Anda di halaman 1dari 4

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;


Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t

Pergi ke Pahang ke pantai Peramu


Membawa bekal kuih cara
Hari ini kita bertemu
Moga kekal menjalin mesra.

Yang dihormati En/Pn …………………………….., pengurus ……………………….; Ustazah


Noziah bt Ibrahim, Guru Penasihat Kaunseling SMA (A) Ilmi, warga ………………………;
guru-guru yang hadir; barisan ahli jawatankuasa pelaksana program Share Your Love serta
sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinNya jua, program Share
Your Love ini telah pun sampai ke penghujungnya. Pastinya detik ini pelbagai perasaan
bercampur-baur dalam sanubari masing-masing. Moga segala yang berbaur itu menjadi satu
pengajaran dan kenangan yang akan terus dikenang selamanya dalam lipatan sejarah. Setinggi-
tinggi terima kasih diucapkan kepada warga ……………………………. kerana sudi menerima
kunjungan kami.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara ............................................ untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Selesai bacaan doa)

Amin ya rabbal ‘alamin.

Terima kasih diucapkan kepada saudara ............................ atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis mendapat keberkatan Robbul Izzati.

Sepanjang berada di sini, pelbagai aktiviti telah kita lakukan bersama. Banyak pengalaman dan
kenangan yang kami peroleh. Bagi meneruskan majlis, majlis mempersilakan saudara Sulaiman
bin Nazri, selaku pengarah program Share Your Love bagi menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

(Selesai ucapan)

Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami berada di sini. Majlis
merakamkan ucpan terima kasih.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Ustazah Noziah bt Ibrahim, Guru Penasihat Kaunseling SMA (A) Ilmi untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Selesai ucapan)

Bersarang terkukur di daun palas


burung kelicap di daun selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,


Batu diangkat bunyi meletup;;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan En/Pn …………………………….., pengurus


………………………… untuk memberi ucapan penutup program Share Your Love. Dengan
segala hormatnya, majlis mempersilakan.

(Selesai ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada En/Pn .................................... atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Jangan kita bersukap malas


Buangkan juga sifat berangan
Kami memberi tidak minta di balas
Hanya umtuk kenang-kenangan..

Bagi meneruskan lagi acara, kami amat berbesar hati untk menyampaikan sedikit sumbangan
buat warga ....................................... Majlis mempersilakan Ustazah Noziah bt Ibrahim (Ust
Ferry Hidayat bin Ali Muzar) bagi mengiringi En/Pn ............................................ bagi
menyampaikan sumbangan buat warga ............................................ Majlis mempersilakan.
Dijemput warga ............................... ke hadapan bagi menerima sedikit sumbangan daripada
pihak kami. Dipersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Ustazah Noziah bt Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata


kepada En/Pn ........................ Dengan hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En/Pn ............................... atas penyampaian cederamata itu tadi.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka selesai sudah acara kita pada hari ini. Sekali
lagi, kami daripada SMA (A) Ilmi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kerana sudi menerima kunjungan daripada sekolah kami.

Anak dara duduk dibendang


Tidak lupa padi ditampi
Ilmu yang baik jadikan teladan
Segala yang buruk letak ke tepi.

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis berakhir di sini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program kali ini.

Sekian, assalamuaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai