Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

MARY (M), LIMBAHAU, PAPAR

Kertas Kerja

‘BENGKEL KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH’


PENGAWAS PUSAT SUMBER/
KETUA KELAS /
PENOLONG KETUA KELAS/
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
TAHUN 2021

‘Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol’

Tarikh
22 Mac 2021 (Isnin)

Tempat
Dewan Minda Sekolah Kebangsaan St. Mary (M), Limbahau, Papar

Anjuran
Unit Disiplin

Dengan Kerjasama
Unit Hal Ehwal Murid SK St. Mary (M), Limbahau, Papar
Unit Disiplin SK St. Mary (M), Limbahau, Papar
1.0  PENGENALAN
 

Sekolah Kebangsaan St Mary akan mengadakan Program Bengkel dan Kursus


Kepimpinan Murid khusus untuk melatih pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan
ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid
lain.Program Bengkel dan Kursus Kepimpinan Pelajar adalah salah satu saluran pendidikan
luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala
sosial.
Program ini perlu diadakan sebagai wadah dan langkah awal dalam membentuk dan
melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam
menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan
penekanan khusus terhadap tugas harian, yakin kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, pemimpin cilik akan didedahkan
dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat
keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Pada tahun ini, Unit Disiplin & dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid akan
mengelolakan “Program Bengkel dan Kursus Kepimpinan Murid” yang melibatkan pengawas
sekolah,pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas serta ahli-ahli Kelab
Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah .
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai
objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar Program Bengkel dan Kursus Kepimpinan
Pelajar ini akan dapat memberikan peluang kepada pemimpin cilik menonjolkan kemampuan
diri mereka. Di samping menimba pengalaman, program ini nanti akan dapat mengeratkan
tali persaudaraan sesama pemimpin cilik dan juga guru-guru.

2.0  OBJEKTIF
2.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
2.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
2.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan
tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
2.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
2.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan ‘role model’ oleh murid-murid lain.
2.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan
misi dan visi organisasi.
3.0  NAMA PROGRAM
‘Program Bengkel Kursus Kepimpinann Murid Tahun 2021’
 
4.0  MOTTO 
‘Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol’
 
5.0  ANJURAN 
Unit Disiplin & kerjasama Unit Hal Ehwal Murid sekolah

6.0  PENCERAMAH
 Clement Su
 
7.0  TEMPAT
Dewan Minda Sekolah
  
8.0  TARIKH
22 & 23 Mac 2021
  
9.0  SASARAN
9.1 Pengawas Sekolah : 23 orang murid
9.2 Pengawas Pusat Sumber : 16 orang murid
9.3 Ketua Kelas : 6 orang murid
9.4 Penolong Ketua Kelas : 6 orang murid
9.5 Kelab Rakan Sebaya : 18 orang murid
JUMLAH : 69 orang orang murid
  
10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Pengerusi : Sabella Alixius


Timbalan Pengerusi : Grace Kamijan
Timbalan Pengerusi 2 : Badhrianawati Binti Bidin
Setiausaha / Penyelaras : Clement Su
Naib Setiausaha : Sing Ching Moi
Bendahari : Faridah Naza

Ahli Jawatankuasa Kerja


Persiapan & Teknikal : Johari salleh / Clarence Anthonius
Pendaftaran : Rattis Koldinan Anak koliew/ Faridah Naza
Disiplin & Protokol / : Clement Su/ Nabilah NazihahAbd Gaffar
Pengacara Majlis : Maslinah Supu / Nurasikin Mat Kassim

Kebersihan & Keselamatan : Noralizah Haji Ismail/ Christophila Nissa Stanley


Juru gambar : Norhayah Hakim / Nabilah Nazihah
Fasilitator : Clement Su, Norhayah Hakim,Sing Ching Moi, Johari
Salleh,Noralizah Haji Ismail,Faridah Naza,Nabilah Nazihah Abd Gaffar,Clarence Anthonius ,
Nurasikin Mat Kassim, C.Olivia Evaristus

11.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM


Hari Masa Perkara
22 Mac 2021 10.20 – 11.20 a.m. Pendaftaran
( Isnin ) Ceramah ‘Kepimpinan Murid’
2.00 – 3.00 p.m. Yang disampaikan oleh Clement Su /
Faridah Naza

23 Mac 2021 10.20 – 11.20 a.m. Bengkel Bidang Tugas Pengawas


( Selasa ) 2.00 -3.00 p.m Sekolah,Pengawas Pusat Sumber,Ketua
Kelas, Penolong Ketua Kelas,Pembimbing
Rakan Sebaya.

14.0 PENUTUP
 
Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif
yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan pemimpin cilik.
Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
‘TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL’
 

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


............................. ............................ ......................
(Sing Ching Moi) (Grace Kamijan) (Sabella Alixius)
Setiausaha,      Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Program Bengkel dan SK St. Mary (M), SK St. Mary (M)
Kursus Kepimpinan, Limbahau, Papar Limbahau, Papar
SK St.Mary (M)
Limbahau, Papar

Anda mungkin juga menyukai