Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM MENTOR MENTEE

SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN, SERI MENANTI


TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid
melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja
menitikberatlkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing,
member penghargaan, kasih sayan gdan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat
keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya
menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

2.0 KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3.0 RASIONAL
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang
sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi
membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat:

4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara
mentor dan mentee
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan
dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan.

5.0 PELAKSANAAN
Tarikh dan Masa - Rujuk Lampiran
Modul - Rujuk Lampiran
5.1 Perjumpaan akan diadakan sebulan sekali sekurang-kurangnya 5 kali setahun.
5.2 Perjumpaan dilaksanakan pada minggu ke-4 setiap bulan. Hari Isnin pada 1
waktu perhimpunan setiap minggu ke-4.
5.3 Sekiranya mentor tidak dapat hadir pada hari berkenaan maklumkan awal kepada kaunselor
untuk dicarikan penganti.
5.4 Setiap mentor atau penganti mentor hendaklah mengikut modul yang telah ditetapkan dan
melaksanakan perjumpaan mengikut masa yang ditetapkan ( 30 minit).
5.5 Setiap mentor yang terdiri daripada guru kelas akan dibantu oleh seorang lagi mentor sebagai
pembantu

6.0 PELANTIKAN MENTOR


6.1 Semua guru dilantik menjadi mentor dan dibantu oleh PRS jika perlu
6.2 Setiap kelas mempunyai 2 orang mentor (Guru Kelas dan seorang guru pembantu)
6.2 Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis) dan majlis penyerahan di perhimpunan
6.3 Setiap mentor diberikan fail yang mengandungi senarai tugas, peranan, modul dan senarai
mentee masing-masing.
7.0 TUGAS MENTOR
7.1 Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas / tempat yang ditetapkan.
7.2 Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
7.3 Mengambil tahu dan menjaga kebajikan setiap mentee dibawah jagaannya.
7.4 Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
7.5 Mengambil kehadiran mentee bagi setiap perjumpaan.
7.6 Mengisi borang pertemuan mentor mentee.

8.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : Tuan Adnan bin A. Aziz (Pengetua Cemerlang)
T. Pengerusi : (GPK HEM)
N. Pengerusi 1 : Pn. Norhidah binti Mat Nor (GPK 1)
N. Pengerusi 2 : Pn. Hjh Norazian binti Mak Zin(GPK KK)
Penyelaras : Pn. Norzita binti Kamarudin (Kauselor)
Setiausaha : Ustz Farha binti Abdullah (SU HEM)
AJK : Semua Ketua Bidang
Semua Ketua Panitia
Semua Guru Tingkatan
Semua Guru
PRS/Fasilitator

9.0 PERBELANJAAN
9.1 ANGGARAN KOS
1. Fail kertas RM1.00 x 20 naskah RM20.00

JUMLAH RM20.00

9.2 SUMBER KOS


1. PCG Kaunseling RM20.00
JUMLAH RM20.00

10.0 PENUTUP
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara
tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, disamping dapat mewujudkan
perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

Disediakan Oleh :

(NORZITA BINTI KAMARUDIN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Tunku Besar Burhanuddin.

Disahkan oleh :

(ADNAN BIN A. AZIZ)


Pengetua Cemerlang,
SMK Tunku Besar Burhanuddin.

Anda mungkin juga menyukai