Anda di halaman 1dari 4

SJKT LADANG EDINBURGH

52100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR MENTEE

TARIKH
DISEDIAKAN
APRIL 2022 OLEH :

TEMPAT UNIT
BIMBINGAN DAN
SJKT LADANG EDINBURGH KAUNSELING

ANJURAN :
UNIT HEM SEKOLAH
1.0 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi
antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan
memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan
perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan,
kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan,
menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya
menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati
antara mentor dan mentee.
2.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
2.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan
mereka.

3.0 SASARAN
 Semua murid SJKT Ladang Edinburgh bermula murid Tahun 1 hingga Tahun 6

4.0 TEMPAT
 SJKT Ladang Edinburgh

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN


 April 2022 sehingga February 2023
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Theresa A/P Ayyakkannu


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi 1: Pn. Sumadi A/P Govindarasu
(GPK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi 2: En.Ravi A/L Muniandy
( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi : Pn.Saraswathy A/L Mookiah
(GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn.Vikneswary A/P Arjunan
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Pengumpulan Buku Laporan : AJK Pembimbing Rakan Sebaya

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah


mengikut kesesuaian masa seperti :

a) Waktu pendidikan moral (mengikut kesesuaian jadual guru subjek moral)


b) Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa
perjumpaan adalah antara 30 minit.

7.2 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan


Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a) Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b) Peningkatan Disiplin Murid
c) Psikososial dan Kesejahteraan Mental
d) Perkembangan Kerjaya

7.3 3 Laporan Program Mentor Mentee yang terbaik akan diberi penghargaan pada
akhir tahun nanti.
8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan
 Peruntukan Kewangan Bimbingan dan Kaunseling SJKT Ladang Edinburgh

Anggaran Kewangan
Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah(RM)
1 Photostat Bahan 120 keping 12.00
2 3 hadiah penghargaan 3 X 10.00 30.00
JUMLAH RM 32.00

9.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan
secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid serta dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan
murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….……………………………. ………………………………….
(Vikneswary A/P Arjunan) (Sumadi A/P Govindarasu)
Guru Bimbingan dan Kaunseling GPK HEM

Disahkan oleh,

………………………………..
(Theresa A/P Ayyakkannu)
Guru Besar
SJKT Ladang Edinburgh

Anda mungkin juga menyukai