Anda di halaman 1dari 49

No.

1
2

Kata Kunci Utama


Sebab-sebab
Langkah-langkah

3
4

Masalah
Faedah-faedah

5
6
7
8
9

Kesan-kesan
Ciri-ciri
Cadangan
Peranan
Faedah

Kata Kunci
Punca-punca
Kesan-kesan
Langkah-langkah
Kebaikan
Keburukan
Peranan
Sumbangan
Kekangan
Ciri-ciri
Fenomena

Kata Sama Maksud Dengan Kata Kunci Utama


punca-punca, faktor-faktor, potensi
usaha-usaha,
cara-cara,
tindakan-tindakan,
cadangan-cadangan, teknik, modus operandi
kekangan, penghalang, karenah, batasan,
keperluan, ,
kepentingan, kesan-kesan positif,
kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal
akibat, keburukan, impak, implikasi, natijah
sifat-sifat, kriteria,
Usul, pendapat, pandangan,
fungsi, tanggungjawab, tugas, kewajipan
kebaikan, manfaat, keuntungan, kelebihan

Perkataan Sinonim
Sebab-sebab, faktor-faktor
Akibat, implikasi, impak, natijah
Cara, kaedah, usaha, strategi, tindakan, antidot
Faedah, manfaat, keistimewaan, kepentingan,
keuntungan, kelebihan,
Kelemahan, kekurangan, kepincangan, kerugian,
masalah, kesan negatif
Fungsi, tanggungjawab, tugas, tindakan
Jasa, bakti
Halangan, masalah, kesulitan, rintangan, cabaran
Kriteria
Keadaan, situasi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentanglangkah-langkah
menangani masalah buli dan kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli apabila masalah ini
berlarutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kes buli yang semakin menular di sekolah menunjukkan berlakunya kepincangan dalam sistem
pendidikan di sekolah pada masa ini sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan segera.
Perbuatan membuli bertujuan supaya individu lain mematuhi dan menghormati mereka. Pembuli lebih
suka teman-teman persekitaran mengikut kehendak mereka bagai lembu dicucuk hidung.
Sehubungan dengan itu,Kementerian Pelajaran juga digesa supaya mewujudkan dasar antibuli di
sekolah-sekolah bagi mengawal gejala buli dalam kalangan pelajar. Kawalan tersebut perlu
ditekankan kepada pelajar lelaki terutama semasa mereka berada di Tahun Enam. Selain itu, pihak
sekolah juga harus melaksanakan sendiri tinjauan terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing.
Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan secara tidak
langsung. Buli secara langsung termasuklah dibuli, diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis
ini disebut sebagai buli fizikal. Buli secara tidak langsung pula lebih dikenali sebagai buli psikologi,
iaitu melibatkan kata-kata seperti memanggil atau mengejek-ejek individu dengan nama tertentu,
dikacau, ditertawakan rakan lain atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan pelajar menjadi pembuli, iaitu pengaruh rakan sebaya dan saiz

tubuh yang besar dan tegap. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana
berasa dirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada
perkara yang tidak diingini.
Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah buli
di sekolah ini menjadi penting. Ibu bapa perlu berbincang dengan guru sekiranya anak-anak mereka
bertukar sikap, menjadi pendiam, atau kurang selera makan. Hal ini demikian kerana tidak semua
pelajar yang menjadi mangsa mahu melaporkan masalahnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu
menggalakkan murid yang menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru,
terutamanya guru disiplin dan guru kaunselor. Pada masa ini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai
dasar menggalakkan murid-murid melaporkan kejadian buli. Oleh itu,sekolah juga disarankan supaya
mewujudkan satu bentuk perjanjian dengan murid yang membolehkan pihak sekolah mengenakan
tindakan terhadap murid yang terlibat dengan tingkah laku buli.
Bagaimanapun, ada kemungkinan mangsa berasa takut membuat laporan kepada guru kerana
bimbang akan dikenakan tindakan lebih keras daripada pembuli. Sehubungan dnegan itu, pihak
sekolah boleh menyediakan Kotak Aduan" bagi membolehkan kes buli dilaporkan secara rahsia oleh
mangsa buli. Penekanan kepada program antibuli juga perlu diterapkan di dalam kelas yang
merupakan tempat yang paling banyak berlakunya kes buli. Program individu perlu diwujudkan
dengan carakaunselor memanggil pembuli dan mangsa untuk diberikan kaunseling secara
berasingan atau memanggil ibu bapa pelajar terbabit. Pada masa ini, terdapat satu laman web yang
boleh dilayari oleh pelajar dan guru bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman tentang
buli, iaitu www.bullying.org. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan petugas khas dalam kalangan
murid untuk memberi laporan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan tentang
kejadian buli di dalam kelas atau di kawasan sekolah.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Haji Samat b.Buang, Majalah Dewan Siswa, 2005)
Sampel Jawapan
Petikan membincangkan usaha-usaha menangani masalah buli di sekolah.
Langkah-langkah yang wajar dilaksanakan ialah Kementerian Pelajaran hendaklah mewujudkan
dasar antibuli di sekolah-sekolah manakala pihak sekolah haruslah melaksanakan sendiri tinjauan
terhadap kejadian buli di sekolah masing-masing dan ibu bapa perlulah berbincang dengan guru
sekiranya anak-anak mereka berubah sikap. Selain itu, sekolah perlu menggalakkan murid yang
menjadi mangsa buli melaporkan kejadian tersebut kepada guru. Sekolah juga disarankan supaya
mewujudkan satu bentuk perjanjian bagi membolehkan mereka mengenakan tindakan terhadap
murid yang terlibat. Kotak Aduan" juga boleh disediakan di sekolah bagi membolehkan kes buli
dilaporkan secara rahsia oleh mangsa buli.
Kesan-kesan yang dialami oleh mangsa buli ialah mereka mengalami trauma dalam jangka
panjang dan boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.
Kesimpulannya, masalah buli perlu diatasi agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak
mulia.
(126patah perkataan)
PEMAHAMAN
1. Soalan pemahaman petikan umum dikemukakan dalam soalan 2(a) dan markah yang
diperuntukkan ialah 9 markah.
2. Soalan yang dikemukakan merujuk kepada petikan umum.
3. Terdapat 3 bahagian soalan yang dikemukakan dan anda wajib menjawab semua soalan:


Soalan 2 (a) (i) ialah soalan yang meminta anda menyatakan maksud rangkai kata.
Anda hendaklah memberikan maksud rangkai kata dengan tepat. Anda tidak dibenarkan
menghuraikan jawapan tetapi mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata
sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan. [2
markah]

Soalan 2 (a) (ii) pula ialah soalan pemahaman berdasarkan petikan. Anda hendaklah
mengenal pasti jawapan daripada petikan berdasarkan peruntukan markah yang diberikan
dalam soalan. Anda tidak boleh menulis isi yang tiada dalam petikan. Biasanya anda
hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi kerana setiap isi yang betul akan
diberikan satu markah. Anda digalakkan memberikan jawapan yang lebih berdasarkan petikan
(jika ada). [3 markah]

Soalan 2 (a) (iii) ialah soalan pemahaman berbentuk Kemahiran Berfikir (KB). Jawapan
yang diberi mestilah logik dan rasional. Anda hendaklah memberi seberapa banyak isi yang
diketahui, iaitu melebihi empat isi. Pastikan jawapan yang diberi tiada di dalam petikan. [4
markah]
Tips Ekspres
1. Baca petikan yang diberi dengan memahami keseluruhan idea. Kemudian,teliti dan fahami
soalan yang diberikan.
2. Pastikan kehendak soalan dan jawab soalan dengan berdasarkan kehendak soalan bagi
memperoleh markah penuh.
3. Bina ayat yang lengkap, semak ejaan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan
pemotongan markah.
4. Pelajar dinasihatkan supaya menjawab soalan yang mudah dahulu, iaitu soalan 2 (a) (ii)
kerana jawapannya ada di dalam petikan. Kemudian, jawab soalan-soalan yang lain.
_______________________________________________________________________
Sampel Soalan
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri.
2 (a) (i) Berikan maksud rangkai kata bagai lembu dicucuk hidung. [2 markah]
2 (a) (ii) Apakah yang menyebabkan seseorang pelajar menjadi pembuli? [3 markah]
2 (a) (iii) Nyatakan peranan anda sebagai seorang sahabat sekiranya rakan baik anda seorang
pembuli. [4 markah]
Sampel Jawapan
2 (a) (i) Maksud rangkai kata ialah mengikut arahan dan kata-kata individu tanpa banyak
bertanya. (anda perlu menyatakan perkataan yang sinonim dengan perkataan yang disoal) [2
markah]
2 (a) (ii) Punca-puncanya ialah pengaruh rakan sebaya [1 markah] dan saiz tubuh pembuli yang
besar dan tegap [1 markah]. Selain itu, pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika tidak
berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini. [1 markah]
2 (a) (iii) Peranan saya adalah memberi teguran dan ingatan bahawa perbuatannya salah [1 markah],
melaporkan kejadian buli yang dilakukan kepada guru [1 markah], membawanya berjumpa dengan
kaunselor [1 markah], memberitahu ibu bapanya tentang tingkah laku sahabat saya. [1 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip
dalam perniagaan dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah

tidak melebihi 120 patah perkataan.


Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikankeuntungan
tetapi penuh dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatuperniagaan tidak dapat
dicapai dengan begitu mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dan kesanggupan
menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang peniaga perlu menghayati dan mengamalkan etika
atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin kepentingan pengguna dan menyokong
pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan ini juga bertujuan untuk
mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan.
Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarangtingkah
laku dan membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang denganharga yang
berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal denganbayaran yang
dikenakan. Seorang peniaga juga harus bersifat amanah dengan mematuhiarahan kerajaan
dalam mengawal harga ke atas barangan keperluan harian untukkestabilan ekonomi dan
kebajikan pengguna.
Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika
berurusandengan pengguna. Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan
yangterdapat pada sesuatu produk semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Sesetengahpeniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk meningkatkan
harga.Tindakan ini sudah pasti menyulitkan dan membebankan pengguna. Selain itu peniaga
yang berjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan
sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan
serta pengalaman berniaga untuk memberikan peluang dan membangunkan usahawan muda.
Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh
para peniaga. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa
pembeliannya dan ingin menukarkan produk tersebut kembali sama ada dalam bentuk produk
lain atau mendapatkan wangnya kembali, peniaga harus bersetuju dan menyanggupinya.
Peniaga juga harus boleh membuat keputusan dengan rasional supaya dapat memberikan
manfaat dan mengutamakan kepentingan pengguna.
Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan
yangdiasaskan berdasar kepada nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi
masyarakatmajmuk di negara ini. Dalam apa juga keadaan peniaga yang ingin berjaya harus
berpegang kepada kod etika perniagaan tersebut. Manfaatkanlah kod etika tersebut demi
kepentingan pengguna dan pemantapan ekonomi negara.
(Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim,
Dewan Masyarakat, Februari 2005)

Sumber: Learning To Score Negeri Perak 2006

SOALAN 2 : PEMAHAMAN
(9 MARKAH )
[ masa cadangan: 15 minit]

Soalan 2: Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan. [2 markah]
(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan. [3 markah]
(iii) Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan. [4 markah]

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA


(30 MARKAH )
[ masa cadangan: 30 minit]

i.
iii.
v.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

i.
ii.

a)Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan
dan makna frasa tersebut. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan ,
menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.
alat kawalan jauh
ii.kepelbagaian biologi
mengaku tidak bersalah
iv.menjunjung titah perintah
papan kekunci
vi. servis bertukar tangan
( 6 markah )
b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak
Transitif dalam ayat-ayat tersebut.
Amir menangis kerana sakit perut.
Pada setiap hujung bulan, Salleh akan menziarahi ibunya.
Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.
Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.
Semua pelajar perlu berusaha gigih demi masa depan masing-masing.
Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.
Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan
membuka selera.

iii.

Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat dan
busjeket pada setiap hari Isnin .
( 6 markah )
d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.

Mariam tidak boleh memasuki Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana tidak diizinkan oleh
kedua ibu bapanya.

ii.

Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana
mereka bukan kembar serupa.

iii.

i.
ii.
iii.

Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang
tersohor di bandar ini.
( 6 markah )

e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
bersumpah
melarikan diri
khabar yang belum pasti
( 6 markah )

SOALAN 4: NOVEL
(15 MARKAH )
[masa cadangan: 15 minit]
Berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah jawab soalan-soalan
berikut;
a) Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada permulaan novel.
( 7 markah)
b) Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
( 8 markah )
*********************** kertas soalan tamat************************

SKEMA JAWAPAN UJIAN 1: BAHASA MELAYU


TINGKATAN 4
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan amalan asas dalam bidang urus
niaga dalam kalangan peniaga Malaysia
Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]
1. Perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam
sebarang tingkah laku. (2 m)
2. Harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan
kerajaan. 2
3. Sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. 2
4. Tidak harus lupa daratan/harus memberikan
sumbangan kepada pihak yang memerlukan. 2
5. Berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga dengan
pihak lain. 2
6. Harus menghayati sikap berperikemanusiaan. 2
7. Boleh membuat keputusan dengan rasional. 2
8. Berpegang kepada kod etika perniagaan. 2
Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
1. Mengadakan jualan murah/jualan menghabiskan
stok/jualan potongan harga. 2
2. Membuat promosi/menjalankan pengiklanan secara
intensif. 2
3. Mengadakan cabutan bertuah. 2
4. Mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. 2

