Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bagi memulakan majlis pada pagi ini semua hadirin dipersilakan berdiri bagi sama-sama menyanyikan
Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

Bismilllahirahmanirrahim.

Yang Berusaha Encik Ismail Bin Bahrin


Ketua Unit Pengurusan Akademik
Wakil Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Lawas bersama
----------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Merjoki Bin Chongpat
Penyelia Pendidikan Islam
PPD Lawas dan
----------------------------------------------------------------------------------
Encik Hadi Bin Matsidek
Penyelia Akademik
PPD Lawas
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Berusaha
Encik Abubakar Bin Damit
Guru Besar SK Pusat Lawas
----------------------------------------------------------------------------------
Cik Hamdiah Binti Talib
Guru Penolong Kanan 1
----------------------------------------------------------------------------------
Encik Naruddin Bin Ahmad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Zaki Bin Matali


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru, AKP
Para ibu bapa dan penjaga
Yang diraikan murid-murid TAHUN 1, 2019 serta seluruh pelajar SK Pusat Lawas yang disayangi
sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Penangguhan Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1, 2019
peringkat Sekolah SK Pusat Lawas.

DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ustaz Ahamd Asnawi Bin Azmy
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih Ustaz Asnawi atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan doa itu tadi majlis kita pada
pagi ini akan diberi keberkatan. InsyaAllah.
UCAPAN WAKIL MURID TAHUN 1

Guru-guru, ibu bapa & murid-murid sekalian, Program Transisi dan Guru Penyayang dilaksanakan
adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari
pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Program yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini adalah sangat rasional kerana
ia membantu Murid-murid yang masuk ke Tahun 1 datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman
yang berbeza untuk menyesuaikan diri mereka dalam suasana baru di sekolah rendah.

Banyak aktiviti yang dirancang bagi memenuhi tujuan ini seperti;


1. Aktiviti dinamika kumpulan
2. •Pengukuhan sosialisasi
3. •Pergerakan motor halus
4. •Motivasi diri
5. •Belajar melalui bermain
Dilaksanakan sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang dilajalankan di sekolah.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi dengan ini saya mempersilakan wakil murid Tahun 1 iaitu adik
Alson Bana dari kelas Tahun 1 Kreatif untuk menyampaikan ucapannya mewakili seluruh murid Tahun
1 SK Pusat Lawas. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Alson Bana atas ucapan itu tadi.

TAYANGAN VIDEO

Para jemputan, Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian,

Majlis pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan PERSEMBAHAN VIDEO Sepanjang Program
Minggu Transisi & Guru Penyayang dijalankan.

Begitulah detik-detik yang telah dirakamkan dalam persembahan video itu tadi. Terima kasih
diucapkan.
UCAPAN GURU BESAR

Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Abubakar Bin
Damit, Guru Besar SK Pusat Lawas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

UCAPAN WAKIL KPPD

Majlis pada diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Ismail Bin Bahrin, Ketua Unit
Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Lawas.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan sempena penangguhan Program Transisi dan
Guru Penyayang bagi Tahun 2019.
PERSEMBAHAN NYANIAN

Para Jemputan, Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian,

Majlis pada hari ini akan diserikan lagi dengan PERSEMBAHAN NYANYIAN daripada murid-murid
Tahun 1 SK Pusat Lawas. Mereka akan menyanyikan lagu tema bagi Minggu Transisi & Guru
Penyayang Yang Bertajuk:

ANAK CEMERLANG & TERIMA KASIH CIKGU

Majlis mempersilakan.

Terima kasih adik2 Tahun 1 atas persembahan yang menghiburkan. Seterusnya sebagai simbolik
majlis pada hari ini, mempersilakan murid-murid Tahun 1 memberikan tanda mata kenangan
kepada semua tetamu yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 1, berikan tepukan gemuruh kepada mereka
semua.

PENYAMPAIAN HADIAH

Bersempena dengan Program Transisi & Guru Penyayang peringkat SK Pusat Lawas, acara sukaneka
telah dijalankan untuk semua murid-murid Tahun 1.

Oleh itu bagi menyampaikan hadiah saguhati kepada murid-murid, majlis mempersilakan Encik Ismail
Bin Bahrin, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Lawas dengan diiringi Tuan Guru Besar untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Seterusnya Anugerah Pelajar Terbaik bagi setiap kelas


Tahun 1 Kreatif : Akup Sidir Anak Elexanda
Tahun 1 Proaktif : Ester Lydia Emu Johny
Tahun 1 Inovatif : Vivian Anak Andrew
Terbaik Keseluruhan : Daphne Philip

Seterusnya dipersilakan murid-murid Tahun 1 PPKI 2019;


1. Mohamad Hakimie Bin Riduan
2. David Lukas Yapui
3. Harith Ziyadh Rizq Hasrizan

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Ismail Bin Bahrin atas penyempurnaan acara penyampaian
hadiah itu tadi.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
jemp[utan serta ibu bapa yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Bintang barat terbitan petang,


bintang timur terbitan pagi,
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi

Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai