Anda di halaman 1dari 3

Mohon hadirin untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu

Timur Laut Peneraju Kegemilangan.

……………………………………………………………………………..

………………………………Ikut salutasi
Salam sejahtera .
……………………………………………………………………………..

Burung kenari menuju ke paya


Cuba mendarat mencari jerami
Tuan ke mari besar maknanya
Memenuhi hasrat di hati kami

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan verifikator


ke Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Sebelum
dimulakan mesyuarat kita pada pagi ini, majlis
mempersilakan Ustaz Mokhtar bin Ismail bagi
memimpin bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Ustaz Mokhtar atas bacaan doa itu sebentar tadi.
…………………………………………………………………………….
Tuan-tuan dan puan-puan,

Sesungguhnya Penarafan Kecemerlangan Pejabat


Pendidikan Daerah membantu PPD untuk menyediakan
perkhidmatan berkualiti kepada warga pendidik,
masyarakat dan para murid sejajar dengan misi dan visi
dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti melahirkan
insan terdidik.
Pohon jati tempat kekisi
Di dahannya bersarang burung tempua
Tiba kini tayangan informasi
Sebagai persembahan untuk semua

Hadirin hadirat yang dikasihi

Sebagai sesi perkenalan pada pagi ni, majlis dengan


sukacitanya ingin mempersembahkan video serba ringkas
tentang kegemilangan PPD Timur Laut sebagai peneraju
dalam pendidikan di persada antarabangsa.
Demikianlah tadi persembahan tayangan video yang
menarik itu sebentar tadi.
……………………………………………………………………………………
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Melilit rotan di dahan Ara

Di celah angsana mekar sekata

Ucapan alu-aluan pembuka bicara

Tuan PPD bermadah kata

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji


Wan Sajiri bin Wan Hassan atas ucapan itu sebentar tadi.
……………………………………………………………………………………

Hadirin hadirat yang dikasihi

Acara diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang


dihormati Encik Ahmad Asri bin Bahari, Ketua Verifikator
Penarafan Kecemerlangan PPD untuk menyampaikan
ucapan. 

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik


Ahmad Asri bin Bahari atas ucapan yang telah diberikan
sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan tadi, maka majlis memberi


laluan untuk proses verifikasi untuk hari ini.

Dengan itu saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai