Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN

MENULIS
RINGKASAN
PT3 2020
PENGENALAN RINGKASAN
►Calon akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk diringkaskan. 

►Petikan tersebut sekitar 220 hingga 300 patah perkataan.


Contoh: … tulis sebuah petikan tentang kepentingan permainan tradisional…

►Calon perlu meringkaskan isi-isi yang berkaitan dengan kepentingan permainan tradisional sahaja
menggunakan AYAT SENDIRI

►Jadi, calon diminta menggariskan kata kunci yang diberi dan memahami maksud kata kunci
tersebut.
KATA KUNCI RINGKASAN
1) sebab-sebab/faktor-faktor/punca-punca
2) kesan-kesan/ implikasi/impak
3) kepentingan /kebaikan/faedah/kesan positif
4) keburukan/ancaman/kelemahan/kesan negatif
5) kekangan/masalah/halangan
6) tugas/peranan/tanggungjawab/fungsi/sumbangan
7) langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/kaedah/tindakan
CARA MENULIS RINGKASAN
Baca
petikan dan
gariskan Gariskan Buat satu Tulis 5 isi
kata kunci dan perenggan namun calon
ringkasan Nomborka tidak digalakkan
n Isi-isi melebihi 80 menulis 6 isi
penting patah asal tidak
perkataan lebih 80 pp
catatkan (pp)
bilangan pp
di sudut Calon
kanan (di digalakkan
bawah baris menulis satu
akhir) Semak isi satu ayat.
ringkasan kesalahan Jadi jumlah
tersebut. ejaan ayat ialah
5@6 ayat
MAKSUD MENGGUNAKAN AYAT
SENDIRI
►Ayat sendiri bermaksud ayat yang tidak disalin bulat-bulat daripada petikan dari
mula hingga akhir.
►Maksudnya ialah tiada perubahan perkataan, pengguguran atau penggantian
perkataan dibuat. Menggunakan ayat sendiri bukan bermaksud pelajar mesti
 melakukan perubahan seperti pengguguran perkataan atau penggantian perkataan atau
penukaran satu atau lebih perkataan dengan perkataan lain yang difikirkan sesuai.
►Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan ayat ringkasan lagi para pelajar hanya
perlu menambahkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai seperti berikut.
Cara menulis ringkasan
TIPS RINGKASAN
►Perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan dalam ringkasan.

 *Nama Khas [ Kementerian Kesihatan]Ø


 *Tarikh [ 11 November 2010]Ø 
 *Kata ganda [ bergotong-royong, alat-alat tulis]Ø

►Gantikan kata bilangan dengan penggandaan bagi menjimatkan jumlah perkataan.


Contohnya, ‘para pelajar’ ( dua perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’ (satu perkataan).

► Angka yang ditulis dalam perkataan [ dua ratus lima puluh]


 Gelaran [jawatan [ Tun Datuk Profesor Dr. Wan Zahid]

►Penanda wacana , kata majmuk yang dieja berasingan dan kata sendi masih dikira sebagai dua
perkataan. Contohnya, ‘Selain itu’, ‘Seperkara lagi’, ‘Tambahan pula’,‘jalan raya’, ‘surat khabar’,dan ‘di
sekolah’.
SELAMAT MENJAWAB
SEMUA KESAYANGAN
CIKGU♥☺

Anda mungkin juga menyukai