Anda di halaman 1dari 2

KUIZ TEKA-TEKI

Soalan 1:

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tidak boleh duduk?

Jawapan:

Soalan 2:

Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila

dipanaskan?

Jawapan:

Soalan 3:

Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?

Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan:

Soalan 4:

Apabila ditarik yang di atas gembira, yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan:

Soalah 5

Ada satu benda, kita berdiri dia baring. Kita baring, dia berdiri tapi bila kita

jalan dia pun ikut sama nak jalan. Nak tinggal tak boleh pula.

Jawapan:
Soalan 6

Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, benda itu akan mati tetapi

apabila dilepaskan benda itu akan hidup. Namun, lama-kelamaan benda itu akan

mati juga bila dibiarkan lama-lama.

Jawapan:

Soalan 7

Mula-mula aku buka baju, selepas itu aku sapu bedak. Setelah badanku disapu

bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. Setelah mandi, aku pun naik

dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan:

Soalan 8

Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di

tempat kedua. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?

Jawapan:

Soalan 9

Ambil 1000 dan tambah 40. Sekarang tambah lagi 1000. Kemudian, tambah lagi

30, dan lagi 1000. Selepas itu, tambah 20, tambah 1000, dan akhir sekali tambah

10. Jadi, berapa yang anda dapat?

Jawapan:

Soalan 10

Cipta satu teka-teki atau kongsikan teka-teki yang kamu tahu.

Anda mungkin juga menyukai