Anda di halaman 1dari 6

KURSUS PEMANTAPAN

LEMBAGA PENGAWAS SMK DARA 2016

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN
LEMBAGA PENGAWAS
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK
2016

TEMA
‘BERKHIDMAT UNTUK MEMIMPIN'

TARIKH
26 MAC 2016

TEMPAT
DEWAN SRI SDARA

ANJURAN
UNIT HAL EHWAL MURID
&
LEMBAGA PENGAWAS
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK
SIMPANG RENGAM, JOHOR
KURSUS PEMANTAPAN
LEMBAGA PENGAWAS SMK DARA 2016

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan dari Pihak Sekolah dan Unit Hal Ehwal Murid
SMK DARA untuk mengadakan Kursus Pemantapan Lembaga Pengawas SMK
DARA 2016

2.0 PENGENALAN

Lembaga Pengawas merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan


menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid. Badan ini terdiri daripada pelajar-pelajar
yang dipilh sebagai ahli pengawas. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar pengawas-
pengawas mempunyai keterampilan diri yang positif dan keyakinan diri yang tinggi agar
dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Justeru, KURSUS PEMANTAPAN PENGAWAS ini perlu diadakan sebagai wadah


membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya
dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan
memberikan penekanan khusus terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada
setiap hari Ahad di samping menjalankan tugas-tugas harian.

Keterampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid


SMK Dato’ Abdul Rahman Andak yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan
kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

3.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah :

3.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas


3.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya semasa perhimpunan rasmi
3.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid

4.0 TEMA

“PEMIMPIN BERKUALITI PRESTASI TINGGI”

Tema ini dipilih berdasarkan kesesuaian nama program dan matlamat serta
objektif penganjuran kursus yang dapat meningkatkan keterampilan diri bagi
menjadikan setiap pemimpin pelajar berprestasi tinggi dalam tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
KURSUS PEMANTAPAN
LEMBAGA PENGAWAS SMK DARA 2016

5.0 ANJURAN

Unit Hal Ehwal Murid dan Lembaga Pengawas SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

6.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 26 Mac 2016


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

7.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan ialah di Dewan Sri SDARA,

8.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

Guru Pengawas : 6 orang


Pengawas Sekolah : 134 orang
Fasilitator : 4 orang

9.0 TENTATIF PROGRAM

SABTU, 26 MAC 2016

7.30 pagi : Pendaftaran peserta

7.45 pagi : Taklimat Kursus oleh Guru Pengawas

8.00 pagi : Slot 1 (Teori : Membina Keyakinan Diri)

9.30 pagi : Rehat / kudapan

10.00 pagi : Slot 2 : (Teori : Pengucapan Umum)

11.30 pagi : Slot 3 : (Praktikal : Pengucapan Umum)

1.00 petang : Ucapan Penutupan oleh Pengetua SMK DARA


KURSUS PEMANTAPAN
LEMBAGA PENGAWAS SMK DARA 2016

10.0 BELANJAWAN PROGRAM

Anggaran Pendapatan

BI PERKARA RM
L

1. Sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling 300.00

2. Yuran Peserta (RM2 x 135) 270.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 570.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1. Pengurusan 170.00

2. Jamuan
a) Sarapan pagi, Makan tengahari (Peserta Kursus) 270.00
(RM 2 x 135)
b) Sarapan pagi, Makan tengahari (Penceramah dan 30.00
Fasilitator)
(RM 6 x 5)

3. Cenderamata Penceramah dan Fasilitator (5 X RM20) 100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 570.00


KURSUS PEMANTAPAN
LEMBAGA PENGAWAS SMK DARA 2016

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Kursus Pemantapan Lembaga Pengawas


SMK DARA 2016 ini mendapat kelulusan daripada pihak Sekolah dan Unit Hal
Ehwal Murid. Diharapkan pihak mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan
permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah
menjadi harapan agar kursus ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala
objektif yang telah digariskan. Penganjuran kursus seumpama ini juga diharapkan
dapat memberi manfaat kepada pemimpin pelajar dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan
pengembelengan tenaga daripada semua pihak amatlah dihargai. Jutaan terima kasih
di atas pertimbangan daripada pihak yang terbabit.
KURSUS PEMANTAPAN
LEMBAGA PENGAWAS SMK DARA 2016

Disediakan Oleh,

…………………………………….
(MOHD FARAHAT NASBI B MD AZMI)
Guru Pengawas
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

Disemak Oleh,

…………………………………………………….
(PN HJH ZAINAB BT MD SAID)
Guru Penolong Kanan HEM
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

Disahkan Oleh,

……………………………………………………..
(PN. HJH. ZAHARAH BT. HJ AMBOK MASEK)
Pengetua
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

Anda mungkin juga menyukai