5. Memberikan perhatian dan keutamaan kepada


kehendak pelanggan. 2
6. Menggunakan kaedah penyusunan barangan yang
dapat menarik pelanggan.
7. Menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik
dan tahan lama. 2
8. Kemudahan pembelian dengan menggunakan kad
kredit. 2
9. Pemesanan barangan secara dalam talian. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya
sesuai)
Kesimpulan/Penutup [2 markah]
Dunia perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan
prinsip tertentu supaya kebajikan
pengguna terjamin dan ekonomi negara dapat
berkembang dengan lancar.
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum
(i) Maksudnya tidak menjalankan usaha perniagaan yang
melampau batas-batas yang
dibenarkan/
tidak menjalankan usaha
perniagaan yang terlampaumementingkan keuntungan
sematamata. [2 markah]

(ii) Kepentingannya
-Untuk menjamin kepentingan pengguna. [1 markah]
-Untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. [1
markah]
-Untuk mengekalkan kepercayaan pengguna. [1
markah]
(iii) Kebaikan pengiklanan
-Memberi panduan cara menggunakan sesuatu produk.
[1 markah]
-Mengelakkan pengguna daripada tertipu. [1 markah]
-Memberi panduan akan halal atau haram
kandungannya. [1 markah]
-Memberi panduan tentang kesesuaian dengan
keperluan diri pengguna. [1 markah]
-Panduan lokasi produk itu boleh diperoleh. [1 markah]
-Memberi panduan harga. [1 markah]
-membolehkan pengguna memilih barangan yang
terbaik untuk diri sendiri
-melariskan jualan peniaga
-peniaga perlu menjaga kualiti produk kerana terdapat
banyak pesaing yang mengiklankan produk yang sama
-

RUMUSAN - CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN


CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN RUMUSAN

1.Arahan Soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan
meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan
ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi
meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan
Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga
akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu.
Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi
pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor
perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman.
Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini,
kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik
infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan
membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan
untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk
memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas
dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.
Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik
dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui
pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai
program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan
Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran
Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.
Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti
Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga
kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan
kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal.
Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan
bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan
pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.
Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai yang
diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk
menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank
untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.

Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan
menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan
yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah kita
bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Pakej RM60b Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi
Kegawatan Global, Berita Harian, 11 Mac 2009)
(c) Peperiksaan Percubaan MRSM 2009

2.Panduan Isi
Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi
kegawatan ekonomi di negara ini @ Petikan membincangkan tanggungjawab kerajaan terhadap
rakyat dalam menangani kegawatan ekonomi di negara ini.

Isi Tersurat
Langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat:
1. Kerajaan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.
2. Kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama (khusus untuk
meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat).
3. Pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman.
4. Kerajaan menambah baik infrastruktur awam.
5. Kerajaan telah menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat.
6. Kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar.
7. Pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di
Sabah dan Sarawak.
8. Pelbagai pihak menyediakan program mikrokredit tanpa cagaran.
9. Kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
10.Kerajaan mengecualikan cukai atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan.
11.Kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman

perumahan.

Isi Tersirat
Kesan-kesan pemulihan ekonomi terhadap rakyat
1. Kehidupan rakyat akan lebih selesa/ Rakyat berpeluang membaiki ekonomi masing-masing.
2. Peluang pekerjaan terbuka luas untuk rakyat/ Pengangguran dapat dikurangkan
3. Rakyat tidak lagi meminjam wang secara haram/melabur skim cepat kaya.
4. Rakyat tidak mengalami tekanan/stres,
5. Rakyat tidak melakukan / mengadakan demonstrasi terhadap kenaikan harga barang. .
6. Kuasa beli rakyat terjamin/mampu berbelanja .
7. Rakyat terhalang daripada melakukan jenayah.

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kemelut ekonomi negara agar rakyat
dapat hidup dalam harmoni.

3.Jawapan Contoh

Petikan membincangkan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dalam menangani kegawatan


ekonomi di negara ini.
Antara langkah kerajaan menangani kegawatan ekonomi ialah mengambil langkah pemulihan
dengan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Pakej rangsangan ekonomi
pertama juga diperkenalkan sebagai langkah menangani krisis ekonomi. Kerajaan menambah baik
infrastruktur awam dan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat.
Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar.
Kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dan mengecualikan cukai atas
bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebagai langkah lain menangani isu ini.
Kesan pemulihan ekonomi menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa. Pengangguran dapat
dikurangkan serta kuasa beli rakyat akan meningkat.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kemelut ekonomi negara agar rakyat
dapat hidup dalam harmoni.
( 118 patah perkataan )

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar?

[2 markah]

i. maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar


..menghapuskan/membanteras/memerangi/mengatasikedaifan/kepapaan/kemelaratan hidup/
ketidakupayaan ekonomi yang melampau/sukar diatasi/diubah

(ii) Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan?


[3 markah]
ii. peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan
menambah baik infrastruktur yang rosak
menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian
... menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan/prasarana awam

(iii) Nyatakan empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara.

iii.empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara...


.... berjimat cermat dalam perbelanjaan
... memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi
bekerja sambilan/berniaga
bercucuk tanam/melibatkan diri dalam bidang pertanian

[4 markah]

... melancong dalam negara


... membeli barangan buatan tempatan
... menggunakan pengangkutan awam

4. Jawapan Contoh

i Maksud rangkai kata 'membasmi kemiskinan tegar' adalah membanteras kemelaratan hidup yang
sukar diatasi.

ii. Peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan menambah baik
infrastruktur yang rosak. Selain itu, kerajaan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di samping
menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan serta prasarana awam.

iii Empat cara yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menangani krisis ekonomi negara adalah
dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kedua, rakyat juga boleh memberi sokongan kepada
kempen penjimatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan Cara ketiga untuk menangani krisis
ekonomi adalah dengan rakyat bekerja sambilan atau melibatkan diri dalam perniagan secara kecilkecilan. Keempat, rakyat boleh bercucuk tanam atau melibatkan diri dalam bidang pertanian .
Terdapat beberapa cara yang lain untuk menangani krisis ini seperti rakyat hanya melancong dalam
negara dan membeli barangan buatan tempatan. Rakyat juga perlu menggunakan pengangkutan
awam.

Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan

remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada
penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.
Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu,
remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan. Dalam hal ini remaja
ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti
dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat
kejiranan perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu
mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga
seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.
Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan
dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab
remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui
persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti
pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh
berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di
kawasan kejiranan masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk
memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila
dewasa kelak.
Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja.
Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih
bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih
peka akan konsep kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan
bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi
kemaslahatan jiran tetangga. Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa sepakat membawa
berkat. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan
Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu
faktor utama kelunturan semangat kejiranan.
Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha
mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos
2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat
yang aman dan harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala
dengan masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai mata dan telinga
kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat
menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan
diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat
kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan
jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam
kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti
kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan
semangat kejiranan dalam hidup mereka.
Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat
dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung
yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota
masyarakat perlu berganding bahu.

(dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat


Oleh Juliana Mansor

Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

Markah penuh 30 dibahagi kepada :


(a) Isi
(b) Bahasa

20 markah
10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i)
-

Nota :
Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
Nama khas
Perkataan berulang
Penggunaan kata depan di dan ke
Tarikh
Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv)
Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

BAHAGIAN
PENDAHULUAN
ISI TERSURAT
ISI TERSIRAT
KESIMPULAN

MARKAH
4
12

5
11

6
10

7
9

8
8

9
7

10
6

11
5

12
4

MARKAH
2
16
2
20

JUMLAH

PENDAHULUAN ( 2 markah )
Petikan membincangkan cara-cara menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan di
Malaysia.
2 markah )

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )


BIL
1
2
3

ISI
remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat
boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi
menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.
pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja

MARKAH
2
2
2

4.
5
6
7
8
9

Remaja memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia


Rukun Tetangga berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang
bersesuaian dengan kehendak remaja
masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah
Pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah
Gagasan 1Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja
dalam aktiviti seharian mereka
media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat
kejiranan dalam kalangan remaja

2
2
2
2
2
2

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )


BIL
1
2
3
4
5
6
7

ISI
Remaja/masyarakat tidak bersikap keakuan
Sikap saling menghormati /mesra menjadi budaya dalam masyarakat
Unsur-unsur negatif/jenayah dapat diatasi bersama-sama dalam kawasan
kejiranan/kejadian jenayah berkurangan
Remaja /masyarakat hidup dalam suasana harmoni/perpaduan
Meningkatkan semangat patrotik dalam kalangan masyarakat
Masyarakat di dalam kawasan kejiranan dipandang tinggi
Kegiatan sosioekonomi bergerak lancar

MARKAH
2
2
2
2
2
2
2

KESIMPULAN ( 2 MARKAH )
Kesimpulannya,
Semua pihak perlu berusaha bagi memastikan remaja peka akan hal-hal kejiranan agar remaja
yang mesra jiran dapat diwujudkan.
( 2 markah )

SOALAN 2
(35 MARKAH )
Soalan 2(a) Petikan Umum
1. Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan
berdasarkan dalam petikan.
( 2 markah )
-

Sebahagian daripada ciri kejiranan.


( 2 markah )
Sebahagian daripada unit kejiranan
( 2 markah )
Sebahagian daripada jiran
( 2 markah )
Sebahagian/sekelompok/sekumpulan masyarakat yang memenuhi maksud kejiranan ( 1
markah )
2. Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat?
( 3 markah )
- perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri

-mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur,


- seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.
- menghilangkan perasaan dengki, iri hati
- menghilangkan perasaan bermusuh-musuhan
3. Pada pendapat anda mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah
kawasan kejiranan.
( 4 markah )
-

Kelakuan mereka menggambarkan kelakuan masyarakat di kawasan kejiranan


Golongan remaja dapat bergerak lebih aktif untuk menjalankan aktiviti di kawasan kejiranan
Golongan remaja lebih kreatif apabila merancang program kejiranan
Golongan lebih mudah mendekati dan menasihati rakan sebaya berbanding golongan dewasa
di kawasan kejiranan.
Remaja ialah pewaris kepimpinan masyarakat/negara
Remaja lebih peka akan masalah sosial yang berlaku di kawasan kejiranan

ategi 1 :
MENGANALIS KEHENDAK SOALAN
a) Baca arahan soalan dengan teliti.
b) Kenal pasti dan garisi dua frasa dalam arahan soalan yang menjadi fokus
pertama dan fokus kedua.Strategi 2:
MEMBACA PETIKAN
a) Baca petikan yang diberi dengan teliti
b) Fahami isu keseluruhan yang ingin disampaikan.Strategi 3:
MENULIS PENDAHULUAN
a) Patuhi fokus pertama arahan soalan (terletak selepas perkataan tentang)
b) Tukarkan kata kunci dengan kata seerti dan mulakan ayat dengan
Petikan membincangkan
c) Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.Contoh: Baca petikan di
bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktorfaktor pencemaran alam sekitar di negara kita dan langkah-langkah
mengatasinya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan. Analisis soalan: Fokus 1 : Faktor-faktor pencemaran alam sekitar di
Malaysia.
Fokus 2 : Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar
.Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan punca-punca terjadinya
pencemaran alam sekitar di Malaysia.

Senarai perkataan alternatif untuk kata kunci bahagian pendahuluan

Langkah, usaha, strategi, kerjasama, tindakan, kaedah, inisiatif,


tanggungjawab, cara.
Faktor, punca, sebab,pencetus,pendorong, pemangkin
Kesan, akibat, risiko, impak
Kekangan, halangan, masalah, rintangan, cabaran
Peranan, sumbangan, fungsi, tugas
Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, keutamaan, kesan
positif
Matlamat, tujuan, objektif
Ciri-ciri, criteria, sifat
Sikap, perwatakan , kelakuan, sahsiah, karektor
Imej, citra, gambaran, pelukisan
Kualiti, spesifikasi, ukuran, piawai
Nilai, norma
Masalah, kemelut, krisis, konflik, kesukaran , kepincangan, kebejatan
Situasi, keadaan, fenomena, senario
Kehendak, keperluan, keinginan
Mesej, teladan, pengajaran, iktibar

Strategi 4:

MENULIS ISI TERSURAT


a)Patuhi fokus pertama dalam arahan soalan. Cari dan kenal pasti ayat yang
menjawab fokus pertama.dan garisi ayat tersebut
b)Tulis maksimum 6 isi tersurat. tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana
jumlah perkataan yang agak terhad
c)Mulakan ayat pertama dengan frasa pertama dalam arahan soalan
Contoh : Antara punca terjadinya alam sekitar di Malaysia ialah...............
d) Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah
perkataan
e) Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat
tersebut bulat-bulat daripada petikan.

f) Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang
sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.
g)Tulis semula ayat dalam satu perenggan.

PANDUAN MENGENAL PASTI PERKATAAN / RANGKAI KATA DALAM


AYAT yang mengandungi isi tersurat
CONTOH

Arahan Soalan: Kesan


Kata/rangkai kata yang mungkin digunakan;
-menyebabkan, kebaikan/keburukan, implikasi, kesan, impak, akibatnya dll
.
Arahan Soalan: Faktor
Antara rangkai kata yang mungkin digunakan;
disebabkan oleh,punca / berpunca, akibat daripada, didorong oleh,
kerana
Arahan soalan : langkah

Strategi 5
MENULIS ISI TERSIRAT
-Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam
petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: langkah-langkah
mengatasi pencemaran alam sekitar.
-Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi
tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
-Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
-Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi
tersirat.
STRATEGI MENULIS ISI TERSIRAT
1. Jika Fokus Soalan Langkah. Pelajar boleh fikir
a)Apakah tindakan ibu bapa
b)Apakah tindakan sekolah
c)Apakah tindakan kerajaan.
2. Jika Fokus Soalan Faktor.Pelajar boleh fikir
a)Apakah faktor persekitaran

b)Apakah faktor ibu bapa


c)Apakah faktor media massa
3. Jika Fokus Soalan Kesan.Pelajar boleh fikir
a) Apakah kesan pada diri sendiri/ibu bapa
b) Apakah kesan pada masyarakat
c) Apakah kesan pada negara.

Strategi 6
MENULIS KESIMPULAN
Wajib ada dua unsur penting iaitu CADANGAN dan HARAPAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu_____________(cadangan)
___________________ supaya/agar ________________

(harapan)______________________________
Contoh A:

Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha mengatasi masalah pencemaran alam


sekitar supaya/agar masyarakat dapat hidup selesa.

Contoh B:
Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk minat membaca supaya/agar dapat
melahirkan warganegara yang berilmu.

Strategi 7
MENYEMAK JUMLAH PERKATAAN

Bilangan Perkataan

Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 120 patah


perkataan.Jika melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan
yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak akan dibaca
atau dinilai.
Panduan Mengira perkataan
(a)Panduan yang dikira satu perkataan
Perkataan /rangkai kata
Nama khas

Contoh
Lembaga Pertubuhan Peladang, Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu. Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Jalil

Singkatan Nama Khas


yang ditulis dengan huruf
besar

LPP. KWSP, LUTH, AIDS , UMNO

Kata ganda

Bercakap-cakap, makan-makan, simpang siur,


gunung-ganang.

Kata depan

Di, ke

Tarikh
Angka yang ditulis
dengan nombor atau
perkataan
Nilai wang
Gelaran/ Nama Khas

7 JULAI 2005
7, 17, 27, 70, dua ratus lima puluh ribu,

USD8, 000, RM 88, 000.SD 880,000


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agung, Yang amat berhormat
Datuk Seri Najib bin Abdul Razak.

(b) Perkataan yang dikira lebih daripada satu


Contoh
Pertubuhan kesihatan Sedunia atau WHO
Sindrom kurang daya tahan penyakit
Sindrom kurang daya tahan penyakit atau
AIDS
Orang ramai
Sepuluh ribu ringgit

Jumlah
perkataan
3
5
7
2
2

Pemarkahan

Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah


20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek

bahasa

Pengenalan 2 markah

Setiap isi tersurat dan tersirat 2 markah

Kesimpulan 2 markah

Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada


markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan
istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti
sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

Agihan isi untuk pemarkahan penuh

Bahagian
Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat
Penutup
Jumlah

1
6
2
1
10

Bahagian Isi
1
1
1
5
4
3
3
4
5
1
1
1
10
10
10

1
2
6
1
10

Perenggan

Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga,
atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang
bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan
dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:

Perenggan 1 Pengenalan

Perenggan 2- Isi-isi tersurat

Perenggan 3 Isi-isi tersirat

Perenggan 4 Kesimpulan

___________________________________________________________________________
______

LATIHAN

MENULIS

PENDAHULUAN

Bina ayat pendahuluan rumusan bagi setiap arahan


soalan
di
bawah.
1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kebaikan industri
pelancongan kepada masyarakat desa dan peranan kerajaan untuk memajukan industri ini.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab
rakyat untuk mengisi kemerdekaan dan kesan jika masyarakat tidak menghargai kemerdekaan
negara.. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
3. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha

memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan


hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan
pemanasan global dan peranan Malaysia untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
5. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang saranan-saranan
untuk memajukan ekopelancongan dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
6. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang peranan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan punca PIBG gagal memajukan sekolah . Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
7. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah
untuk mengatasi masalah pembuangan bayi dan kesannya jika masalah ini tidak dibendung.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
8. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang halanganhalangan membangunkan industri bioteknologi di Malaysia dan implikasinya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
9. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang punca-punca
kemerosotan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dan cara-cara mengatasinya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
_______
10. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang sebab-sebab
manusia hari ini menjunjung nilai kebendaan dan usaha-usaha untuk mengikis sikap
sedemikian. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
11. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang implikasi kes
ragut terhadap masyarakat dan kepentingan untuk menangani gejala sosial tersebut. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
12. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang kesan-kesan
iklan kepada masyarakat dan langkah-langkah untuk mengatasinya . Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
13. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha
untuk mengelakkan krisis air dan kesan kesan sekiranya ia tidak diatasi. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
14. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usahausaha membudayakan amalan berbudi bahsa dalam kalangan masyarakat dan
kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
15. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini dan kesan-kesannya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
___________________________________________________________________________
______

