Anda di halaman 1dari 6

Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2018

KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN
KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS
SK BANDAR SERI PUTRA

1.0 PENDAHULUAN

Ketua kelas dan penolong ketua kelas merupakan murid terpilih yang telah dilantik oleh guru
kelas untuk membantu guru menjalankan tugas-tugas disiplin terhadap murid-murid yang lain di dalam
kelas masing-masing. Kepentingan ketua dan penolong di sesebuah sekolah amat penting dalam
memastikan keadaan disiplin murid-murid dapat dikawal dengan baik. Kerjasama daripada pihak ketua
dan penolong dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan tahap disiplin di sesebuah sekolah.

Walau bagaimanapun, murid yang telah dipiilh untuk menjadi ketua dan penolong seharusnya
mempunyai ciri-ciri kepimpinan untuk memimpin murid-murid yang lain. Selain daripada itu, ketua dan
penolong juga perlu tahu dan memahami tugasan mereka dalam menjaga disiplin di sekolah. Hal ini
penting untuk memastikan murid-murid yang lain dapat dikawal tahap disiplinnya terutamanya di dalam
kelas.

2.0 RASIONAL

Program Motivasi dan Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas ini diadakan untuk membentuk
keperibadian dan sikap kepimpinan murid-murid yang telah dipilih menjadi ketua dan penolong. Selain
itu, program ini adalah untuk membantu ketua dan penolong untuk lebih bersedia menghadapi
cabaran-cabaran sebagai ketua dan penolong ketua kelas di sekolah.

Program ini merupakan program bersama Unit Disiplin Sekolah dan Unit Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam program ini bertujuan untuk
membentuk sikap dan jati diri sebagai pemimpin murid di sekolah. Gabungan dan kerjasama Unit
Disiplin dan UPBK ini dirasakan bersesuaian untuk memastikan ketua dan penolong ketua kelas
dilengkapkan dengan kefahaman berkaitan disiplin sekolah di samping dapat menerapkan sikap dan

1
Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2018

sahsiah yang baik di dalam diri. Sahsiah yang baik adalah penting dalam mencerminkan imej mereka
sebagai seorang pemimpin kepada murid-murid yang lain.

3.0 OBJEKTIF

Program Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas ini diharapkan dapat:

3.1 Melahirkan ketua dan penolong ketua kelas yang memahami tugasan sebagai seorang pemimpin
kepada murid-murid yang lain.
3.2 Menjadikan ketua dan penolong ketua kelas seorang yang bersikap karisma dalam menjalankan
tugas sebagai seorang pemimpin murid.
3.3 Melatih ketua dan penolong ketua kelas untuk bijak mengendalikan tugasan dalam setiap cabaran
sebagai ketua dan penolong ketua kelas di sekolah.
3.4 Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik antara ketua dan penolong ketua kelas dan guru-
guru dalam sesebuah sekolah.

4.0 SASARAN
4. 1. Ketua dan Penolong Ketua Kelas (sesi pagi) 60 orang
4. 2. Ketua dan Penolong Ketua Kelas (sesi petang) 66 orang

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 05 Jun 2018 (Selasa)

Masa : 7.20 pagi hingga 12.10 pagi (sesi pagi)


1.10 petang hingga 5.30 petang (sesi petang)

Tempat : Dewan SKBSP

2
Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2018

6.0 ATURCARA PROGRAM

SESI PAGI DAN SESI PETANG

7.30 - 8.00 pagi/ : Pendaftaran


1.10 – 1.30 tgh
8.00 – 8.05 pagi/ : Bacaan doa
1.30 – 1.40 tgh
8.05 – 8.50 pagi/ : Slot Ice Breaking oleh UPBK
1.40 – 2.10 ptg
8.50 – 9.20 pagi/ : Ceramah Kepimpinan – Unit Disiplin
2.10 – 2.40 ptg
9.20 – 9.40 pagi/ : Rehat
2.40 – 3.10 ptg
9.45 – 10.45 pagi/ : Aktiviti berkumpulan
3.10 – 4.10 ptg - Simulasi
10.45 – 11.45 pagi/ : Aktiviti Kepimpinan :
4.10 – 5.10 ptg 1) Apa itu, itu apa ?
2) Jejari Helium
3) Si Buta Ku Sayang
4) Menaraku
5) Dedaun Berterbangan

11.45 – 12.10 tgh/ Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah


5.10 – 5.30 ptg Bersurai

7.0 PELAKSANAAN

7.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Mohammad Jamil Bin Yahaya


Guru Besar SKBSP

Pengerusi : Pn. Siti Rubiah bt Yusoff


Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 1 : En.Zakaria bt Abu Nawas


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : Pn Nur Razida bt Bohari


Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 3 : Puan Nurlizawati bt Mohamed Zain


Penolong Kanan Pendidikan Khas

3
Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2018

Naib pengerusi 4 : Pn Norbaiti Bt Ab Razak


Penolong Kanan Petang

Naib Pengerusi 5 : Puan Norizah bt Ishak


Pembantu PK Petang

Penyelaras 1 ( UPBK ) : Pn. Zulaiha bt Mohamad Basar


Ketua Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Penyelaras 2 ( Disiplin ) : Pn. Siti Mazlina bt Selamat


Ketua Unit Disiplin & Pengawas

Setiausaha 1 : Pn Rohaiza Bt Abdul Rahim


Setiausaha UPBK

Setiausaha 2 : En. Shaaban bin Ahmad


Guru Disiplin Sesi Petang

7.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Urusetia/ Pendaftaran Pn Nurfarizan Bt Mahmud


Pn. Siti Noor Liyana bt Ibrahim
Siaraya dan Kebersihan En Mohd Shaiful Shahrizam B Ramli
Cik Nurul Akasyah Bt Kamarudin
Keselamatan dan Disiplin Pn. Siti Mazlina bt Selamat
En. Shaaban b Ahmad
Fasilitator Pn Rohaiza bt Abdul Rahim
En Shaiful Shahrizam B Ramli
En. Hairudin B Mohamed
Pn Nurfarizan Bt Mahmud
Pn Norumaza Bt Hashim
En Mohd Shahili B Mohamed
Pn Marziana Bt Mat Din
Pn Theavani A/P Anggamuthu
Pn Nurmastura Bt Abdullah
Pn Rubi Azira Bt Nattershah
Pn Khairuzan Bt Abdul Rahman
Pn. Norihan Bt Sulong
Fotografi Pn Siti Khamsinah Bt Misran
4
Kursus Kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2018

Pn Rosanyanti Bt Mokhtar
Dokumentasi Pn Zulaiha Bt Mohamad Basar

8.0 BELANJAWAN

8.1 Peruntukan : Bimbingan dan Kaunseling

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah (RM)


(RM)
1 Set Hadiah Alat Tulis RM 6.00 5 6.00 30.00
2 Set Hadiah Alat Tulis RM 5.00 5 5.00 25.00
3 Set Hadiah Alat Tulis RM 4.00 65 4.00 260.00
4 Set Hadiah Alat Tulis RM 3.00 15 3.00 45.00
JUMLAH 360.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat meningkatkan motivasi dan kemahiran ketua dan penolong ketua
kelas agar menjadi pemimpin yang dihormati dan disegani oleh murid-murid lain. Selain itu,
semoga program ini dapat membantu ketua dan penolong ketua kelas seimbang daripada segi
intelek, rohani , emosi dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5
Program Motivasi Dan Kepimpinan Pengawas 2011

Disediakan Oleh,

..........................................................
ZULAIHA BINTI MOHD BASAR
Ketua
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Bandar Seri Putra

Disemak Oleh,

..........................................................

Disahkan Oleh,

.........................................................

____________________________________________________________6
_
Anjuran Bersama Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SKBSP

Anda mungkin juga menyukai