Anda di halaman 1dari 30

SALURAN PERNAFASAN DAN

RESUSITASI
KARDIOPULMONARI

NAMA AHLI KUMPULAN : RUWALFINDI BIN ABU BAKAR


YOGARAJU A/L BATHUMALA
PENSYARAH PEMBIMBING : EN ZULKEFLY BIN JAMIL
*RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)
*CPR atau Resusitasi Kardiopulmonari
(Cardiopulmonary resuscitation) adalah teknik
pertolongan cemas yang boleh digunakan sekiranya
seseorang tidak bernafas dengan baik atau degupan
jantung mereka telah terhenti.
*Mampatan dada dan pernafasan penyelamatan
memastikan darah dan oksigen beredar dalam tubuh
mangsa.
*Jika seseorang tidak bernafas, degupan jantungnya
akan terhenti. Lakukan CPR (mampatan dada dan
pernafasan penyelematan) untuk membantu
peredaran darah dan oksigen kepada tubuh mangsa.
Penggunaan awal mesin AED (automated external
defibrillator) boleh memulakan semula degupan
jantung yang beritma tidak normal.
* Langkah-langkah Pertolongan Cemas
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
* POSISIKAN TANGAN ANDA. Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang kukuh. Duduk
bersimpuh di sisi mangsa dan letakkan tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa.
* SELANG-SELIKAN JARI. Dengan memastikan lengan anda lurus, tekup tangan anda tadi dengan
tangan tapak tangan anda yang sebelah lagi dan selang-selikan genggaman jari.
* BUAT MAMPATAN DADA. Bangun dan condong sedikit ke depan dengan bahu anda berada tegak
dengan dada mangsa dan tekan ke bawah lebih kurang 4 hingga 5 cm. Lepaskan tekanan
(tangan masih pada dada mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas. Ulang sebanyak 30
kali dengan kadar 100 kali seminit.
* BUKA LALUAN UDARA.Bergerak sedikit kepada kepala mangsa. Dongakkan kepala mangsa dan
angkat dagunya untuk membuka laluan udara semula. Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit.
* BERI PERNAFASAN PENYELAMATAN.Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup
dengan yang pada dahi mangsa dan pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi.
Tarik nafas seperti biasa, letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan hembuskan sehingga anda
nampak dadanya ternaik.
* LIHAT DADA MANGSA TURUN. Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan lihat dada mangsa
turun. Ulang pernafasan penyelamatan ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2 kali.
* ULANG MAMPATAN DADA DAN PERNAFASAN PENYELAMATAN.Letakkan tangan anda pada dada
semula dan ulang buat mampatan dada. Buat 30 mampatan dada diikuti 2 pernafasan
penyelamatan. Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.
*Sistem Pernafasan
Manusia Organ
Pernafasan
Manusia
*Pernafasan Manusia
CARA MEMERIKSA NADI

Nadi Radial (pergelangan Nadi Brakial (bahagian


Nadi karotid (leher)
tangan) lengan atas)
BILANGAN NADI SESEORANG

PERINGKAT BILANGAN SEMINIT


Dewasa 70-80 kali

Kanak-kanak 90-100 kali

Bayi 100-140 kali


* Pernafasan Dianggap Tidak
Mencukupi
Kadar pernafasan kurang dari 10 kali seminit.
Pernafasan mangsa sangat laju.
Kadar pernafasan tidak menentu. (iiregular)
Tanda-tanda kekurangan oksigen :-
i. Gelisah (agitation)
ii. Rengsa (irritability)
iii.Mengantuk (drowsiness)
iv. Sakit kepala (headache)
v. Tahap kesedaran yang menurun (decreased level of
consciousness)
vi. Denyutan nadi laju (rapid pulse)
vii.Kulit kebiruan (bluish discolouration)
viii.Denyutan nadi tidak menentu (irregular pulse)
*Prinsip Pemulihan
Pernafasan
Untuk menyelamatkan nyawa, bekalan oksigen yang terus
menerus kepada otak hendaklah dipelihara.

Oksigen dihantar kepada tisu-tisu melalui peredaran darah.

Pam yang mengawal bekalan ini adalah jantung.

Jika jantung berhenti berfungsi, kematian akan terjadi


kecuali sesuatu tindakan dilakukan serta merta.

Oleh itu, untuk memastikan peredaran oksigen terus


berlaku, EAR dan CPR mungkin boleh digunakan.
*ResusitasiUdara
Keluar / Expired
Air Resuscitation
(EAR)
* Resusitasi Udara Keluar
(AER)
* EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas
kepada mangsa yang terhenti pernafasannya.

* Sebab utama EAR dilakukan :-


ada nadi
tiada pernafasan

* Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara


berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa
telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan
nadi.
Mulut Ke Mulut

Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan


bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut

Mulut Ke Hidung

Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang


3 Teknik menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa
ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan
Digunakan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan
menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa,
bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan
Dalam AER rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas
keluar.

Mulut Ke Hidung Dan Mulut

Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada


kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut
dan hidung kanak-kanak tersebut.
*Prosedur EAR
* Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
* Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk
membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah,
gigi yang patah dan gigi palsu)
Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan.
Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi
mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.
Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa,
picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya,
buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa,
kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan
ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-
paru.
Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui
hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan
hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang
dewasa.
Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi
prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara
terus-menerus dengan cepat.
Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas
dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri,
letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang
belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda
masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan
saluran udara.
Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa
mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak
kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher.
Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan
dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada.
Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi
membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan
daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari
kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan
lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas
dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat
bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi
semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada
masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi
kardiopulmonari (CPR).
* Tanda-tanda EAR dan
simptom EAR berjaya

*Kehilangan sianosis (kebiruan)


*Mangsa cuba bernafas sendiri
*Anak mata mula bernafas melalui
cahaya
*Tindak balas kepada mangsa
*Denyutan nadi kuat
*Resusitasi
Kardiopulmonari /
Cardio Pulmonary
Resuscitation (CPR)
RESUSITASI
KARDIOPULIMONARI (CPR)
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan
kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas
Merupakan kombinasi terknik pernafasan
bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan
dada
Berperanan untuk membantu jantung
mengepam udara yang dihembus ke
seluruh anggota badan
Dua sebab utama CPR dilakukan:
terhenti pernafasan
tiada nadi
Kemahiran Menyelamat Asas
CPR
CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran
Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan
ABCs of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing)
dan Edaran Darah(Circulation) ).

B C
A (air way)
(breathing) (circulation)
A B C
membuka saluran Apabila pernafasan Tekanan dada
pernafasan serta merta terhenti, badan kita mengekalkan edaran
dengan membetulkan hanya mempunyai darah ke peparu,
posisi kepala mangsa oksigen yang masih ada otak, arteri koronari
(donggakkan kepala dalam peparu dan darah. dan organ-organ
mangsa). Perlu diingati Oleh sebab itu, apabila penting yang lain.
pernafasan terhenti dan Apabila tekanan
bahawa bahagian dada dijalankan,
mangsa akan mati
belakang lidah dan sejurus selepas itu. bantuan pernafasan
epiglottis selalu Bantuan pernafasan dari dari mulut ke mulut
menghalang saluran mulut ke mulut adalah patut dilakukan
pernafasan mangsa cara tercepat untuk bersama.
yang tidak sedarkan menyampaikan oksigen
diri. Oleh kerana lidah ke peparu mangsa. Udara
dan epliglotis yang anda hembus
tercantum di bahagian mengandungi oksigen
bawah rahang, dengan yang cukup untuk
cara mendongakkan membantu sekurang-
kepala ke belakang dan kurangnya menampung
mengangkat dagu dapat sebahagian daripada
membuka saluran keperluan mangsa.
pernafasan mangsa. Pernafasan bantuan perlu
diteruskan sehingga
bantuan rawatan tiba.
*Langkah-langkah
Melakukan
* D: Danger (Bahaya).
CPR
* - Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
* - Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada
andadan mangsa.
* - Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan

* R: Response (Tindakbalas).
* - Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan
tanya awak ok ke?.
* - Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang
padat.
* - Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991
*A: Airway (Saluran pernafasan).
*Lakukan teknik angkat dagu dan dongak kepala.
*Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan
kepala dengan satu tangan sementara dagunya
diangkat dengan tangan yang satu lagi.
*Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan
pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau
menghalang pernafasan.
*B: Breathing (Pernafasan).
*Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa,
lihat ke arah dada pesakit.
*Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10
saat.
* Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga
tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya
selama 2 saat setiap hembusan
* C: Circulation (Peredaran darah).
* - Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau
sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada.
* - Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan
tekan ke dalam 1 ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80
100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua, Dan Tiga
sehingga Dan Lima Belas.
* - Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga
bantuan perubatan tib
*Posisi Pemulihan
* Jika
mangsa mula bernafas dan nadinya kembali
semasa atau selepas resusitasi, anda perlu
meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

* Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi


pemulihan:
i. Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.
ii. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan
diletakkan ke bawah pipinya.
iii. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke
arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk
mengelak mangsa tergolek ke hadapan.
iv. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara
sentiasa terbuka
*Posisi Pemulihan
*CPR Untuk Kanak-

Kanak 1-8 Tahun


- CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa
kecuali 3 langkah di bawah ini yang berbeza.
- Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR
selama 2minit sebelum menghubungi ambulans.
- Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan
tekanan di dada.
- Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8)


- Pastikan tindakbalas pesakit
.- Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak
bernafas beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama
1saat
.- Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak
mulakan tekanan di dada 1 ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum
Bone (ulu hati)nya. Tekan pada kadar 100 kali seminit.
- Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada
sehingga bantuan tiba.

*RUJUKAN

*St. John Ambulance, dan British Red Cross


(2005). Manual Pertolongan Cemas. Batu
Caves, Selangor.
*Penerbit Golden Books Centre Sdn. Bhd, Wisma
ILBS.

Anda mungkin juga menyukai