Anda di halaman 1dari 4

Masa TEKS

9.30 pg Ketibaan tetamu jemputan

9.45 pg Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dato’ Suriani Dato’


Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

10.00 pg Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berbahagia, Datin Seri


Diraja Hamidah Khamis, Isteri kepada Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu


Negeri Perak. Hadirin dimohon berdiri.

…….selesai….. hadirin dipersilakan duduk.


Ke pecan kuala membeli bingka
Burung merbah di pohon cemara
Majlis bermula tirai dibuka
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera,


salam Perak Aman Jaya dan salam 1 Malaysia diucapkan.

……………….. RUJUK SALUTASI…………………………….

Selamat datang ke Majlis Belaian Kasih Bonda Hamidah.

Bagi memohon keberkatan majlis pada hari ini, dijemput Tn Haji


Hasan Bin Haji Johari, Imam Masjid Sg. Manila bagi mengetuai
bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa yang telah
disampaikan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Yang


Berbahagia, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Dipersilakan…..

…………………….ucapan aluan selesai…………………….

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Suriani atas


ucapan sebentar tadi.
Besar langit di tepi busut,
Di atas papan batang jerami,
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara perasmi.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Amat


Berbahagia, Datin Seri Diraja Hamidah Khamis, Isteri YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Belaian Kasih Bonda Hamidah pada
kali ini. Dengan hormatnya dipersilakan……..
………………………….ucapan perasmi……………………………
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian oleh
Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja Hamidah Khamis sebentar
tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian MOCK CHEQUE GERAN


PDK beserta sumbangan kepada semua PDK yang akan saya panggil
sebentar lagi.

Oleh itu, majlis menjemput Yang Berbahagia Dato’ Suriani Dato’


Ahmad untuk mengiringi Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja
Hamidah Khamis untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian tersebut.

Dijemput pengerusi atau wakil ;


1) PDK Jalinan Kasih Sg. Manila menerima RM 45 082.70
2) PDK Cahaya Intan Labu Kubong menerima RM 74 568.50
3) PDK Sinar Intan, Jalan Selat Teluk Intan menerima RM 57
665.60
4) PDK Permata Permatang Guntung menerima RM 43 059.80

Untuk makluman hadirin sekalian, geran ini adalah untuk 6 bulan


yang pertama.

Mohon Yang Amat Berbahagia Datin untuk terus berada di pentas


untuk ke acara yang seterusnya.

Acara yang seterusnya ialah Pelancaran Kempen EVOW (End Violent


Women Against) Hentikan Keganasan Terhadap Wanita.

Bagi menyempurnakan gimik pelancaran kempen EVOW ini, majlis


menjemputkan Yang Amat Berbahgia Datin Seri Diraja Hamidah
Khamis untuk memotong riben sebagai tanda pelancaran kempen
EVOW Hentikan Keganasan Terhadap Wanita.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
penghargaan.

Dijemput Yg Berbahagia Dato’ Suriani untuk menyampaikan


cenderamata kepada Yang Amat Berbahgia Datin Seri Diraja Hamidah
Khamis.

…………….Penyampaian cenderamata kepada semua PDK……………...

Mohon dif-dif jemputan untuk terus berada di pentas bagi acara


seterusnya.

Untuk makluman hadirin sekali, Sambutan Hari Ibu Kebangsaan akan


diadakan pada 15 Mei 2018 di Dewan 2020, Kangar, Perlis
bertemakan Ibu Anugerah Terindah yang akan disempurnakan oleh
Duli Yang Maha Mulia Tunku Raja Perempuan Perlis.

Kesinambungan daripada itu, majlis seterusnya anak-anak pelatih


PDK untuk naik ke pentas bagi menyanyikan lagu ibu.
Dipersilakan…….

Bagi meraikan Sambutan Hari Ibu pada kali ini juga, majlis telah
menyediakan sebiji kek yang istimewa bagi meraikan para ibu
sekalian.

Dijemput Yg Amat Berbahagia Datin Seri serta dif-dif jemputan untuk


turun dari pentas untuk memotong kek bersama-sama pelatih-pelatih
PDK. Dipersilakan……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yg Amat Berbahagia


Datin Seri atas acara pemotongan kek sebentar tadi.

Majlis menjemput dif-dif jemputan untuk mengambil tempat bagi sesi


bergambar.

Setiap yang mula pasti ada penghujungnya..... Maka berakhirlah


sudah Majlis Belaian Kasih Bonda Hamidah pada kali ini.
Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Akhir sekali, majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Amat Berbahgia Datin Seri Diraja Hamidah Khamis, dif-dif jemputan
serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian untuk bersama-sama
menjayakan majlis pada hari ini.

Majlis ingin mengundur diri, dan dijemput Yang Amat Berbahgia Datin
Seri Diraja Hamidah Khamis, dif-dif jemputan serta hadirin dan
hadirat untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Dipersilakan.......

Anda mungkin juga menyukai