Anda di halaman 1dari 27

NOTA

LENCANA KECEKAPAN
BANTU MULA

Teori dan Amali

A(i) Jelaskan maksud  Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) 


CPR adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara
manual fungsi otak dan jantung sehingga langkah selanjutnya bagi mengembalikan aliran
darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantungnya terhenti berdegup.
Prosedur ini dilakukan ke atas seseorang yang mengalami pernafasan terhenti atau tidak
normal.

A (ii) Tunjukkan cara memulihkan pernafasan


1 DANGER (BAHAYA) Penyelamat memastikan kawasan sekitar selamat.

2 RESPONSE (TINDAKBALAS/
REAKSI)
Baringkan mangsa di permukaan yang rata dengan kepala,
leher dan badan dalam kedudukan yang separas.

Periksa gerak balas mangsa dengan menepuk bahu dan


minta mangsa membuka mata.

3 SHOUT (JERIT) Jika mangsa tiada gerak balas, hubungi 999 untuk bantuan
ambulans dan AED (Automated External Defibrillator).
Jika ada pembantu, minta pembantu hubungi 999 dan
dapatkan AED yang terdekat.

4 AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)

Dongakkan kepala Angkat dagu

Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa untuk membuka saluran pernafasan supaya
lidah tidak menghalang saluran pernafasan.(Head-tilt-chin-lift)

5 BREATHING (PERNAFASAN)

Periksa pernafasan mangsa dengan kaedah


dengar bunyi pernafasan, rasa hembusan nafas
pada pipi dan perhatikan pergerakan dada selama
5-10 saat.

6 CIRCULATION (JIKA MANGSA TIDAK BERNAFAS)

Letakkan pangkal tapak Posisi pangkal tapak tangan Letak tangan kanan di atas
tangan pada tengah- tangan kiri anda dan pancakan
tengah dada jejari anda (interlock fingers)
Jauhkan jejari anda dari dada.

Tekan pada tengah- tengah dada


30 kali dengan:
● Tekan sedalam 5-6 cm pada
kadar antara 100-120 kali
seminit
● Tekan dengan kuat dan pantas
● PASTIKAN DADA KEMBALI
KE POSISI ASAL SELEPAS
SETIAP TEKANAN.
● Elakkan daripada gangguan
semasa memberi tekanan

Luruskan lengan anda Tekan secara menegak

Selepas 30 tekanan dada,


Buka saluran pernafasan Hembus ke dalam mulut Pastikan dada mangsa
(dongak kepala, angkat mangsa sehingga menurun semula sebelum
dagu) dan picit hidung dadanya bergerak memberi hembusan
mangsa naik. Pastikan mulut anda kedua.
menekup seluruh mulut
mangsa

Jika penyelamat tidak ingin memberi hembusan atau mulut mangsa terbakar/terdedah
kepada bahan kimia, teruskan tekanan dada sahaja

7 Lakukan 30 tekanan dada diikuti dengan 2 hembusan nafas dan


ulangi langkah-langkah ini sehingga
● Kakitangan ambulans tiba
● AED tiba (teruskan mengikut arahan daripada AED)
● Mangsa menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa (mangsa
bernafas secara normal / bergerak / membuka mata / batuk)
● Anda terlalu letih untuk meneruskan CPR.

Jika mangsa kembali bernafas secara normal, letakkannya pada


kedudukan pemulihan dan pantau pernafasan mangsa sehingga
bantuan tiba.
(Sumber: First Aid Manual Revised 10th Edition, Dorling Kindersley)

B i) Sistem pengaliran darah dalam tubuh manusia


Organ yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia adalah seperti berikut:
1. Jantung
Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Jantung terletak di dalam rongga
dada manusia, di antara kedua paru-paru. Organ sebesar penumbuk ini berdegup 100,000 kali
sehari, mengepam lima atau enam liter darah setiap minit, atau lebih kurang 2,000 gallon
sehari.  Organ ini terbahagi kepada empat ruangan iaitu dua ruang atrium(aurikel) dan dua
ruang ventrikel. Ventrikel kiri jantung merupakan ruang yang mempunyai otot terkuat dan ianya
mengepam darah yang kaya dengan oksigen ke seluruh tubuh. Pengecutan ventrikel kirilah
yang memberikan nilai tekanan darah manusia. Selain itu, jantung juga mempunyai empat injap
yang berfungsi untuk memastikan darah mengalir pada satu arah yang betul pada setiap masa.

Struktur jantung

2. Salur darah
Terdapat beberapa jenis salur darah, antaranya ialah:
● Arteri
Arteri mengangkut darah dari jantung ke bahagian tubuh yang lain. Semua arteri mengangkut
darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.  
● Vena
Vena mengangkut darah dari bahagian tubuh yang lain ke jantung. Semua vena mengangkut
darah terdeokisgen kecuali vena pulmonari.
● Kapilari
Kapilari merupakan satu jaringan salur darah halus yang menghubungkan arteri dengan vena
di tisu badan. Kapilari darah mempunyai dinding yang amat nipis yang memudahkan proses
pertukaran gas dan zat makanan antara sel badan dengan darah.

Sistem peredaran darah manusia


Sistem peredaran darah melibatkan:
(a) Sistem peredaran pulmonari (peredaran peparu) iaitu pengaliran darah dari jantung ke
peparu dan ke jantung semula.
(b) Sistem peredaran sistemik (peredaran tubuh) iaitu pengaliran darah dari jantung ke
bahagian badan yang lain dan kembali ke jantung semula.
Peredaran pulmonari:
Darah terdeoksigen dari tisu badan diangkut ke jantung melalui vena kava. Jantung kemudiannya
mengecut dan menyebabkan darah terdeoksigen memenuhi ruang atrium (aurikel) kanan.
Pengecutan atrium kanan memaksa darah terdeoksigen memasuki ventrikel kanan. Pengecutan
ventrikel kanan memaksa darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui arteri pulmonari. Pada
masa ini, injap trikuspid akan menutup salur darah untuk mengelakkan pengaliran balik darah ke
ruang atrium kanan. Injap sabit di arteri pulmonari juga tertutup. Di peparu, darah terdeoksigen
ditukar menjadi darah beroksigen. Darah beroksigen diangkut ke atrium kiri melalui vena
pulmonari. Pengecutan atrium kiri menyebabkan darah beroksigen memasuki ventrikel kiri. Pada
masa yang sama injap bikuspid tertutup.

Peredaran Sistemik
Pengecutan ventrikel kiri memaksa darah beroksigen ditolak ke luar jantung melalui aorta ke
seluruh bahagian badan kecuali peparu. Pada masa yang sama, injap sabit tertutup. Pertukaran
gas, bahan makanan dan bahan buangan berlaku di antara darah dan sel-sel badan. Darah
terdeoksigen kembali ke jantung melalui vena kava dan memasuki atrium kanan.

Sistem peredaran darah manusia

B ii) Tunjukkan cara memberhentikan pendarahan untuk kecederaan yang berikut :


● hidung berdarah;
● jari terhiris
● terpijak paku

Pendarahan
Pendarahan terjadi daripada sistem edaran yang tercedera. Ianya boleh berlaku melalui:
● Arteri (Darah yang keluar berwarna merah terang kerana mengandungi oksigen dan keluar
memancut mengikut denyutan jantung)
● Kapilari ( Darahnya meleleh keluar)
● Vena (Darahnya berwarna kehitaman kerana mengandungi karbon dioksida dan mengalir
keluar perlahan-lahan)

Rawatan
Tindakan yang perlu diambil ialah
● Bersihkan luka daripada kekotoran.
● Basuh tangan anda sebelum atau selepas memberikan bantu mula kepada seseorang
untuk menghindarkan daripada jangkitan dan gunakan pembalut steril jika boleh.
● Tekan secara langsung atas pembalut steril atau kain yang bersih ke atas luka kira-kira 10
minit. (Cara ini biasanya digunakan untuk kebanyakan jenis luka kecuali luka itu
disebabkan benda asing seperti kaca atau terdapat tulang yang mengunjur keluar dari luka)
● Tinggikan anggota yang luka untuk membantu mengawal pendarahan. Jika darah masih
mengalir meresapi pembalut steril yang pertama, tambahkan lagi satu lapis pembalut lagi.
JANGAN BUANG pembalut yang pertama tadi.
● Jika tempat yang luka tidak boleh ditekan, tahan darah secara tekanan tidak langsung –
Tahan pada urat nadi.
● Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan
● Jika ada tanda renjatan, beri rawatan sewajarnya
● Rehatkan si malang dan hantar ke hospital

Terdapat empat cara mengawal pendarahan luaran.


1. Direct Pressure -memberi tekanan pada tempat luka
2. Elevation -meninggikan tempat yang luka.
3. Pressure point - memberi tekanan pada tempat yang tertentu
4. Tourniquet -ikat pada bahagian atas luka

Hidung Berdarah

1. Dudukkan mangsa di 2. Picit bahagian bawah 3. Letakkan ketulan ais


dalam keadaan hidung yang lembut dipangkal hidung untuk
menegak dan tunduk selama 20-30 minit menguncupkan salur
ke depan secara darah seterusnya
membongkok mengurangkan
pengaliran darah di
bahagian tersebut.
1. Tenangkan mangsa.
2. Arahkan mangsa duduk di dalam keadaan menegak dan tundukkan kepala ke
bawah (untuk mengelakkan mangsa tertelan darah)
3. Minta mangsa bernafas melalui mulut (selama 10 minit)
4. Arahkan mangsa memicit bahagian bawah hidung yang lembut menggunakan
ibu jari dan telunjuk, selama 20-30 minit.
5. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah dan
seterusnya mengurangkan pengaliran darah di bahagian tersebut.
6. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah
berhenti atau tidak.
7. Jika masih berdarah ulangi picitan bahagian hidung selama 10 minit. Jika
pendarahan berterusan segera berjumpa doktor.
8. Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan mangsa supaya terus duduk dan
jangan menggosok atau bernafas melalui hidung.

Jari terhiris

1. Cuci luka mangsa 2. Tekan dengan kuat pada 3. Lekatkan plaster


supaya tidak dijangkiti luka untuk menghentikan mengikut saiz luka.
kuman pendarahan.

1. Tenangkan mangsa
2. Bersihkan tangan anda dengan sabun.
3. Cuci luka mangsa supaya tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
5. Tekan dengan kuat pada luka untuk menghentikan pendarahan. Tekan dengan
menggunakan kain yang bersih untuk mengelakkan jangkitan
6. Lekatkan plaster mengikut saiz luka.
7. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
8. Gunakan pembalut elastik(crepe bandage) untuk memegang plaster (supaya tidak
tertanggal).
9. Bawa mangsa ke hospital atau klinik jika masih berdarah.
*sumber :https://bsmmterengganu.wordpress.com/nota/

Pembalut (bandage) digunakan untuk :


– Mengikat balutan pada sesuatu kedudukan.
– Mengadakan tekanan langsung pada luka pendarahan.
– Memberikan sokongan atau mengampu anggota yang patah dan cedera sebagai anduh
dan mengikat tuap.

Terpijak paku
2 Hentikan pendarahan
1. Cabut objek dan cuci dengan cara menekan 3. Balut luka dengan kain kasa.
luka luka secara perlahan
untuk mengelakkan jangkitan menggunakan kain bersih
kuman. atau kain kasa bersih .

1. Cabut objek dan cuci luka untuk mengelakkan jangkitan kuman.


2. Hentikan pendarahan dengan cara menekan luka secara perlahan menggunakan kain
bersih atau kain kasa bersih. Tekan selama beberapa minit sehingga pendarahan berhenti.
3. Setelah darah berhenti keluar, bersihkan sekali lagi luka tertusuk paku untuk menghilangkan
partikel-partikel kuman yang masih tertinggal.
4. Sapu krim antiseptik atau alkohol. Hal ini adalah untuk mengelakkan luka daripada jangkitan
kuman yang terdapat di kawasan sekitar luka.
5. Balut luka dengan kain kasa..
6 Bawa mangsa ke hospital atau klinik jika masih berdarah.

B iii) Tunjukkan cara membalut luka di kepala

1 Letakkan kain anduh 2 Minta pesakit 3 Tarik kedua-dua 4 Bawa kedua-dua


di atas kepala pesakit meletakkan dua jari di bucu kain anduh dan bucu kain anduh ke
atas dahi silangkan di belakang hadapan
kepala

5 Ikat ikatan buku sila 6 Ikat dengan kemas 7 Selitkan bucu kain
di dahi pesakit dan ketat dan anduh ke dalam
kemaskan ikatan ikatan supaya kemas
sumber : BSM - balutankepala- Rawatan bagi kecederaan Kepala
https://www.youtube.com/watch?v=itl-_XWZd5
B iii) cara membalut luka di tapak tangan
BSM https://www.youtube.com/watch?v=lrYzVDaH2nY
1 Hentikan pendarahan dengan 2 Sediakan kain anduh 3 Letak tapak tangan yang
cara menekan kain bebat tercedera di atas kain anduh
pada luka. Balut luka dengan
kain kasa.

4 Tarik dan lipat anduh 5 Pegang hujung anduh 6. Simpul hujung anduh dengan
sehingga sudut anduh dengan kedua-dua tangan ikatan buku sila di atas
menutup tapak tangan dan lilit sekeliling tapak pergelangan tangan
tangan

B iii) cara membalut luka di lengan tangan (Cara 1)


BSM :https://www.youtube.com/watch?v=HTQ0smm1EEk
Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.
1. Untuk mengawal pendarahan, betulkan posisi pesakit, gunakan kaedah memberi tekanan
dan
meninggikan tempat luka (direct pressure and elevation) jika boleh.
2. Dedahkan luka dengan memotong kain yang menutupi bahagian yang luka.
3. Jangan mengeluarkan sebarang objek tajam yang tertanam pada luka.
4. Lindungi luka dengan gauze (kain kasa) yang steril untuk mengurangkan risiko jangkitan.

1 Bersihkan luka daripada


kekotoran, Hentikan pengaliran 2 Sediakan satu lagi kain anduh. 3 Letakkan pembalut tirus di atas
darah dengan menekan kain bebat Lipat sehingga lipatan tirus. bebat, satu bucu panjang dan
kepada luka. Tinggikan bahagian satu bucu pendek.
yang tercedera untuk meredakan
pendarahan.

4 Lilitkan bucu panjang secara


5 Ikat ikatan buku sila. Ikat dengan
bersilang sehingga kedua-dua
ketat dan kemas. Tinggikan
bucu bertemu.
bahagian yang tercedera.
Cara membalut luka di lengan tangan. (Cara 2)
i. Letak anduh tiga segi di bahagian dada dengan
hujung yang tirus di belakang leher.
ii. Letakkan lengan yang tercedera di atas anduh.
iii. Tarik hujung anduh yang sebelah lagi ke
belakang leher untuk disimpulkan.
iv. Kemaskan balutan dengan menyelitkan hujung
anduh di bahagian siku ke dalam anduh. ( lihat
gambar)

iii) cara membalut luka di lutut

1 Letak kain anduh yang dilipat tiga di bawah lutut,


satu bucu panjang dan satu bucu pendek.
2 Lilitkan bucu panjang secara bersilang
sehingga kedua-dua bucu bertemu.
3 Ikat ikatan buku sila. Ikat dengan ketat
dan kemas.
4 Kemaskan balutan anda.

iii) cara membalut luka di buku lali

1 Tekan bebat di bawah tapak kaki dengan satu hujung bebat yang panjang menonjol.
2 Dengan salah satu tangan, pegang hujung bebat yang pendek di bawah tapak manakala
yang sebelah lagi, lilit bebat mengelilingi kaki sehingga ke tumit.
3 Teruskan lilitan di bahagian buku lali sehingga ke pergelangan kaki dengan gulungan
bebat dan pastikan bebat telah menutupi seluruh kaki.
4 Lekat dengan pita hujung bebat pada balutan agar tidak tertanggal.
sumber : https://ms.wikicell.org/vendarte-el-tobillo-19058

C Tunjukkan cara bantuan kecemasan yang perlu diberi kepada


seorang mangsa yang
● mengalami patah tulang
● terseliuh
● tercekik
1 Fraktur tertutup 2 Fraktur 3 Fraktur
dengan terbuka dengan intraartikular
pendarahan pendarahan dengan
abnormal luaran (external) pendarahan
(hematoma) dalam rongga
sendi
(hemrathrosis)

Jenis- jenis fraktur (patah tulang)


1 Fraktur tertutup-
- kulit sekeliling tulang yang patah tidak rosak
- terdapat calar-calar dan bengkak
- kecederaan dalaman pada tisu-tisu sekeliling tulang
2 Fraktur terbuka
- keretakan terbuka atau terkeluar diikuti luka disebabkan kecederaan.
- lapisan kulit terkoyak
- tulang terdedah kepada pencemaran udara

Cara merawat patah kaki


Langkah-langkah
1. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat
kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
2. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
3. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi
dan pernafasan terhenti. Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.
Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
4. Letak anggota yang patah dalam kedudukan asal seberapa yang boleh.
5. Pasang tuap kepada tempat yang patah dengan mengikat sekurang-kurangnya di empat
tempat - di bahagian bawah dan atas bahagian patah, sendi di sebelah atas dan bawah
bahagian patah.
6. Jika patah terbuka dan tulang terjulur keluar, tutup bahagian luka dengan kain kasa dan
gunakan balutan cincin sebelum membuat balutan.
7. Dapatkan bantuan perubatan segera

i) patah tangan
Gejala/simptom patah tangan
- bengkak pada anggota terlibat
- kemerahan
- lebam pada kawasan yang cedera
- sakit berpanjangan
- pergerakan terbatas
- ketidakupayaan untuk menggerakkan jari tangan
- pergerakan menggenggam dan membuka tapak tangan terbatas

Cara merawat patah tangan

sumber : https://ms.cathedralcollege.org/kak-obrashatsya-so-slomannoj-rukoj-553
1 Hentikan pendarahan( jika ada) dengan segera. Untuk melakukan ini, letak bebat pada luka,
balutkan luka dengan kain kasa bersih atau bahan lain yang berada di hujung jari anda.
2 Jangan gerakkan tangan. Letakkan tuap (splint) di kiri dan kanan bahagian lengan yang
patah.
3 Ikat dengan kain kasa atau anduh dengan ketat untuk mengawal pergerakan.
4 Letakkan tuaman ais yang dibalut dengan kain ke bahagian yang cedera untuk mengurangkan
bengkak dan sakit sebelum berjumpa doktor.

C Tunjukkan cara bantuan kecemasan yang perlu diberi kepada


seorang mangsa yang
(ii) terseliuh
https://bsmmterengganu.wordpress.com/nota/

Kaedah Rawatan Prinsip RICE


Rest - jangan mengerakkan anggota terlibat selama 24
hingga 72 jam.
Ice - Beri tuaman sejuk selama 20 minit pada tempat
cedera untuk mengecutkan salur darah dan
seterusnya dapat mengurangkan rasa sakit dan
bengkak.

Compression - Balut bahagian yang tercedera untuk


mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Pastikan
balutan tidak terlalu
ketat.

Elevation - Ampu bahagian yang cedera tinggi sedikit


dari paras jantung untuk mengurangkan bengkak
serta pengaliran darah

C Tunjukkan cara bantuan kecemasan yang perlu diberi kepada


seorang mangsa yang
(iii) tercekik
Bayi – berumur kurang dari 1 tahun (sedar)
○ Pastikan bayi boleh menangis atau batuk
○ Buka mulut bayi dan periksa objek. Keluarkan objek jika
kelihatan. (Jangan menjolok ke dalam mulut bayi kerana ini
boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk)
○ Tiarapkan bayi di atas lengan/paha dengan kepala bayi
terkulai sedikit kebawah
○ Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi (Gambar 1)
○ Terlentangkan bayi serta keluarkan objek jika kelihatan
Gambar 1 ○ Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian
tengah-tengah dada dan lakukan 5 kali tekanan (Gambar 2)
○ Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR
○ Hubungi ambulans (999)

Gambar 2
Kanak-kanak – 1 hingga 8 tahun (sedar)
○ Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau
batuk
○ Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga objek
keluar
○ Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat
mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah.
Gambar 3 ○ Sekiranya gagal, lakukan ‘Heimlich Maneuver’ (tekanan
‘Heimlich Maneuver’ di bawah diafragma) sehingga objek terkeluar.
○ Keluarkan objek sekiranya kelihatan
○ Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri
○ Hubungi ambulans (999)

Dewasa (sedar)
○ Arahkan mangsa supaya batuk beberapa kali sehingga
objek terkeluar
○ Sekiranya gagal, bongkokkan mangsa ke depan dan tepuk
sebanyak 5 kali di belakang tulang belikat (Gambar 4)
Gambar 4 Gambar 5 ○ Sekiranya gagal, lakukan ‘Heimlich Maneuver’
(Gambar 5)
○ Berdiri di belakang mangsa.
○ Letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang mangsa
○ Tekan abdomen menggunakan genggaman tangan
○ dengan cepat ke arah dalam dan ke atas

○ ‘Heimlich Maneuver’ boleh dilakukan ke atas diri sendiri


(Gambar 6) menggunakan kerusi jika tiada orang lain yang
berhampiran.

Gambar 6

○ Bagi wanita yang mengandung atau mangsa yang gemuk


tekanan dada boleh dilakukan (Gambar 7)
○ Keluarkan objek sekiranya kelihatan
○ Lakukan CPR sekiranya mangsa pengsan
○ Hubungi ambulans

Gambar 7
Bayi berumur kurang dari 1 tahun (tidak sedar)
○ Perhatikan keadaan bayi
○ Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala
dan angkat dagu bayi
○ Periksa mulut bayi sekiranya terdapat objek
○ Keluarkan objek dengan menggunakan jari sekiranya
kelihatan (Gambar 8)
Gambar 8 ○ Sekiranya bayi tidak bernafas setelah objek dikeluarkan
berikan bantuan pernafasan
○ Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan bayi
○ Jika tiada, lakukan CPR
○ Hubungi ambulans (999)

Kanak-kanak 8 tahun ke atas dan Dewasa (Tidak Sedar)


○ Jika tiada, lakukan CPR
○ Hubungi ambulans (999)Perhatikan keadaan mangsa
○ Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan
kepala dan angkat dagu mangsa (Gambar 9)
○ Periksa mulut mangsa sekiranya terdapat objek
○ Keluarkan objek dengan menggunakan jari sekiranya
Gambar 9 kelihatan
○ Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah objek dikeluarkan,
berikan bantuan pernafasan
○ Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai pernafasan
mangsa

D Terangkan dan berikan rawatan bantu mula bagi mangsa yang :


i) pitam atau tidak sedarkan diri
1. Baringkan mangsa di tempat teduh dan berudara bersih.
2. Longgarkan pakaian mangsa yang ketat
3. Tinggikan kaki (untuk memastikan bekalan darah mengalir
ke
otak).
4. Tenangkan mangsa.
5. Galakkan mangsa tarik nafas.
6. Rawat semua kecederaan pada mangsa.
7. Tentukan tahap kesedaran:
✧ Tidak bernafas - pemulihan pernafasan
✧ Tiada denyutan nadi - CPR
✧ Bernafas - Kedudukan pemulihan (Recovery position)

8. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di


klinik atau hospital berdekatan, hubungi talian 999 sekiranya:
✧ mangsa mengalami kecederaan di kepala semasa pengsan.
✧ mangsa pengsan lebih dari sekali dalam sebulan.
✧ mangsa wanita mengandung atau menghidap sakit jantung
atau penyakit kronik.
✧ sebelum pengsan mangsa mengadu sakit dada, sukar
bernafas, kecelaruan, kabur pandangan atau susah bertutur.

