Anda di halaman 1dari 6

SK DATO’ ABU BAKAR

JALAN DAVIS, 55100 KUALA LUMPUR

LAPORAN PROGRAM
PELANTIKAN KETUA DAN PENOLONG
KETUA KELAS
2018

KELOLAAN

UNIT HAL EHWAL MURID


SK DATO’ ABU BAKAR
1.0 PENDAHULUAN

Majlis pelantikan ketua dan penolong ketua kelas diadakan untuk memberi
pengiktirafan kepada murid-murid yang dilantik sebagai ketua dan penolong
ketua kelas supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh komitmen dan berdedikasi.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang ingin dicapai:

1. Memperkenalkan ketua dan penolong ketua kelas yang telah dilantik.

2. Mengiktiraf dan membina budaya kepimpinan dalam diri setiap murid yang
dilantik sebagai ketua dan penolong ketua kelas.

3.0 SASARAN

1. Ketua dan Penolong Ketua Kelas arus perdana

2. Ketua Kelas PPKI

4.0 TARIKH / HARI

29 Januari 2018 ( Isnin )

5.0 MASA

8.00 Pagi

6.0 TEMPAT

Dewan SK Dato’ Abu Bakar, Kuala Lumpur.


7.0 JAWATAKUASA PELAKSANA

PENASIHAT
Pn. Nor Shafina bt Yasak
(Guru Besar SK Dato’ Abu Bakar)

PENGERUSI
En Norizan Bin Abdullah
(GPK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI
Cik Zuriati Binti Mohd Ramli (PK Tadbir dan Kurikulum)
En Asmadi Bin Che Ahmad (PK Ko-Kurikulum)
Pn Hjh.Che Rosnah Binti Abu Bakar (PK PPKI)

PENYELARAS
Pn. Farah Ainaa Binti Ad’nan

AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru kelas (Perdana & PPKI)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)


1 Nametag Ketua dan Penolong 24 x RM 4.00 RM96.00
Ketua Kelas
 Arus Perdana
 PPKI

JUMLAH RM96.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN : RM 96.00

9.0 KEKUATAN

Murid-murid yang dilantik dalam suatu majlis rasmi di hadapan rakan-rakan lain
dilihat dapat meningkatkan motivasi kepimpinan seterusnya memberi suatu
bentuk periktirafan yang sangat positif agar murid-murid yang terpilih dapat
melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh iltizam dan dedikasi.
10.0 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah ketiadaan ‘banner’ rasmi untuk


majlis pelantikan atas kekangan kos dan masa di samping ketidaklaksanaan
raptai awal kepada murid-murid yang terlibat. Terdapat juga ketua kelas yang
tidak hadir pada majlis pelantikan ini.

11.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan penambahbaikan pada masa hadapan yang boleh dibuat


adalah dilaksanakan satu majlis khas berkaitan pelantikan semua pemimpin
dalam kalangan murid sebagai usaha menjimatkan kos serta masa
memandangkan pelaksanaan sesuatu majlis akan mengganggu masa
pembelajaran dan pemudahcara (PdPc).

12.0 PENUTUP

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung di atas kerjasama yang diberikan dalam
menjayakan program pelantikan ini. Program sebegini perlu sentiasa
dilaksanakan beserta penambahbaikan-penambahbaikan tertentu melihatkan
kepada impak positif yang terhasil kepada murid-murid yang dilantik.
Disediakan oleh,

…………………………….

( FARAH AINAA BINTI AD’NAN )


Penyelaras,
Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Ketua Kelas,
SK Dato’ Abu Bakar,
Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

…………………………….

( NOR SHAFINA BINTI YASAK )


Guru Besar,
SK Dato’ Abu Bakar,
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai