Anda di halaman 1dari 2

MINGGU BAHASA MELAYU - (Persatuan Bahasa Melayu)

KUIZ TEKA-TEKI

Soalan 1: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin

Soalan 2: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku
apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur

Soalan 3: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya
sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut

Soalan 4: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah
ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 5: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila
kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Soalan 6:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila
dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Soalan 7: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku
disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai
mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
MINGGU BAHASA MELAYU - (Persatuan Bahasa Melayu)

Soalan 8: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan


mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 9: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki
dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki
dan bila tua bertongkat.

Soalan 10: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala
hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis.

Anda mungkin juga menyukai