Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


Disediakan oleh: Khairunnisa binti Mahat

Ann Mengumumkan ketibaan ,


Yang Berusaha,
En. Mohd Mohidi bin Sibli,
Guru Besar SK. Polis Kem,
barisan pentadbir dan guru-guru masuk ke dalam dewan.
Para hadirin dipohon berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
Ann lagu Bangsa Johor, lagu sekolah dan lagu tema transisi Kami Murid Baru.

Ann Hadirin dipersilakan duduk.

Masa
Cue Salutasi
Ann
Bismillahirrahmanirahim,

Dimulakan Lafaz Dengan Nama Allah Rabbul Izzati,


Dimohon Limpah Nikmat Yang Diberkati,
Diucapkan Puji-Pujian Kepada Allah dengan pujian sejati,
Diiringkan Sanjungan Dengan Limpah Kurnia, Yang Dirahmati.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,
En. Mohd Mohidi bin Sibli,
Guru Besar SK. Polis Kem,

Yang dihormati,
Pn Mahani binti Hanipah
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En Azlan Shah bin Abd Aziz


Guru Penolog Kanan Hal Ehwal Murid

En Azhar bin Mohamed


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Rabiatul Adawiyah binti Ab Rahim,


Guru Penolong Kanan Petang

Yang dihormati,
Ahli-ahli jawatankuasa Program Transisi, rakan-rakan guru seperjuangan, serta
anak-anak didik yang dirahmati dan dikasihi Allah sekalian.
Cue Bacaan Doa
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah kita
Ann bersama sama dalam MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1,
SK POLIS KEM BAGI TAHUN 2023/2024.

Meneruskan acara,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Dengan Limpah Kurnianya
Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.
Untuk itu, dengan sukacitanya dijemput Al Fadil Ustaz Mohamad
Hazami bin Mohd Taib
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Cue Selepas bacaan doa

Ann Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga berkat iringan doa itu tadi, majlis kita pada
petang ini, sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangnya.
InsyaAllah.

Masa
Cue Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Ann

Hadirin budiman, anak-anak murid yang cikgu kasihi sekalian,

Setelah 4 minggu berlalu, maka tamatlah sudah Program Transisi Murid


Tahun 1 Sk Polis Kem. Serba ringkas tentang tujuan Program Transisi
Murid Tahun 1 ini adalah untuk membantu murid-murid menghadapi
perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan
terlaksananya program ini, diharap anak-anak murid sekalian telahpun
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, membina
hubungan dengan guru-guru dan rakan sebaya serta meningkatkan
keyakinan diri murid dan sekaligus membentuk sikap positif dalam diri
anak-anak murid sekalian.

Masa
Cue Ikrar
Ann
Meneruskan acara, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar
murid tahun 1 , yang akan diketuai oleh adik Muhammad Harith
Danish bin Mohd Jufri dari kelas 1 Cerdas. Dipersilakan.

Masa
Cue Selepas bacaan Ikrar
Ann Terima kasih diucapkan kepada adik Muhammad Harith Danish bin

Atas keberanian mengetuai bacaan ikrar itu tadi..

Masa
Cue Ucapan GPK PETANG
Meneruskan acara,

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati


Puan Rabiatul Adawiyah binti Ab Rahim,
Guru Penolong Kanan Petang
untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


dihormati
Puan Rabiatul Adawiyah binti Ab Rahim,
Guru Penolong Kanan Petang atas
kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.
Masa
Cue Ucapan GB
Hadirin yang dihormati,
Tidak molek kiranya, jika ada alu tiada lesungnya,
Tidak berguna kiranya, jika ada dayung tiada perahunya,
Tidak lengkaplah majlis kita, jika tiada ucapan daripada nakhodanya.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha,
En. Mohd Mohidi bin Sibli,
Guru Besar SK. Polis Kem untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus
menutup rasmi Program Transisi Tahun 1 SK Polis Kem bagi Tahun
2023/2024. Dipersilakan tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha,


En. Mohd Mohidi bin Sibli,
Guru Besar SK. Polis Kem atas kesudian menyempurnakan majlis.
Masa
Cue Persembahan Murid 1 Amanah 1 Bestari dan 1 Cerdas

Ann Hadirin sekalian, kita berhenti rehat seketika. Kita buka pula tirai
persembahan daripada murid-murid tahun 1 Sk Polis Kem bagi tahun
2023/2024.

Dari Dewan __________________, terimalah persembahan daripada murid-


murid 1 Amanah dengan tajuk persembahannya Rahmatan Lil Alamin.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 1 Amanah atas persembahan itu


tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan ini hasil bimbingan Cikgu Siti
Suhaliza binti Kamaron.

Kita teruskan lagi dengan gelagat persembahan seterusnya, dari kelas 1


Bestari dengan tajuk persembahannya Goyang-goyang. Dipersilakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 1 Amanah atas persembahan itu
tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan ini hasil bimbingan dan sentuhan
daripada Cikgu Zatul Iffah binti Sahu.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seterusnya dari kelas 1 Cerdas


dengan tajuk persembahannya The Hello Song…dipersilakan.

____________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 1 Cerdas atas persembahan itu
tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan ini hasil bimbingan dan sentuhan
daripad Cikgu Ruhainum binti Sahari.
Masa
Cue Penyampaian Anugerah

Berbalik kita ke mari,


Ann

Ikan sembilang sepat dan kelah


Guna bubu biasa di hujung
Akhlak terpuji diberikan hadiah
Petanda adab dahulu baru ilmu yang disanjung.

Untuk menyempurnakan acara, untuk itu dipersilakan

Yang _________________

__________________________________________________

Diiringi oleh

untuk menyampaikan anugerah khas kepada murid-murid tahun 1.


Dipersilakan.

- Anugerah Murid Berdisiplin


- Murid Aspirasi
- Murid Dedikasi
- Murid Adiwira
- Murid Budiman

Bagi Anugerah Murid Berdisiplin, anugerah ini diberikan kepada murid-


murid yang sentiasa menjaga tingkah laku dan mengekalkan tingkah laku
yang baik sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Penerima bagi anugerah ini ialah


Bagi anugerah aspirasi, anugerah ini diberikan buat murid-murid yang
mempunyai daya ingin tahu yang sangat kuat sewaktu proses
pembelajaran di dalam kelas.

Penerima bagi anugerah ini ialah

Bagi anugerah dedikasi, anugerah ini diberikan buat murid-murid yang


selalu membantu rakan-rakan dalam pembelajaran di dalam kelas.

Penerima bagi anugerah ini ialah

Bagi anugerah adiwira didedikasikan buat murid-murid yang selalu


memimpin bacaan-bacaan doa di dalam kelas, serta berakhlak terpuji.

Penerima bagi anugerah ini ialah

Bagi anugerah budiman, didedikasikan buat murid yang sering membantu


guru dan menjaga hubungan baik dengan rakan sekelas dan juga guru di
sepanjang proses transisi ini berlangsung.

Penerima bagi anugerah ini ialah

____________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada

_____________________________________ atas kesudian


menyempurnakan majlis.
Masa
Cue Persembahan murid 1 Dinamik 1 Intelek dan 1 Wibawa

Ann Hadirin sekalian, kita berhenti rehat seketika. Kita teruskan lagi dengan
persembahan dari kelas seterusnya.

Untuk itu, terimalah persembahan daripada murid-murid 1 Dinamik dengan


tajuk persembahannya Sayang Allah dan Nabi. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 1 Dinamik atas persembahan itu


tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan ini hasil bimbingan Ustazah Fatin
Humaira binti Zainuddin.

Kita teruskan lagi dengan gelagat persembahan seterusnya, dari kelas 1 Intelek
dengan tajuk persembahannya Gummy Bear.Dipersilakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid 1 Intelek atas persembahan itu
tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan ini hasil bimbingan dan sentuhan
daripada Cikgu Siti Mariam binti Kamaruzaman.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan penutup dari kelas 1 Wibawa


dengan tajuk persembahannya Ibu Ayam Ditangkap Musang. dipersilakan.

____________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid kelas 1 Wibawa atas
persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin, persembahan ini hasil
bimbingan dan sentuhan daripada Cikgu Ahmad Yusri bin Mohamed.
Masa
Cue Penyampaian Anugerah Kepimpinan

Ann Hadirin sekalian begitulah tadi persembahan dan gelagat-gelagat murid


tahun 1 Sk Polis Kem bagi tahun 2023/2024.

Berbalik kita ke mari,


Kita teruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Kepimpinan.

Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan


_________________________________________________________________
diiringi oleh ___________________________________________________

Untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, penerima bagi anugerah ini merupakan murid


yang telah terserlah ciri-ciri sifat pemimpin dalam diri mereka sepanjang
Program Transisi ini berlangsung.

Penerima bagi Anugerah Kepimpinan ini jatuh kepada adik


____________________________________________________ .

Dipersilakan adik _________________________________ untuk menerima


anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada


________________________________________ diringi oleh
____________________________________________________ atas kesudian
menyempurnakan majlis.
Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah Kepimpianan itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis penutup program transisi tahun 1 SK Polis Kem
kita pada hari ini.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan


kepada para pentadbir, Ahli Jawatankuasa Majlis Penutupan Program
Transisi Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah


hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai