Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA BENGKEL KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN 2020

1.0 PENGENALAN

Ketua tingkatan merupakan entiti penting di dalam sekolah , khususnya di dalam


sesebuah kelas. Peranan ketua kelas amat penting di dalam membantu guru-guru
dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara guru-guru dan rakan-
rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk dilantik menjadi ketua
kelas biasanya berdasarkan kepada penampilan dan sikap kebertanggungjawaban
yang ada pada murid-murid. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan
latihan khusus membantu guru dalam pengurusan di kelas, pusat sumber, makmal,
bengkel, tapak perhimpunan atau bilik-bilik khas. Bertanggungjawab untuk kawalan
disiplin rakan-rakan sekelas. Ketua-ketua kelas perlu dibekalkan dengan kemahiran
komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di kelas dan
berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka
juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan
guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam
kalangan murid memandangkan mereka adalah pemimpin sekolah. Justeru itu,
Bengkel Ketua Kelas perlu dijalankan kepada ketua dan penolong ketua kelas,agar
mereka dapat memuuk jati diri yang baik.Selain itu dapat mewujudkan kerjasama dan
kejelekitan antara ketua dan penolong ketua kelas. maka mudah menjalankan aktiviti
menolong di sekolah sebagai satu pasukan yang bekerjasama dan bertoleransi
antara mereka

2.0 MATLAMAT

Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang berkemampuan membantu guru dan
rakan sekelas agar kelas teratur dan terurus dengan berkesan serta mampu melonjak
peningkatan bukan sahaja akademik malah turut memberi impak terhadap sahsiah
dan disiplin.

3.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 29 januari 2020 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Seri Sena

4.0 SASARAN

Semua ketua dan penolong kelas bagi sesi pagi dan petang di SMK Pokok Sena.

5.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:


5.1. Ketrampilan diri ketua tingkatan dan penolong ketua yang baik.
5.2 Mewujudkan rasa kebertagunggjawaban dan sikap prihatin kepada kelas
masing-masing.
5.3. Mengetahui peranan dan tanggungjawab dengan lebih jelas.
KERTAS KERJA BENGKEL KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN 2020

6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)

Output Penglibatan 100% Ketua dan Penolong Tingkatan 2020 mengikuti


Modul dan aktiviti Bengkel Ketua dan Penolong Tingkatan yang telah
dirancang serta memberikan kemahiran yang perlu bagi meningkatkan
kemahiran bertindak dan mengurus melalui keutamaan tugas, maklumat
disiplin dan mendapatkan kerjasama dalam kalangan murid sekelas.

Outcome Ketrampilan ketua dan penolong ketua tingkatan dari aspek peningkatan
disiplin dan sahsiah murid yang boleh dijadikan ikon disiplin dalam kelas
melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru dan
penilaian rawak rakan sekelas

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Tiada

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi :Tn. Hj. Ahmad b. Othman (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Che Mah bt. Megat Kasa(PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Usmardi b. Mohd Hambali (PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Zahir b. Mustaffa (PK Tingkatan 6)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Ummiyyati bt. Abdul Latiff (PK Petang)
Setiausaha : Pn. Mayeardie bt. Omar (GBK 1)
Naib Setiausaha : Pn. Dayangku Ida Rohana (GBK 2)

9.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 - 8.30 pagi Taklimat Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua
Tingkatan
Pemilihan AJK

8.30 -9.30 pagi Ice Breaking Kelompok Besar

9.30 – 10.00 pagi Saringan Minda Sihat

10.00 – 10.30 pagi REHAT

10.30 -11.00 t/hari Taklimat Gaya Daya Tindak

11.00 -11.30 t/hari Team Building

11.30 – 12.30 t/hari Bengkel LDK Menyelesaikan Masalah

12.30 – 1.30 t/hari Pembentangan Kes Menyelesaikan Masalah


Bersurai
1.30 t/hari
KERTAS KERJA BENGKEL KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN 2020

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar bengkel ketua dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif
yang diharapkan dan melahirkan ketua dan penolong yang berketrampilan.dan
mempunyai jati diri yang tinggi.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

(MAYEARDIE BINTI OMAR )


Guru Bimbingan & kaunseling
Tarikh :

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai