Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP MURNI

KUANTAN, PAHANG

KERTAS KERJA

Tajuk:
TEAM BUILDING : KEJOHANAN TEN
PIN BOWLING

Tempat:
PREMIUM LANES, KUANTAN PLAZA
KUANTAN, PAHANG

Tarikh:
14 OKTOBER 2023

Anjuran:
BADAN PENGAWAS
SMK SUNGAI ISAP MURNI

Disediakan Oleh:
PN JAH NUR ELAENE BINTI MOHD SALLEH
Guru Penyelaras Badan Pengawas
Unit Hal Ehwal Murid
SMK Sungai Isap Murni
1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan Khas juga turut
digubal bagi melahirkan pelajar yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia
pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi
pemimpin murid ini, pelbagai program telah disusunatur sebagai langkah untuk
mencapai matlamat di atas. Penyertaan pelajar sama ada secara langsung atau tidak
langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati dalam yang perlu didedahkan
kepada pelajar. Sehubungan itu, satu program “Team Building” telah dirangka bagi
mencapai tujuan di atas. Ianya merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar yang
berupaya berkomukasi dengan baik, berkeyakinan tinggi serta berkeupayaan bekerja
dalam kumpulan.

2.0 MATLAMAT

Program “Team Building” ini diharapkan dapat membuka minda pelajar dalam :

a. Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar untuk dijadikan sumber
dorongan ke arah perkembangan sikap positif.

b. Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri bagi pelbagai aspek


terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.

3.0 OBJEKTIF

Program “Team Building” ini dirangka dengan berobjektifkan seperti berikut :

a. Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus pelajar.

b. Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar.

c. Mempertingkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar dan masyarakat


sekeliling.

d. Menenangkan fikiran pelajar.

e. Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan pelajar.

1
4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program “Team Building” ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan ianya


merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi pemimpin
murid. Ia juga bagi memenuhi keperluan murid untuk belajar sambil bermain agar apa
yang diterapkan lebih terkesan dalam diri murid. Selain itu, seharusnya pelajar ini perlu
didedahkan dengan dunia luar agar mereka tidak terbatas dalam ruang lingkup
pendidikan yang ada malahan turut menceburkan diri dalam pengisian program yang
bersifat riadah. Adalah menjadi harapan agar program ini mampu mengubah sifat
rendah diri pelajar dan seterusnya ke arah pemantapan sikap yang lebih terbuka ke arah
cabaran masa depan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 14 Oktober 2023


Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang Tempat
: Premium Lanes, Kuantan Plaza

6.0 SASARAN

Kumpulan Team Building ini terdiri daripada :

a. Ahli Badan Pengawas Sekolah - 58 orang


b. Guru - 10 orang
Jumlah 68 orang

Perkara RM SUMBER
(RM)
1. Pendaftaran murid : RM 11.50 x 58 orang 667.00 YURAN
TAHUNAN
& Sewa Kasut
PENGAWAS
SEKOLAH
RM12.00 X 58
2. Hadiah : Johan : RM 12.00 12.00
Naib Johan : RM 8.00 8.00
Ketiga : RM 5.00 5.00
Saguhati : RM 4.00 4.00

JUMLAH KESELURUHAN 696.00 696.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

2
8.0 SENARAI PERALATAN

i. Peralatan Umum
a. Plastik
b. Peti pertolongan cemas

ii. Peralatan Persendirian


a. Pakaian (mengikut keperluan) - Pakaian sukan T-Shirt Pengawas
b. Ubatan persendirian
c. Makanan ringan

9.0 JADUAL PROGRAM

23 OKTOBER 2023 (SABTU)


2.00 petang : Berkumpul di Premium Lanes, Kuantan Plaza
: Pembahagian Kumpulan
: Kejohanan Ten Pin Bowling
: Penyampaian hadiah
: Sesi Fotografi
5.30 petang : Bersurai

10.0 SENARAI NAMA MURID

Lihat Lampiran A

11.0 SENARAI NAMA GURU

Lihat Lampiran B

3
12.0 IMPAK

 Gaya kepimpinan pengawas sekolah lebih terserlah


 Kemahiran dalam menjalankan tugas dalam kumpulan lebih baik
 Kemahiran komunikasi sosial bertambah baik

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan
seterusnya mendatangkan manfaat khasnya kepada Pengawas Sekolah SMK Sungai Isap
Murni. Selain daripada memberikan kelainan dalam corak pengajaran dan pembelajaran,
program ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri ketika berkomunikasi
dengan dunia luar yang semakin mencabar. Semoga segala matlamat yang ingin dicapai
mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t dan memperolehi keberkatan-Nya.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(JAH NUR ELAENE BINTI MOHD SALLEH) (AHMAD RUDAINI BIN ABDUL MANAN)
Penyelaras Badan Pengawas Penolong Kanan HEM
SMK Sungai Isap Murni SMK Sungai Isap Murni
25150 Kuantan 25150 Kuantan
Pahang Pahang

Disahkan Oleh:

(ZARINA BINTI AZIZ )


Penolong Kanan Pentadbiran
Memangku Tugas Pengetua
SMK Sungai Isap Murni
25150 Kuantan
Pahang

4
SENARAI NAMA PENGIRING

Bil Nama JAWATAN

1 EN AHMAD RUDAINI BIN ABDUL MANAN GPK HEM

2 PN JAH NUR ELAENE BINTI MOHD SALLEH GURU

3 PN UMI NORHIDAYAH BINTI ABDUL SHUKOR GURU

EN MOHD RASHDAN BIN CHE RAHIM


4 GURU

5 PN WAN MAHERAN BINTI WAN HANAFI GURU

6 PN ZARIZAYATI BINTI ABDUL RAHMAN GURU

10

Anda mungkin juga menyukai