Anda di halaman 1dari 3

TARIKH

11 Januari 2019 / Jumaat

TEMPAT

Dewan Seri Mawar,


Smk Malim Nawar

MASA

8.00 PAGI - 10.30 PAGI

KERTAS KERJA BENGKEL


KEPIMPINAN KETUA & ANJURAN BERSAMA
PENOLONG KETUA KELAS
Unit Bimbingan & Kaunseling Dan
TAHUN 2019 Jawatankuasa Organisasi Kelas
KERTAS KERJA

BENGKEL KEPIMPINAN KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS TAHUN 2019

1.0 PENGENALAN
Ketua kelas merupakan entiti penting dalam sesebuah sekolah khususnya di dalam kelas.
Peranan ketua kelas amat penting dalam membantu guru-guru dalam aspek pengurusan
kelas. Mereka merupakan perantara antara guru dan rakan sekelas. Perkara pertama yang
biasanya menjadi kriteria pemilihan ketua kelas adalah dari segi penampilan dan sikap
bertanggungjawab yang ada pada murid. Murid yang berpotensi dikenalpasti dan diberi
latihan khusus bagi membantu guru dalam pengurusan kelas, pusat sumber, makmal,
bengkel, tapak perhimpunan atau bilik-bilik khas. Ketua kelas perlu dibekalkan dengan
kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain dan
berkeyakinan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. Justeru, bengkel ketua dan
penolong ketua kelas perlu dijalankan agar mereka dapat memupuk jati diri yang baik.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan ketua dan penolong ketua kelas yang berkemampuan membantu guru dan rakan
sekelas agar kelas teratur dan terurus dengan berkesan serta mampu melonjakkan
peningkatan bukan sahaja akademik malah turut memberi impak terhadap sahsiah dan
disiplin.

3.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh : 11 Januari 2019 / Jumaat


Masa : 8.00 pagi -10.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Mawar, SMK Malim Nawar

4.0 SASARAN
Semua ketua kelas dan penolong ketua kelas sesi pagi dan sesi petang.

5.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut
Menonjolkan ketrampilan diri ketua kelas dan penolong ketua kelas yang baik.
Mewujudkan rasa kebertanggungjawaban dan sikap prihatin ketua dan penolong
kepada kelas dan ahli kelas masing-masing.
Bagi mengetahui peranan dan tanggungjawab dengan lebih jelas.
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Ismail Bin Ebrahim AMN., AMP. (Pengetua)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Khairulaniza Binti Khairuddin (PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En. Zan ‘Asri Bin Tasir (PK Pentadbiran)


Naib Pengerusi 3 : En. Azizul Khalili Bin Yahaya (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Norul Hazlili Binti Amd Yusof (Penyelaras Tingkatan)
Naib Setiausaha : Pn. Nik Zuraida Binti Nik Zahari (GBK)
En. Abdul Rani Bin Zainun @ Zainon

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar bengkel ketua kelas dan penolong ketua kelas ini dapat mencapai objektif
yang diharapkan dan dapat melahirkan ketua dan penolong kelas yang berketrampilan dan
mempunyai jati diri yang tinggi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… …………………………………
Pn Nik Zuraida Binti Nik Zahari En. Ismail Bin Ebrahim AMN., AMP.
GBK SMK Malim Nawar Pengetua SMK Malim Nawar

Anda mungkin juga menyukai