Anda di halaman 1dari 6

Alhamdulillah hirabbil alamin ..

wassolatuwassala muala asyrofil anbiya


mursalin..waala alihi wasohbihi ajmain..
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Dengan penuh rasa takzim kami bawakan kepada anda
Majlis Seluhur budi Sejambak Kenangan sempena persaraan
Tn Hj Mohd Shukri Bin Abdul Rahman ,
Guru Besar Cemerlang Sek Keb Permatang Tok Kandu.
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. Dan Salam Sejahtera.
Yang Dihormati
Encik Fauzi Bin Hj Omar
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah SPT

iwal

Yang Dihormati
En Abdul Hamid Bin Ibrahim
Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti
JPN Pulau Pinang.

Yang Dihormati
Dato' Hj. Osman Bin Hussain
Mantan Pengarah
Jab Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Yang Dihormati
Datuk Mohd Zaidi B. Mohd Said
Pegawai Khas Kanan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
dan Kemajuan Wilayah
Yang Dihormati
Tn Hj Abd Rahman B. Yahaya
Pengerusi Majlis Guru Besar Pulau Pinang
Yang Dihormati
En. Ismail Bin Abdullah
Yang Dipetua PIBG SK Permatang Tok Kandu
Yang Dihormati
En. Ahmad Bin Darus
Timbalan Ketua Pegawai
PPD Seberang Perai Tengah
Yang Diraikan
Tn Hj Mohd Shukri Bin Abdul Rahman
Guru Besar Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu
Seterusnya..
Barisan Para Pegawai Pendidikan Daerah, Barisan Guru Besar Daerah Seberang Perai
tengah, Seberang perai utara,
seberang perai selatan,
Daerah Barat Daya dan Daerah Timur Laut serta
hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Seluhur Budi Sejambak Kenangan sempena persaraan Yang Diraikan
Tn Hj Mohd Shukri B Abd Rahman
Guru Besar Cemerlang SK Permatang Tok Kandu.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa gadis sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Hadirin dan hadirat sekalian
Bunga mawar cantik tersemat
Tumbuh subur di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh
Al-fadhil Ustaz Mohd Shukriy Hashim...
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
............................. DOA ...................
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Al-fadhil Ustaz Mohd Shukriy Hashim.atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan Tn Hj Mohd Shukri B. Abd Rahman sepanjang perkhidmatan beliau
di dalam dunia pendidikan dan
yang berakhir sebagai Guru Besar Cemerlang di SK Permatang Tok Kandu.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Dengan itu,moleklah kiranya kita mendengar ucapan serta amanat perpisahan oleh Yang
Diraikan
Tn Hj Mohd Shukri B Abd Rahman kepada kita semua.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
............... Ucapan GBC............
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak langkah jalan
Selagi hayat dikandung badan
Majlis merakamkan Sekalung Ucapan Penghargaan atas ucapan yang amat bermakna
sebentar tadi.
Tak molek jika ada alu.... tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung.... tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG SK Permatang Tok
Kandu En. Ismail Bin Abdullah....
Dipersilakan.
.............................ucapan YDP PIBG...............................
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG SK Permatang Tok Kandu En.
Ismail Bin Abdullah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati
Encik Fauzi Bin Hj Omar
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
.............................Ucapan KP PPD SPT.......................
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Fauzi Bin Hj Omar
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati


Datuk Mohd Zaidi B. Mohd Said
Pegawai Khas Kanan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
dan Kemajuan Wilayah
untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.
.............................ucapan Datuk Zaidi.................
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati
Datuk Mohd Zaidi B. Mohd Said
Pegawai Khas Kanan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
dan Kemajuan Wilayah
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Sudah teradat si anak jantan
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung warisan
Bukan memberi kata dan pujian
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang zaman
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar........ telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh.... telah sampai di muara
Umpama berjalan....... telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian,
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Tanpa disedari kita telah pun berada dikemuncak majlis pada hari ini. Sebelum bersurai,
dipersilakan sebentar lagi Yang diraikan Tn Hj Mohd Shukri Bin Abd Rahman untuk
mengiringi para jemputan menikmati sedikit juadah jamuan yang telah disediakan.
Sebelum mengakhiri Majlis Seluhur budi Sejambak Kenangan pada hari ini,
Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Mohd Shukri
Bin Abd Rahman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tn Hj Mohd Shukri Bin Abd Rahman
bertambah ceria dan bahagia
di dalam kehidupan seharian
selepas persaraan ini nanti.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Seluhur budi Sejambak
Kenangan ini.
Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai