan. Serahan tugasan lambat tanpa kebenaran akan
mengakibatkan gred diturunkan.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:
1. Konsep dan prinsip statistik
2. Perwakilan data dengan jadual dan carta yang sesuai
3. Analisis data dan interpretasi data dengan bermakna
4. Rumusan/cadangan
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
disertakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara analitikal.
Kriteria Pemarkahan
Tugasan ini akan dinilai berdasarkan templet garis panduan pemarkahan.
Disediakan oleh
Disahkan oleh
_______________________
_______________________
( HEAW KOK MENG )
Page | 2

Anda mungkin juga menyukai