D Terangkan dan berikan rawatan bantu mula bagi mangsa yang :


ii) tertelan racun

1. Jika mangsa sedar dan tiada tanda terbakar di mulut


dan
di bibir, suruh mangsa muntah dengan menjolok tekaknya
dengan jari atau berikannya minuman air suam
bercampur dua sudu besar garam biasa.
2. Jika masih sedar lagi dan terdapat mulut terbakar,
berilah
minuman air sejuk, susu atau air bari. Ini akan
mencairkan racun. Jangan galakkan mangsa muntah.
3. Jika mangsa itu tidak sedar, letakkannya dalam
kedudukan Tiarap Tiga Suku (Three Quarter Prone
position).
4. Jika pernafasan mangsa terhenti, lakukan pemulihan
pernafasan.
5. Hantar mangsa ke hospital dengan segera bersama
dengan benda-benda yang terdapat berhampiran
dengannya seperti:
(a) Sebarang baki racun
(b) Sebarang kotak atau botol
(c) Sebarang muntahan
Ini akan menolong mengenal pasti jenis racun yang telah
ditelan.

D Terangkan dan berikan rawatan bantu mula bagi mangsa yang :


iii) termasuk objek ke dalam mata, telinga dan hidung.
● Objek dalam mata
sumber : https://www.google.com/search?
q=keluarkan+objek+dari+mata+dengan+tisu&rlz=1C1AVFC_enMY831MY831&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=ycp56g_Z_kJAu
M%252CsOpNH6ZM
https://ms.wikicell.org/Een-vuiltje-uit-je-oog-verwijderen-7700
https://www.slideshare.net/cgnizam/objek-asing-dalam-organ-deria-bantu-mula

1. Nasihatkan mangsa supaya jangan menggosok


mata.
2. Dudukkan mangsa dengan menghadap ke arah
cahaya.
3. Buka kelopak mata perlahan–lahan dengan
menggunakan ibu jari dan jejari. Periksa setiap bahagian
mata mangsa.
4. Jika objek itu boleh dilihat, cuci mata dengan air
yang
dituang dari dalam gelas atau air terus daripada paip yang
dialirkan secara perlahan- lahan.
5. Sekiranya tidak berjaya, cuba keluarkan dengan
menggunakan putik kapas yang lembab (rujuk gambar),
sudut tisu yang lembab atau tuala yang bersih, dengan
syarat objek itu tidak tersekat.
6. Sekiranya objek berada di bawah kelopak mata,
kerdipkan mata dan kemudian tarik kelopak mata dan
kerdip lagi. Ulangi proses sehingga objek berjaya
dikeluarkan.
7. Dapatkan rawatan di hospital sekiranya cara yang
dilakukan di atas tidak berkesan.

● Objek dalam telinga


Rawatan dengan menggunakan penyepit
1. Tenangkan mangsa.
2. Sekiranya objek tersebut dapat dilihat dari luar dan
boleh
dikeluarkan dengan mudah, keluarkan objek tersebut
dengan cermat menggunakan penyepit.
3. Dapatkan rawatan doktor bagi memastikan keseluruhan
objek berkenaan telah dikeluarkan.
4. Sekiranya didapati objek yang agak kecil tersekat di dalam
telinga, jangan cuba untuk mengeluarkannya
menggunakan penyepit atau objek lain kerana ia akan
menyebabkan kecederaan yang lebih serius.
5. Bawa mangsa ke hospital.

● Objek dalam telinga


Rawatan dengan bantuan graviti
1. Gunakan bantuan daya graviti bagi mengeluarkan objek
tersebut
2. Telengkan kepala agar telinga yang berkenaan
menghadap
ke bawah
3. Jangan mengetuk kepala mangsa. Gerakkan kepala
mangsa
secara perlahan-lahan dalam keadaan telinga menghadap ke
bawah.
4. Jika objek tersebut gagal dikeluarkan, bawa mangsa ke
hospital.

● Objek dalam hidung


Rawatan dengan cara menghembus
1. Tenangkan mangsa dan nasihatkan agar bernafas
secara perlahan-lahan melalui mulut.
2. Perlahan-lahan tutup lubang hidung yang sebelah lagi
dan minta mangsa menghembus nafas atau objek yang
terperangkap di dalam hidung itu keluar.
3. Elakkan menghembus melalui lubang hidung tersebut
dengan kuat atau kerap.
4. Dapatkan rawatan di hospital sekiranya cara yang
dilakukan di atas tidak berkesan.

D Terangkan dan berikan rawatan bantu mula bagi mangsa yang :


(iv) terkena renjatan
Gejala Renjatan Rawatan
1. Awasi mangsa.
1. Kelihatan pucat 2. Periksa ABC (Airway, Breathing, Circulation)
2. Kulit melekit dan sejuk 3. Baring dan tinggikan kaki 20-30 cm.
3. Terasa loya, 4. Longgarkan pakaian yang ketat.
4. Lemah badan, pening dan hendak 5. Selimutkan mangsa agar sentiasa panas
muntah tetapi jangan biarkan badannya terlalu
5. Nadi cepat tetapi lemah panas.
6. Nafas, cepat dan sesak 6. Hentikan pendarahan sekiranya ada
7. Terasa dahaga 7. Tuap (splint) sekiranya ada patah tulang
8. Pandangan kabur 8. Jangan beri sebarang makanan atau
minuman.
9. Tekanan darah rendah
9. Pantau dan rekod tanda-tanda penting
10. Mungkin tidak sedarkan diri (kadar pernafasan, denyutan nadi, gerak
balas) sehingga bantuan ambulans tiba.
D Terangkan dan berikan rawatan bantu mula bagi mangsa yang :
(v) dipatuk ular atau disengat serangga berbisa

Langkah-langkah rawatan bantu mula


dipatuk ular atau disengat serangga berbisa
● Pastikan ular tidak berhampiran dengan mangsa
● Kenal pasti spesies ular (warna dan bentuk kepala) yang mematuk mangsa (Ambil gambar
ular jika boleh)
● Hubungi 999 untuk bantuan ambulans.
● Tenangkan mangsa
● Hentikan pergerakan pada anggota badan yang
telah digigit untuk melambatkan racun ular
daripada merebak.
● Jangan cuba membuka pakaian mangsa kerana ini
meningkatkan pergerakan anggota badan yang
tercedera.
● Balut bahagian luka dengan pembebat dan
tandakan posisi luka gigitan pada pembebat.
● Balut anggota badan dengan pembebat elastik dari luka patukan sejauh yang mungkin (ke
arah badan).
● Balut anggota badan yang tercedera dengan pembalut untuk menyekat pergerakan
● Pantau dan rekod tanda-tanda penting (kadar pernafasan, denyutan nadi, gerak balas)
sehingga bantuan ambulans tiba.

D Terangkan dan berikan rawatan bantu mula bagi mangsa yang :


(vi) Terbakar /melecur

Rawatan
1 Siram anggota yang tercedera secepat mungkin dengan air
sejuk yang banyak dan seberapa lama yang mungkin
sehingga hilang rasa panas dan kurang rasa sakit.
2 Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika pakaian melekat,
gunting di sekelilingnya.
3 Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam
seperti cincin, gelang dsbnya.
4 Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih
5 Jangan gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota
yang tercedera
6 Jangan sapu krim, mentega, kicap dsb pada anggota yang
Luka akibat terbakar tercedera

7 Pastikan mangsa boleh bernafas


8 Berikan mangsa oksigen pada kadar 8 -10 liter/minit
9 Rawat mangsa untuk renjatan
10 Jika kecederaan agak teruk, bawa ke hospital secepat
mungkin..

Melecur

E (i)  Terangkan cara menyelamatkan seseorang yang terperangkap dalam bilik yang penuh
dengan  kepulan asap. 
sumber : https://www.google.com/search?
q=smoke+inhalation+first+aid+procedure&rlz=1C1AVFC_enMY831MY831&oq=smoke+inhalation+first+aid&aqs=
chrome.1.69i57j0j0i22i30.19496j0j4&sourceid=chrome&ie=UTF-8

Tutup hidung dan mulut dengan sehelai kain basah


dan elakkan bernafas melalui mulut

Meniarap hampir dengan permukaan lantai; kemudian


merangkak ke arah kawasan selamat

Kaedah Stop, Drop and Roll. Stop -


Jika pakaian terbakar, berhenti berlari
kerana api akan semakin marak

Drop -
Meniarap atau berbaring di lantai

Roll
Letak kedua-dua tangan di atas
kepala, berguling di lantai untuk
memadamkan api.

● Aktifkan penggera kebakaran


● Hubungi 999 untuk bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (999)
● Tutup hidung dan mulut dengan sehelai kain basah dan elakkan bernafas melalui mulut
● Tiarap hampir dengan permukaan lantai; kemudian merangkak ke arah kawasan selamat
(tingkap terbuka). Pastikan kepala sentiasa di bawah asap
● Jangan guna lif.
● Beredar dari bilik yang penuh dengan asap dengan serta -merta
● Masuk ke dalam bilik yang lebih selamat, sebaik-baiknya yang mempunyai tingkap
terbuka, pengudaraan baik dan berhadapan jalan raya.
● Tutup pintu di belakang anda dan tutup ruang di bawah pintu dengan selimut, kain atau
fabrik lain bagi mencegah asap daripada memasuki bilik.
● Jika pakaian terbakar, gunakan kaedah Stop, Drop and Roll.
● Pergi ke tingkap, jerit untuk menarik perhatian orang tentang kebakaran.
● Jika keluar melalui tingkap, panjat dengan kaki keluar terlebih dahulu.

E ii) Terangkan cara memulihkan seseorang mangsa yang tidak sedarkan diri
akibat terhidu kepulan asap semasa kebakaran

● Hubungi 999 untuk bantuan ambulans dan bomba.


● Alihkan mangsa ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang
segar dengan segera.
● Baringkan mangsa pada permukaan yang rata.
● Tepuk bahu mangsa dan tinggikan suara untuk menarik
perhatiannya.
● Jika mangsa masih tiada respons, buka saluran pernafasan
dengan kaedah Dongak - Kepala- Angkat- Dagu.(Head-tilt-chin-
lift)
● Periksa mulut mangsa dan rapatkan telinga pada mulut dan hidung
mangsa
● Periksa pernafasan mangsa dengan kaedah Dengar Rasa dan
Lihat antara 5-10 saat.
● Dengar bunyi hembusan udara keluar daripada mulut
- Rasa hembusan udara keluar daripada mulut pada pipi anda
- Lihat pergerakan dada
● Jika pernafasan mangsa terhenti/tidak normal, lakukan CPR
dengan serta-merta.
- Tekan pada tengah-tengah dada 30 tekanan dada diikuti 2
hembusan mulut
- Tekan sedalam 5-6 cm pada kadar antara 100-120 kali seminit
- Tekan kuat dan pantas
- PASTIKAN DADA KEMBALI KE POSISI ASAL SELEPAS SETIAP
TEKANAN.
- Elakkan gangguan semasa memberi tekanan
● Teruskan CPR sehingga bantuan ambulans dan/atau AED tiba,
mangsa menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa (mangsa
bernafas normal / bergerak / membuka mata / batuk) atau anda
terlalu letih untuk meneruskan CPR.

F i) Tunjukkan sebuah peti bantu mula yang lengkap dan


terangkan kegunaan setiap satu isi kandungannya.
sumber : http://pbsmsmkdwar.blogspot.com/2011/05/peti-pertolongan-cemas.html
BIL PERKARA KEGUNAAN
1. Beri sekurang-kurangnya 15
contoh

ii) Terangkan cara membuat panggilan kecemasan .

( Rujuk prosedur panggilan kecemasan )

Rujukan :
1 First Aid Manual Revised 10th Edition, Dorling Kindersley.
2 Singapore Civil Defence Force (SCDF) Buku Panduan Kecemsan Edisi Kelapan.
3 Blogspot Pertolongan Cemas PBSM
PERTOLONGAN CEMAS UNTUK PATAH / TERSELIUH
4 https://thediagnosa.com/barang-first-aid-kit-peti-pertolongan-cemas/
5 http://pbsmsmkdwar.blogspot.com/2011/05/peti-pertolongan-cemas.html
6 https://www.google.com/search?q=smoke+inhalation+first+aid+procedure&rlz=1C1AVFC_
enMY831MY831&oq=smoke+inhalation+first+aid&aqs=chrome.1.69i57j0j0i22i30.19496j0j4&
sourceid=chrome&ie=UTF-8
7 https://www.google.com/search?
q=keluarkan+objek+dari+mata+dengan+tisu&rlz=1C1AVFC_enMY831MY831&tbm=isch&sou
rce=iu&ictx=1&fir=ycp56g_Z_kJAuM%252CsOpNH6ZM
8 https://bsmmterengganu.wordpress.com/nota/
9 BSM :https://www.youtube.com/watch?v=HTQ0smm1EEk
10 https://ms.wikicell.org/vendarte-el-tobillo-19058
11 https://id.wikihow.com/Cepat-Pulih-dari-Keracunan-Makanan
12 https://ms.wikicell.org/vendarte-el-tobillo-19058
13 https://ms.cathedralcollege.org/kak-obrashatsya-so-slomannoj-rukoj-553
14 https://en.wikipedia.org/wiki/Circulatory_system#/media/File:Circulatory_System_en.svg
15 https://www.slideshare.net/cgnizam/objek-asing-dalam-organ-deria-bantu-mula

Anda mungkin juga menyukai