Anda di halaman 1dari 15

50 KOLEKSI TEKA TEKI MUDAH

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak
boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang
patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap
pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa
akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah.
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan
menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan
tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran
disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa
belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun
melayu)
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah
merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air.
Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan
180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu

menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan
rumput.
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan
turun dahulu?
Jawapan: Spedometer bas lah
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh
dulu baru naik.
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan
mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi
ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya
menyentuh tanah.
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan
keluar orangnya.
Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan
marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri
tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang


kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor
memikir untuk masa depan.
Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing
hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia
atau tikus!
Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan
dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak
dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura
panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat
pokok.
Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang
dikehendaki adalah dan
Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati,
tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila
dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke
semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi
bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara
itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan
dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami
tidak mendapat sama.
Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah,
apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas,
kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan,
kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang
pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara
pun tak ada.
Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit,
buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah
Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau
ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis
pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun
tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin,
lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan
lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah.
Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan
Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati kalau kereta kancil dengan
rusa berlanggar.mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau
makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah
badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi.
setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan
mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar
berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan
dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta
mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam,
kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata
hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu
padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu
yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan
lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan
itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan
berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam
kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara
bebanyak ni apa paling besar?
Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal ha
haha..
Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan
telefon?
Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja
menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh
dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor
burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh
kebumi?
Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya
dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana Blue adalah perkataan inggeris,
Kang adalah perkataan Jawa.

Close Ad

1. Tikus apa yang ada 2 kaki?


2. Itik apa yang ada 2 kaki?
3. Kambing apa yang kita tak nampak?
4. Gurun mana yang tanamannya subur?
5. Buah apa ada gear?
6. Bunga apa warna hitam?
7. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
8. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
9. Sungai apa paling tajam?
10. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
11. Ikan apa yg miskin?
12. Apakah dia 'rumah di bawah, tiang di atas'?
13. Di Kuala Lumpur ada dua, Di Seremban ada satu, di Johor
pula tiada
14. Rumah dalam bahasa inggeris apa? ( house ) Rumah

terbakar panggil apa?


15. Benda apa paling dekat dekat dengan kita tapi susah
untuk kita memandangnya?
16. Pembuatnya tidak mahu guna, pembelinya tidak
menggunakannya dan penggunanya tidak nampaknya.
Apakah ia?
17. Ada sejenis kuih yang ada macam-macam rasa kuih. Ada
rasa karipap, ada rasa donat, ada rasa kuih pelita, ada rase
apam, senang cerita ada rasa semua kuih la.. Kuih apa tu??

JAWAPAN:
1. Mickey Mouse
2. Semua itik ada 2 kaki
3. Kambing yang menyorok
4. Gurun, Kedah
5. Sebuah kereta
6. Bunga tayar
7. Pisang goreng
8. Tumpah la
9. Sungai Lembing
10. Orang utan
11. Ikan kering
12. Kubur

13. Huruf 'a'


14. Panggil Bomba
15. Telinga
16. Keranda
17. Kuih-muih

[ Sign my Guestbook] - [Read my Guestbook ]


[Guestbook by TheGuestBook.com]

Soalan 1
Apakah dia, jauh dimata tetapi dekat dihati?
Jawapan: Usus

Soalan 2
Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang orang
jarang tinggal?
Jawapan: Rumah api

Soalan 3
Kalau Tuan bijak bestari, apa yang naik tak pernah
turun?
Jawapan: Umur

Soalan 4
Badannya lurus matanya satu, ekornya tajam
apakah itu?
Jawapan: Jarum

Soalan 5
Kalau tuan orang berakal, buah apa yang tidak bertangkai?
Jawapan: Buah melaka

Soalan 6
Banyak daun perkara daun, daun apakah dahannya
tiada?
Jawapan: Daun terup

Soalan 7
Aku hanya berjalan jika badanku penuh, kalau tak
penuh tak boleh digunakan..
Jawapan: Congkak

Soalan 8
Kenapa penggali kubur bila ditugaskan untuk
menggali kubur dia tak akan pakai baju?
Jawapan: Sebab dia pakai cangkul, kalau pakai baju bila nak
siap kerjanya

Soalan 9
Semakin kita berpaling, semakin dia
menjauh..apakah itu?
Jawapan: Telinga

Soalan 10
Apabila pergi dia terbang, tetapi apabila balik dia
berenang..apakah benda tersebut?
Jawapan: Memancing

Soalan 11
Bagaimana nak bezakan ikan betina dengan ikan
jantan?
Ikan betina ikan duyung, ikan jantan ikan bakar..mana ada
perempuan bernama Bakar..

Soalan 12

Pokok atas buah, buah atas pokok...


Jawapan: Buah nanas

Soalan 13
Gajah panjat bangunan KLCC, apa yang pecah?
Jawapan: Pecah Rekod

Soalan 14
Dalam banyak-banyak mi, mi apakah yang tidak boleh di
makan?
Jawapan: Misai

Soalan 15
Di manakah yang selalunya akan Banjir dahulu barulah
hujan?
Jawapan: Bahrain

Soalan 16
Peserta semuanya memakai uniform, semakin lama
semakin ramai dan tidak berkurang?
Jawapan: Tanah perkuburan

Soalan 17
Badannku berat kakiku tajam..kalau bergerak semua
tergamam..siapakah aku?
Jawapan: Kereta Kebal

Soalan 18
Benda apakah bila dah masak ia menjerit?
Jawapan: Cerek

Soalan 19
Benda apakah, tidak sakit perut tapi selalu kena picit
perutnya?
Jawapan: Ubat gigi

Soalan 20
Benda apakah turunnya perlahan, tapi bila naik punyalah
laju?
Jawapan: Hingus

Soalan 21
Badannya besar dan kuat makan, walau kuat makan tapi
tetap sama, apakah bendanya?
Jawapan: Peti sejuk

Soalan 22
Aku hidup dua bersaudara, diguna pakai penuh
selera...apakah itu?
Jawapan: Sudu dan garpu

Soalan 23
Kalau tuan bijak bestari, bunga apakah selalu kena tindas?
Jawapan: Bunga api sebab selalu kena bakar

Soalan 24
Kenapa apabila monyet makan, dia simpan di pipi?
Jawapan: Sebab monyet mana ada peti sejuk untuk simpan
makanan

Soalan 25
Dalam banyak-banyak binatang, binatang apakah ekornya
di kepala?
Jawapan: Gajah

Soalan 26
Binatang apa, mukanya berserabut dan berselirat?
Jawapan: Sotong

Soalan 27
Binatang apa tanduknya terletak di mulut?
Jawapan: Nyamuk

Soalan 28
Kelam kabut bila keluar, bila terkena hati merana?
Jawapan: Lebah

Soalan 29
Ia ditanam dan disiram, tapi ia bukanlah tanaman..apakah
ia?
Jawapan: Mayat

Soalan 30
Badannya berbentuk seperti bintang, badanku kuning
disukai orang,apakah jawapannya?
Jawapan: Buah belimbing

Soalan 31
Mukanya bulat, tangannya dua, bila menjerit sakitlah
telinga..siapakah dia?

Jawapan: Jam loceng

Soalan 32
Makin di potong, makin dia tinggi, apakah gerangan benda
tersebut?
Jawapan: Seluar

Soalan 33
Apakah dia anaknya banyak, ibunya satu, bila digores
menyalalah ia?
Jawapan: Kotak Mancis

Soalan 34
Bila di ikat saya berjalan, bila di buka saya
berhenti, siapakah saya?
Jawapan: Kasut

Soalan 35
Makanan apakah yang dibalut dengan buluh, pada
bulan tertentu sahaja dia muncul?
Jawapan: Lemang

Anda mungkin juga menyukai