Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengacaraan Perhimpunan Rasmi Sekolah

20 Jan 2023

Catatan
NYANYIAN DAN IKRAR

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,


lagu Negeri Pahang, lagu sekolah
Semua guru dan murid diminta berdiri dan bersedia untuk
menyanyi bersama dengan iringan muzik.

Seterusnya, dipersilakan saudara ___________ untuk


mengetuai lafaz ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar
SMK Sungai Isap Murni

Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas


nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua
guru dan rakan murid dipersilakan duduk.

DOA

Untuk memberkati perhimpunan kita hari ini, majlis


mempersilakan saudara __________________ untuk
mengetuai bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada saudara _____________


atas bacaan doa sebentar tadi.

KATA ALUAN
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Yang berusaha, encik MOHD AMINUDDIN BIN JAILANI ,


PENOLONG PPD SEKTOR PENTAKSIRAN DAN
PEPERIKSAAN PPD KUANTAN

Yang dihormati, Encik Sukiman bin Ismail, Yang diPertua


PIBG SMK Sungai Isap Murni

Yang berusaha, Puan Norasnida binti Mohd Arif,


Pengetua SMK Sungai Isap Murni

Yang berusaha ,
Puan Zarina binti Aziz,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Mustaza bin Muqri, Penolong Kanan Hal-Ehwal


Murid,

Puan Zamilah binti Mohamed, Penolong Kanan Ko-


Kurikulum,

Encik Wan Abdullah Zawawi bin Wan Omar Fadzil


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Matapelajaran

Yang dikasihi lagi disayangi, guru-guru


Seterusnya, rakan-rakan sekalian

Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara dan Negara


Sejahtera

Setelah bercuti panjang, hari ini kita Kembali melangkah


ke SeMURNI yang cukup kita sayangi ini. Untuk itu,
marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran
kehadrat illahi kerana dengan izin serta inayah-Nya kita
diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita
bersama-sama hadir dalam Perhimpunan Rasmi Pertama
SMK Sungai Isap Murni bagi sesi 2023/2024.

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran dua


tetamu istimewa ke smk sungai isap Murni , iaitu
encik MOHD AMINUDDIN BIN JAILANI , PENOLONG PPD SEKTOR PENTAKSIRAN
DAN PEPERIKSAAN PPD KUANTAN

dan

Encik Sukiman bin Ismail, Yang diPertua PIBG SMK


Sungai Isap Murni

LAPORAN GURU BERTUGAS


Hadirin sekalian,
Meneruskan agenda majlis, dipersilakan Puan Fethin
Fikriyyah binti Afifi , Ketua Guru Bertugas Minggu
Pertama untuk memberikan laporan tentang Program
Minggu Awal Persekolahan.

Terima kasih kepada Puan Fethin Fikriyyah binti Afifi


atas laporan yang disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah swt sekalian,


Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Norasnida bt Mohd Arif, Pengetua SMK Sungai
Isap Murni untuk menyampaikan ucapan.

majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan oleh Tuan Pengetua itu tadi.
Semoga nasihat, teguran, dan amanat itu dapat kita
jadikan panduan dan pemangkin dalam usaha
merealisasikan impian menggapai kecemerlangan.

Hadirin sekalian,
Selanjutnya, majlis menjemput Encik Sukiman bin Ismail, YDP PIBG SMK Sungai Isap
Murni bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik


Sukiman bin Ismail atas ucapan tersebut.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Seterusnya, majlis mempersilakan encik MOHD AMINUDDIN BIN JAILANI , PENOLONG
PPD SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN PPD KUANTAN untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada MOHD AMINUDDIN BIN JAILANI atas
ucapan yang disampaikan.
PENYAMPAIAN HADIAH / KIT

Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


kepada 13 orang murid terawal hadir ke sekolah pada hari
ini.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput


Encik Sukiman bin Ismail, YDP PIBG SeMURNI, diringi oleh Puan Norasnida binti Mohd
Arif untuk menyampaikan hadiah kepada penerima.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sukiman bin Ismail atas penyampaian hadiah
tersebut.

Terima kasih juga diucapkan pada Puan Norasnida binti


Mohd ARif atas kesudian mengiringi tuan YDP PIBG

PENYAMPAIAN KIT BANTUAN PERSEKOLAHAN


MENTERI BESAR PAHANG

Seterusnya, adalah Penyampaian Kit Bantuan


Persekolahan Menteri Besar Pahang. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput encik MOHD
AMINUDDIN BIN JAILANI , PENOLONG PPD SEKTOR
PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN PPD KUANTAN,
diiringi oleh Puan Norasnida binti Mohd Arif, bagi
menyempurnakan acara penyampaian kit kepada
penerima.
Terima kasih diucapkan kepada encik MOHD AMINUDDIN BIN JAILANI atas kesudian
penyampaian kit bantuan tersebut.
Terima kasih juga diucapkan pada Puan Norasnida binti
Mohd Arif atas kesudian mengiringi tuan Penolong PPD.

Hadirin sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya diserahkan kepada


Puan Zuniza binti Abu Bakar selaku penyelaras program
bagi meneruskan agenda majlis

- Gimik
- Nyanyian lagu Gemuruh Jiwa dan Standing in the
Eyes

Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka


berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini. Saya
mewakili jawatankuasa kerja majlis perhimpunan rasmi
sekolah memohon maaf andai ada kesilapan dan
kesalahan sepanjang majlis berlangsung. Dengan ini,
saya sudahi majlis dengan

wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum


warahmatullahiwabarokatuh.

Barisan Pengawas sila ambil tempat,


Murid tingkatan 5 sila bangun
Seterusnya …

Anda mungkin juga menyukai