Anda di halaman 1dari 6

Tikus apa yang ada 2 kaki?

2. Itik apa yang ada 2 kaki?


3. Kambing apa yang kita tak nampak?
4. Gurun mana yang tanamannya subur?
5. Buah apa ada gear?
6. Bunga apa warna hitam?
7. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
8. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
9. Sungai apa paling tajam?
10. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
11. Ikan apa yg miskin?
12. Apakah dia 'rumah di bawah, tiang di atas'?
13. Di Kuala Lumpur ada dua, Di Seremban ada satu, di Johor pula
tiada
14. Rumah dalam bahasa inggeris apa? ( house ) Rumah terbakar
panggil apa?
15. Benda apa paling dekat dekat dengan kita tapi susah untuk kita
memandangnya?
16. Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak menggunakannya
dan penggunanya tidak nampaknya. Apakah ia?
17. Ada sejenis kuih yang ada macam-macam rasa kuih. Ada rasa
karipap, ada rasa donat, ada rasa kuih pelita, ada rase apam, senang
cerita ada rasa semua kuih la.. Kuih apa tu??
JAWAPAN:
1. Mickey MoJAWAPAN:
1. Mickey Mouse
2. Semua itik ada 2 kaki
3. Kambing yang menyorok
4. Gurun, Kedah
5. Sebuah kereta
6. Bunga tayar
7. Pisang goreng
8. Tumpah la
9. Sungai Lembing
10. Orang utan
11. Ikan kering
12. Kubur
13. Huruf 'a'
14. Panggil Bomba
15. Telinga
16. Keranda
17. Kuih-muih
50 KOLEKSI TEKA TEKI MUDAH

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu
berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah.
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila
dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah
cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh
kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian
270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam
menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan
dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan
profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa
depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan
kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak
apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah dan
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan
ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat,
si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin,
Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya
yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah.
Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah,
kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak
terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan
koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko
separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa
isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir,
dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar.mati
lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak,
aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik.
Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya
juga di kepala?
Jawapan: Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila
tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua
bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya
YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung
kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam.
Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan
lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu
kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba
hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah
besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal hahaha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh
TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor
burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya:
Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia
tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana Blue adalah perkataan inggeris, Kang adalah perkataan
Jawa.

KOLEKSI TEKA TEKI MELAYU
Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.
Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.
Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)
Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.
Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.
Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.
Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.
Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.
1) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?
- Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap
namanya kacang panjang aaa...

2) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?
- Misai

3) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen.
Macam mana dia nak pergi ke tempat tu?
- Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen = 60 sen

4) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk
memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu?
- Dua-dua tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

5) Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
- Penguin

6) Banyak katak, katak apa yang boleh bercakap?
- Katakanlahhhhhh... (Hazami kot..hahaha)

7) Tersebutlah kisah, ada seorang wanita yang menamakan anaknya nama FATIMAH. Kenapa ?
- Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

8) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
- Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

9) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. Apa dia?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox

10) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
- Bahrain (sebab bah dulu, rain kemudian)

11) Macam mana nak pergi haji kalau duit takde?
- Jangan hisap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat
RM 18,000. Dah boleh pergi haji... Renungkan, selamat beramal~~

Anda mungkin juga menyukai