Anda di halaman 1dari 7

DEWASA PENGSAN (TIDAK

SEDARKAN DIRI)
Seseorang yang pengsan tidak ada kawalan otot dalam kerongkong
menyebabkan lidahnya boleh terjatuh ke belakang dan menyekat saluran
udara, menyebabkan pernafasan terhalang. Mangsa tidak dapat batuk atau
telan menyebabkan dirinya berisiko untuk tercekik atau termuntah. Tindakan
pantas boleh menyelamatkan nyawa.

Periksa Keadaan
Pastikan kawasan adalah selamat untuk anda dekati.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas


1. BETULKAN KEPALA. Duduk di sebelah mangsa sama betul dengan
bahunya letak satu tangan di atas dahinya di bawah sedikit dari garis
rambutnya dan tolak sedikit kepala mangsa ke belakang. Mulut mangsa
akan jadi terbuka sedikit.
2. ANGKAT DAGU. Letakkan dua batang jari anda dari tangan satu lagi
pada hujung dagu mangsa, kemudian angkatnya. Tindakan ini akan
membuatkan lidah mangsa terangkat dari belakang kerongkongnya,
membuka laluan udara ke paru-parunya.
Periksa pernafasan mangsa. Rasa hembusan nafas dengan muka dan
lihat pergerakan dada mangsa.
3. PERIKSA PERNAFASAN. Letakkan telinga anda sedekat boleh
dengan mulut dan hidung mangsa sambil melihat pada dadanya.
Dengar bunyi bernafas, rasa hela nafasnya dengan kulit muka anda dan
perhatikan sama ada dadanya bergerak. Lakukan ini selama 10 saat.
4. JIKA TIDAK BERNAFAS. Panggil bantuan kecemasan. Mulakan
resusitasi kardiopulmonari (CPR). Jika anda di tempat awam, minta
seseorang untuk mendapatkan mesin AED, yang boleh membetulkan
ritma jantung.
5. JIKA BERNAFAS SEPERTI BIASA. Periksa dan rawat sebarang
keadaan yang menjejaskan peredaran, seperti pendarahan teruk atau
lecur. Panggil bantuan kecemasan. Jika mungkin, letakkan mangsa
dalam posisi pemulihan. Perhatikan sebarang perubahan keadaan
mangsa sepanjang anda menunggu bantuan tiba.
Amaran
Jika mangsa tidak bernafas, jantung boleh berhenti berdegup, jadi
lakukan CPR serta-merta.
Jika mangsa adalah kanak-kanak atau bayi, rujuk kanak-kanak
pengsan atau bayi pengsan terdapat perbezaan cara mengendalikan
mangsa yang tidak sedarkan diri golongan ini.
Dapatkan Bantuan
Lihat sama ada mangsa yang pengsan ini bernafas atau tidak sebelum
membuat panggilan perkhidmatan bantuan kecemasan, kerana ini
mungkin soalan yang pertama yang akan ditanya pada anda oleh
anggota bantuan cemas.
Jika anda tidak bersendirian, hantar seseorang untuk mendapatkan
pertolongan sejurus anda mempastikan pernafasannya. Minta orang itu
untuk datang kembali pada anda dan pastikan panggilan telah dibuat.
Jika anda ada rakan membantu, apabila anda meletakkan mangsa
dalam posisi pemulihan, seorang boleh memberi sokongan kepada
kepala mangsa semasa anda memusingkan mangsa kepada keadaan
mengiring.
POSISI PEMULIHAN LANGKAH DAN
CARA

Posisi pemulihan merujuk kepada keadaan berbaring mangsa pada keadaan


mengiring, yang mana mangsa yang tidak sedarkan diri (pengsan) tetapi
bernafas boleh diletakkan sebagai sebahagian dari rawatan pertolongan
cemas.

Jika mangsa bernafas seperti biasa, letakkan dirinya dalam posisi pemulihan
(kecuali anda mengesyaki berlaku kecederaan belakang yang serius). Dalam
posisi ini, saluran udara mangsa terbuka, cecair atau/ dan muntahan boleh
mengalir keluar dan mangsa tidak akan terguling ke depan. Cuba untuk
tidak meninggalkan mangsa, kecuali anda terpaksa pergi mendapatkan
pertolongan.

Langkah-langkah meletakkan
mangsa dalam posisi pemulihan.
Langkah-langkah Meletakkan Mangsa
Dalam Posisi Pemulihan
1. TANGAN DAN KAKI. Buang apa saja yang besar dari poket mangsa.
Pastikan tangan dan kaki mangsa lurus, kemudian duduk berlutut di sisi
mangsa, selari dengan dadanya. Letakkan lengan mangsa yang paling
hampir dengan anda pada keadaan seperti mengangkat tangan seperti
yang ditunjukkan dalam rajah, dengan tapak tangannya menghadap ke
atas. Angkat tangannya yang satu lagi, tariknya ke arah diri anda dan
letakkan belakang tapak tangan mangsa membelakangi pipinya.
Angkat kakinya seperti dalam rajah sehingga tapak kakinya dapat
menyokong kaki itu.
2. PUSING MANGSA. Capai lututnya yang terangkat itu dengan satu
tangan dan sokong tangan mangsa yang sedang berada pada pipi
mangsa dengan tangan yang satu lagi. Tarik lututnya dan perlahan-
lahan pusing mangsa ke arah diri anda. Pastikan kepala, belakang dan
tengkok mangsa selari semasa memusing mangsa. Jika anda teman
yang membantu, seorang boleh menyokong kepala mangsa ketika anda
memusingkan mangsa menjadi berada dalam keadaan mengiring.
3. BETULKAN POSISI KEPALA. Tarik kepala mangsa ke belakang sedikit
untuk mempastikan saluran udara terbuka. Tangan mangsa perlu
berada di bawah pipinya untuk membantu mengekalkan dirinya berada
dalam posisi yang betul.
4. BETULKAN KAKI DAN TANGAN MANGSA. Pastikan mangsa
kelihatan selesa dengan membetulkan tangan dan kakinya.
5. PERHATIKAN MANGSA. Sementara anda menantikan bantuan tiba,
perhatikan tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya dan catat
sebarang perubahan. Jika pernafasan terhenti, mulakan CPR.
RESUSITASI KARDIOPULMONARI
(CPR)

CPR atau Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) adalah


teknik pertolongan cemas yang boleh digunakan sekiranya seseorang tidak
bernafas dengan baik atau degupan jantung mereka telah terhenti.
Mampatan dada dan pernafasan penyelamatan memastikan darah dan
oksigen beredar dalam tubuh mangsa.

Jika seseorang tidak bernafas, degupan jantungnya akan terhenti. Lakukan


CPR (mampatan dada dan pernafasan penyelematan) untuk membantu
peredaran darah dan oksigen kepada tubuh mangsa. Penggunaan awal
mesin AED (automated external defibrillator) boleh memulakan semula
degupan jantung yang beritma tidak normal.
Periksa Mangsa
Buka laluan udara dan periksa pernafasan mangsa. Jangan lakukan CPR jika
mangsa bernafas dengan normal.
Teknik melakukan
bantuan CPR.
Langkah-langkah Pertolongan Cemas
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
1. POSISIKAN TANGAN ANDA. Pastikan mangsa berbaring pada
permukaan yang kukuh. Duduk bersimpuh di sisi mangsa dan letakkan
tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa.
2. SELANG-SELIKAN JARI. Dengan memastikan lengan anda lurus,
tekup tangan anda tadi dengan tangan tapak tangan anda yang sebelah
lagi dan selang-selikan genggaman jari.
3. BUAT MAMPATAN DADA. Bangun dan condong sedikit ke depan
dengan bahu anda berada tegak dengan dada mangsa dan tekan ke
bawah lebih kurang 4 hingga 5 cm. Lepaskan tekanan (tangan masih
pada dada mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas. Ulang
sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit.
4. BUKA LALUAN UDARA. Bergerak sedikit kepada kepala mangsa.
Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka laluan
udara semula. Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit.
5. BERI PERNAFASAN PENYELAMATAN. Picit hidung mangsa agar
lubang hidungnya tertutup dengan yang pada dahi mangsa dan
pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi. Tarik nafas
seperti biasa, letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan hembuskan
sehingga anda nampak dadanya ternaik.
6. LIHAT DADA MANGSA TURUN. Alihkan mulut anda dari mulut
mangsa dan lihat dada mangsa turun. Ulang pernafasan penyelamatan
ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2 kali.
7. ULANG MAMPATAN DADA DAN PERNAFASAN
PENYELAMATAN. Letakkan tangan anda pada dada semula dan ulang
buat mampatan dada. Buat 30 mampatan dada diikuti 2 pernafasan
penyelamatan. Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.

Anda mungkin juga menyukai