Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS MALAM MENJUNJUNG KASIH


SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGARAH PENDIDIKAN
NEGARI MELAKA TN HJ KASIM BIN MOHAMAD
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Y.BHG TUAN HAJI
KASIM BIN MOHAMAD diiringi dif-dif kehormat dan dan AJK
MPSM masuk ke Dewan. Semua hadirin diminta berdiri.

Pagi yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “MALAM MENJUNJUNG


KASIH”
sempena persaraan TN HJ KASIM BIN MOHAMAD Pengarah
Pendidikan Negeri Melaka.

BismilLahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbi Alami,


Wassolatu wassalamu Ala Asyrafil Anbiya’i wal mursalin wa ala
alihi wasohbihi ajmain.

Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia.

Yang Berbahagia tetamu yang diraikan


Tuan Hj Kasim Bin Mohamad
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka

Yang Berbahagia,
En Abdul Mutalib Bin Osman
Timb Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
Yang Berbahagia,

……………………………………………………….
………………………………………………………
Yang Berbahagia,
……………………………………………………….
………………………………………………………

Pegawai Pelajaran Daerah,


……………………………………………………….

Yang Berbahagia,
Dr. Hjh Rosnanaini Bt Sulaiman
YDP Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Negeri Melaka

Yang Dikasihi
Rakan-rakan pengetua Negeri Melaka

Yang Dihormati,
Dif-dif jemputan,

Yang Dihormati
Tuan-tuan, Puan-puan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan


Selamat datang ke :
Majlis “MALAM MENJUNJUNG KASIH” sempena persaraan
TUAN PENGARAH PENDIDIKAN  NEGERI MELAKA TN HJ
KASIM BIN MOHAMAD.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil
Ustaz Mohd Hairi Bin Tamam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


…………………………………………………………………………

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Ustaz Mohd Hairi Bin Tamam atas bacaan doa
itu tadi.

Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada


 YDP MPSM. Untuk itu, dipersilaka Dr Hjh Rosnaini Binti
Sulaiman untuk menyampaikan ucapan.
……………………………………………………………………….

Terbang melayang sianak kedidi,


Terima kasih YDP MPSM atas ucapan sebentar  tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan Tuan Hj Kasim Bin Mohamad. Majlis dengan
segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan tuan untuk
memberikan ucapan.

…………………………………………………………………………
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Tuan Hj Kasim Bin Mohamad atas ucapan
itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Tuan Hj
Kasim Mohamad  sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pengarah pendidikan
Negeri Melaka.

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Sidang Hadhirin Sekalian,


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
pada hari ini.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput


dan mempersilakan Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan
Melaka dan YDP MPSM untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan
Hj Kasim Bin Mohamad bagi menerima cenderamata kenang-
kenangan.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata yang


pertama.  
Dipersilakan
………………………………………….untuk menyampaikan 
tanda mata sebagai kenangan daripada…………………….

Seterusnya,
Dipersilakan
………………………………………………………………………..
untuk menyampaikan tanda ingatan daripada………………….

Dipersilakan
………………………………………………………………………..
Dipersilakan
…………………………………………………………………………
Dipersilakan
…………………………………………………………………………
untuk menyampaikan tanda mata daripada……………………..

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Yang Diraikan TUAN HJ KASIM BIN
MOHAMAD.
Kan elok diingat jika ada yang memuji..
Kan elok ditatap jika ada yang menanti..
Kan elok dikenang jika ada yang berbudi..
Kan elok disimpan jika ada yang memberi..

Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan


terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati
yang diberikan dan semoga menjadi memori indah dalam
dakapan TUAN.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sebelum saya mengakhiri majlis ini, izinkan saya menyampaikan


bait-bait puitis yang bertajuk “Bak Air yang Mengalir”

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.


Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan-bisikan,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,


Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,


Dataran perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik mesyuarat dan anak-anak keletah,
Pejabat  tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik persidangan dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,


Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal semua wadah!

Selamat datang persaraan,


Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Bernama Pengarah.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,


Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Tuan Hj Kasim Bin Mohamad kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Malam Menjunjung Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai