Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR,

36200 SELEKOH, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PROGRAM MENTOR-MENTEE

PENGENALAN
Bagi merealisasikan hasrat kecemerlangan, maka setiap diri murid perlu dilengkapkan
dengan kekuatan ilmu, minda, iman dan takwa, berakhlak mulia serta memiliki sikap
yang positif untuk mencapai kejayaan. Setiap mentee (murid) memerlukan perhatian dan
tunjuk ajar secara sistematik daripada mentor (guru) bagi meningkatkan motivasi dan
nilai kendiri mereka. Justeru itu, mentor hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat
(Homeroom Advisor) dan membantu secara proaktif kepada mentee dalam menyelami,
merasai dan mengetahui kekuatan dan kelemahan mentee di samping memberi bimbingan
yang bersesuaian khususnya yang melibatkan aktiviti pembelajaran.

MATLAMAT
Satu usaha memupuk dan melahirkan murid yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing
secara positif untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik dan sahsiah

OBJEKTIF
1) Menggalakkan interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
2) Mengadakan dialog atau perbincangan kelompok untuk memberi peluang kepada
murid mengemukakan masalah akademik atau peribadi dan merintis jalan
penyelesaian.
3) Melahirkan personaliti yang berdisiplin di bawah pengawasan mentor yang
berterusan.
4) Menghilangkan rasa kejauhan dari keluarga dan menanam semangat berdikari di
kalangan mentee.
5) Membimbing mentee menyelesaikan masalah yang dihadapi untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan kecemerlangan akhlak.
SASARAN
Murid-murid Tahun 6 dan Guru-guru SKBP

CADANGAN AKTIVITI
1) Sesi ramah mesra
2) Sesi makan bersama
3) Meraikan hari lahir
4) Bimbingan hala tuju hidup
5) Lawatan / ziarah keluarga
6) Sesi perkongsian masalah
7) Majlis tadarus al-Quran

STRATEGI PERLAKSANAAN
1) Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee.
2) Seorang atau dua orang mentee bagi setiap mentor mengikut kesesuaian sekolah.
3) Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
4) Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu
tugasnya di sekolah.
5) Aktiviti didokumentasikan.
6) Menyediakan profil setiap mentee.

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En.Ramli bin Bajuri (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : Pn. Fazlinah binti Ali (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn. Jamaliah binti Man (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi III : En. Muhammad Azwand bin Mukhtar (PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Mohamad Azizi bin Yusof (Guru Bimbingan &
Kaunseling)
Bendahari : Pn. Siti Hajar binti Hussin

JAWATANKUASA INDUK
Mentor : Semua Guru SKBP
SUMBER KEWANGAN
PCG Bimbingan Kaunseling = RM 200.00
Jumlah = RM 200.00

PERBELANJAAN
Cetakan dan pengurusan = RM 200.00
Jumlah = RM 200.00

PENUTUP
Semoga murid-murid yang terlibat dalam program Mentor-Mentee ini akan dapat
memanfaatkan semua perkongsian idea dan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang
ditimba dan dipelajarinya. Berlandaskan hasrat yang murni ini diharap akan terus menjadi
titik tolak kepada para murid yang terbabit untuk menghasilkan kecemerlangan di dalam
bidang akademik dan sahsiah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________________ ________________________
(MOHAMAD AZIZI BIN YUSOF) (JAMALIAH BINTI MAN)
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh,

____________________
(RAMLI BIN BAJURI)
Guru Besar
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai