Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

 
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid
melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja
menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga
membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti
membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing
menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

 
2.         Konsep
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3.         Rasional

3.1  Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan


pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan
      remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan
      perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis
      dan menyeronokkan.

4.         Objektif
            Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
 4.1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati
antara mentor dan mentee.
4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan
mereka.
5.         Pelaksanaan
            5.1       Program dilaksanakan kepada semua murid SJKT Ladang Bagan Sena
5.2       Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut
kesesuaian masa seperti :
a)      Waktu perhimpunan rasmi
b)      Waktu ko-kurikulum
c)      Selepas waktu persekolahan
5.3       Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa
perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
5.4       Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan
5.5 Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a)      Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b)      Peningkatan Disiplin Murid
c)      Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d)      Perkembangan Kerjaya

 6.         Strategi Pelaksanaan
6.1       Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan
pelaksanaan kepada murid dan guru.
6.2       Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.
6.3       Perjumpaan diadakan di dalam kelas.
6.4       Pelantikan Mentor
a)      Semua guru dilantik menjadi mentor
b)      Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis)
c)      Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee
6.5       Pengagihan Mentee
a)      Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas
b)      Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor
6.6       Tugas Mentor
a)      Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b)      Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan
c)      Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee
d)      Membantu mentee yang memerlukan perhatian
e)      Merekod kehadiran mentee
f)       Mengisi borang pertemuan mentor mentee

7.         Jawatankuasa Induk

Pengerusi                    :  EN.VISVALINGAM A/L NARAYANASAMY (Guru Besar )


Timbalan Pengerusi :   PN.YAMUNA DEVI A/P JAYAPALAN (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1       :   EN.YOGESWARAN A/L KUPPAN (GPK Tadbir &Kurikulum)
 Naib Pengerusi 2       :   EN.THAMBERAJ A/L KUMARAVELOO (GPK Ko-Kurikulum)
Setiausaha                  :  PN.CATHERINE A/P VINCENT DE CRUZ
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

8.         Anggaran Perbelanjaan

 Perkara Jumlah (RM)

1.  Banner Pelancaran                               1 X RM 80.00  80.00


2.  Reben                                                 2 X RM 5.00  10.00

3.  Fail Poket                                          23 X RM  1.00  30.00

4.  Photostat Bahan 20.00

                             Jumlah Keseluruhan                                        RM 140.00

            Keseluruhan peruntukan dari PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling.

 
9.         Aturcara Program
Tarikh : 31 Mac 2022 ( Khamis)

           07.30 pagi :  Semua guru dan murid berkumpul di Tapak Perhimpunan.

07.35 pagi :  Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis

07.45 pagi  :  Ucapan Penyelaras Program oleh Pn.V.Catherine

08.00 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh En.Visvalingam


(Guru Besar SJKT Ladang Bagan Sena)

08.05 pagi  :  Gimik Pelancaran / Persembahan Murid

08.10 pagi :  Majlis Watikah Pelantikan Mentor dan peneyerahan Modul Mentor Mentee

08.15 pagi :  Majlis Bersurai

 
9.  Penutup

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak
langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, serta dapat mewujudkan perasaan
kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………… ………………………
Pn.V.Catherine
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SJKT LADANG BAGAN SENA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
LADANG BAGAN SENA

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE
TAHUN 2022/2023

ANJURAN BERSAMA :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai