Anda di halaman 1dari 1

UNIT PENDIDIKAN JASMANI (SR), Semester Empat, Program Pensiswazahan Guru, Ambilan Jun 2011, Insitut Pendidikan Guru,

Kampus Raja Melewar, Seremban, Karung Berkunci No.43, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Melalui, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban, Karung Berkunci No.43, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan, Ketua Balai, Balai Bomba dan Keselamatan, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.

18 Mac 2013

Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, SEREMBAN 2. Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program iaitu daripada Unit Pendidikan Jasmani (Sekolah Rendah), Program Pensiswazahan Guru, Ambilan Jun 2011 ingin memohon kebenaran untuk mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat di Seremban 2. 2. Untuk makluman pihak tuan, program ini diadakan bertujuan untuk memenuhi kandungan sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Pendidikan Keselamatan (PKE3102) bagi semester yang keempat ini. Melalui program lawatan ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran dan kefahaman secara teori dan amali tentang kepentingan keselamatan serta prosedur pencegahan kebakaran dan pertolongan cemas kepada para pelajar. Disamping itu, para pelajar juga akan dinilai oleh pensyarah pembimbing secara amali cara untuk mengendalikan kebakaran menggunakan pemadam api dan pertolongan cemas. 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, lawatan tersebut akan diadakan sepertimana yang berikut: Tarikh Hari Masa Tempat Pengelola Penglibatan : 20 April 2013 : Sabtu : 8.00 pagi hingga 5.00 petang : Jabatan Bomba dan Penyelamat, Seremban 2. : (PPG) - Unit Pendidikan Jasmani (SR), Semester 4, Ambilan Jun 2011. : 40 orang pelajar dan 2 orang pensyarah Jabatan PJK, IPGKRM.

4. Bersama-sama surat ini dilampirkan Kertas Kerja Program Lawatan dan Jadual Aktiviti. Pihak kami juga ingin menerima maklumbalas daripada pihak tuan secepat yang mungkin bagi pihak kami melaksanakan persiapan sebelum ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Seremban 2. 5. Segala kerjasama yang diberikan daripada pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, (INTAN DELAILA BT. MOHD NOR) Setiausaha, Program Lawatan Sambil Belajar, Unit Pendidikan Jasmani (SR) Semester 4, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai