Anda di halaman 1dari 7

BM: UJIAN T1 T2 PT3 (MEI/JUN 2018)

NAMA: ____________________________________ SEKOLAH:______________________________

Penganalisisan Ayat

A. Kenal pasti dan tulis Subjek dan Predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

1. Sungai Plentong semakin hari semakin tohor sehingga airnya sampai ke paras lutut.

2. Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu, sebenarnya
ialah seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita.

3. Pada setiap hujung minggu, Isyraf dan adiknya akan menziarahi nenek mereka Wah, yang
tinggal di kampung itu.

4. Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah
selepas Semenanjung Liberia ditakluki pada kurun kelapan.

5. Hisham yang berjalan sambil membimbit sebuah raga yang sederhana besarnya, melaung-
laungkan suara yang tinggi menjaja nasi lemak dan kuih koci buatan ibunya.

6. Setelah puas merenung ke arah samudera yang luas terbentang di hadapan mereka,
Hakimah mengajak Ayu pulang ke rumahnya.

7. Taraf hidup yang tinggi di bandar membebankan golongan miskin.

8. Ribut yang kencang malam tadi telah meranapkan beberapa buah rumah penduduk
kampung itu.

9. Kejadian banjir yang teruk melanda beberapa negeri di pantai timur.

10. Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan telah menewaskan Kelab Bola Sepak Singapura.
B. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

1. Wanita itu sahabat pena kakak saya.


FN+FN

2. Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.


FN+FA

3. Bas Ekspres Nasional itu dari utara.


FN+FS

4. Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.


FN+FK

5. Kek coklat itu sedap rasanya.


FN+FA

6. Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa kebakaran itu.


FN+FK

7. Mak Busu sentiasa sibuk di dapur.


FN+FA

8. Kak Siti ke pasar malam.


FN+FS

9. Puan Badariah sedang menganyam tikar mengkuang.


FN+FK

10. Anak saudara saya pemain badminton negara.


FN+FN

C. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat tersebut sama ada
Ayat Penyata, Ayat Perintah, Ayat Seruan atau Ayat Tanya.

1. Puan Siti baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata perempuan.


Ayat penyata

2. Ayah pulang dari Arab Saudi bila?


Ayat Tanya

3. Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.


Ayat perintah

4. Usahlah dikenang peristiwa pahit itu lagi.


Ayat perintah
5. Tarikh perkahwinan anak kamu itu bila?
Ayat Tanya

6. Ah, jangan haraplah aku akan ke rumahnya lagi!


Ayat seruan

7. Bagaimanakah cara membuat kek lapis itu?


Ayat Tanya

8. Latihan itu mesti kamu hantar kepada saya esok.


Ayat perintah

9. Jangan kunjingi pesakit selepas pukul 8.30 malam.


Ayat perintah

10. Pasukan Rumah Merah telah memenangi acara lompat tinggi


Ayat penyata

D. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian tentukan sama ada ayat tersebut ayat
Ayat Suruhan, Ayat Larangan, Ayat Silaan atau Ayat Permintaan.

1. Pergi kau ke sana.


Ayat suruhan

2. Usahlah ditanya ke mana aku pergi.


Ayat larangan

3. Jangan pergi ke tempat itu.


Ayat larangan

4. Silalah datang ke rumah saya.


Ayat silaan

5. Minta tuan-tuan datang awal ke majlis itu nanti.


Ayat permintaan

6. Keluar dari rumah ini.


Ayat suruhan

7. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.


Ayat larangan

8. Jemputlah makan.
Ayat silaan

9. Jangan ulangi perbuatan itu lagi.


Ayat larangan

10. Ambil buku itu.


Ayat suruhan
Menukarkan ayat PT3

A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.

2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah umum pada pagi tadi.

3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di belakang rumah pada setiap bulan.

4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan sehelai kain.

5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah itu.

6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor itu sedang mengelaskan buku kepada
beberapa kategori.

7. Mereka menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala Lumpur.

8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.

9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu lepas.

10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum saya pergi ke sekolah.

B. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Ibu yang sedang berehat di beranda kuambilkan segelas air.

2. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak tahun 2006 lagi.

3. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh pihak polis pada pagi Ahad kelmarin.

4. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang asing itu.
5. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada setiap hujung minggu.

6. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah dijemur oleh pekerja-pekerja di kilang
pemprosesan keropok itu.

7. Bilik tidur ibu telah saya kemas pagi tadi.

8. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.

9. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh


Kamal.

10. Pesalah itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.\

C.Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Tidur bertilamkan simenlah pengemis-pengemis itu.

2. Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk itu.

3. Sedang melayan pengunjung restorannya lelaki berbangsa India itu.

4. Kawan yang amat rapat dengan saya dialah.

5. Akhirnya siap juga projek pembangunan pasar raya yang terbengkalai itu.

6. Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat genting dalam hidup.

7. Tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran.

8. Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku tokoh politik itu.

9. Merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran ketika berbelanja Puan Salmah.


10. Sedang bermain bola di padang yang luas itu mereka.

D. Tukar ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Bilangan pendatang asing ke negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.

2. Murid yang cacat pendengaran itu gigih sungguh mengulang kaji pelajaran.

3. Ayah masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah pukul 9.00 malam.

4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah dengan riang.

5. Beberapa orang murid sedang berbincang tentang tajuk karangan di dalam perpustakaan.

6. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola sepak di padang sekolah pada petang nanti.

7. Shamugam terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke Bali kerana ibunya telah meninggal dunia
pagi tadi.

8. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini kian ketara kerana penguatkuasaan undang-
undang yang kurang tegas.

9. Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting untuk menghindari
penyakit kronik.

10. Para pelajar itu amat rajin membuat latihan Bahasa Melayu.
E. Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada bentuk cakap pindah.

1. "Bagaimana kalau kita berlatih badminton bersama-sama pada petang ini," Anuar memberikan
cadangan kepada Ramli.

2. Azza : Hai, Farah! Semalam awak tidak datang ke rumah Farhana. Mengapa?

3. "Bagaimanakah kamu mengulang kaji pelajaran, Salwa?" tanya Ina.

4. "Jika kalian ada kelapangan, datanglah ke rumah saya malam ini," kata Salleh kepada kawan-
kawannya.

5. "Maafkan saya, cikgu, saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana basikal saya rosak," kata Arni kepada
Cikgu Salimah.

6. "Kamu hendaklah berhati-hati semasa meniti titi itu," kata Cikgu Nazri kepada murid-muridnya.

7. "Saya meminta maaf kalau ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung perasaan nenek," kata
Jamil sambil bersalam dengan Nenek Timah.

8. "Di manakah letaknya Kampung Teluk Jawa? tanya Intan kepada Salina.

9. "Berapakah jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam program anak angkat di Pulau Tioman
itu? tanya Arif kepada Teng Sheng.

10. "Kami hendak pergi ke perpustakaan awam selepas makan ais kacang di gerai Pak Fais," kata Zahira
dan Alisa kepada Sumi.

Anda mungkin juga menyukai