___________________________________________________________________________
______
16. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usahausaha yang dijalankan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia dan
kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______
17. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciriciri pembentukan identiti negara-negara ASEAN dan masalah-masalahnya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
___________________________________________________________________________
______
___________________________________________________________________________
______

Petikan Rumusan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan
yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebih 120 patah perkataan.
Selepas era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dunia sekarang menumpukan
perhatian pula kepada bidang bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek
penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal
daripada gabungan biologi dan teknologi yang bermaksud penggunaan sains untuk
penghasilan bahan lain yang boleh dimanfaatkan bersama. Bidang ini mengaplikasikan ilmu
pengetahuan
demi
kesejahteraan
manusia.
Dalam usaha memajukan sektor pertanian, semua pihak perlu melipatgandakan usaha
bagi membuktikan sektor pertanian bukannya sektor lembap yang sebelum ini sentiasa
dikaitkan dengan kemiskinan. Kerajaan mahu menjadikan sektor pertanian maju dan dinamik
serta mampu memberi nafas baru selari dengan perkembangan arus globalisasi. Aspirasi
murni kerajaan ini terserlah dengan pelancaran Dasar Bioteknologi Negara (DBN). DBN
memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta
sumber
lain seperti mikro dan organisma marin untuk penyelidikan. DBN memastikan rakyat
mendapat faedah dengan wujudnya pelbagai bentuk aktiviti industri berasaskan bioteknologi.
Bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses
pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru meningkatkan imej sektor
pertanian
yang sekian lama dilihat sebagai sektor kelas kedua dibandingkan dengan sektor pembuatan
dan automotif. Pendekatan baharu DBN juga membolehkan industri herba yang dikatakan

bernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang. Pastinya penyelidikan bioteknologi
bukan sekadar memproses Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, tetapi juga mencakupi aspek
penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan
ternakan
baka baharu. Penambahbaikan secara agresif oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan bidang ini akan terus berkembang maju.
Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri bahan buangan atau
sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang
boleh
dimanfaatkan. Bidang ini dianggap sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan
kemakmuran kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan dalam bidang ini tidak
menggunakan unsur kimia untuk menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya
menggunakan
mikroorganisma,
sel,
dan
molekul
untuk
tujuan
tertentu.
Tidak dapat dinafikan masa depan negara ini antara lain bergantung pada kejayaan
bidang bioteknologi dan keberkesanan pelaksanaan DBN. Kita telah menyaksikan komitmen
yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menggapai kesejahteraan dan kemakmuran negara
melalui bidang yang semakin penting ini. Justeru peluang untuk menikmati faedah daripada
bidang
bioteknologi
ini
tidak
harus
dilepaskan
begitu
sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Bidang
Mengukir Nama, Dewan Masyarakat, Ogos 2005)

Bioteknologi:

Malaysia

Mula

Rangka jawapan

Pendahuluan;
Petikan membincangkan manfaat yang
bioteknologi di negara kita

diperoleh

daripada

pembangunan

Isi Tersurat
1.
1.DBN memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna
serta
sumber
2. Mengubah proses pertanian ke arah dimensi yang lebih moden,
3. Meningkatkan imej sektor pertanian
4.Membolehkan industri herba yang dikatakanbernilai RM50 bilion setahun akan terus
berkembang
5.Aspek penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan
ternakan
6.Industri bahan buangan atau sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan
produk baharu yang boleh

Isi Tersirat
1.Kos penyelidikan bioteknologi tinggi.
2.Kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini

Kesimpulan
Kesimpulannya ,bidang bioteknologi harus diberikan perhatian oleh pengusaha
industri agar sumber kepelbagaian biologi di negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

NOTA

1. Pastikan pelajar menukar perkataan faedah dengan kata sinonim seperti manfaat pada
2.
3.
4.

5.

bahagian pendahuluan
Bahagian yang dihitamkan pada petikan ialah isi tersurat.
Pelajar perlu mencari maksimum 6 isi tersurat daripada petikan
Pelajar yang telah mencari 6 isi tersurat, hanya perlu menjana dua isi tersirat untuk bahagian
isi tersirat( isi tersirat tidak boleh diambil daripada petikan sama sekali), 100 peratus idea
pelajar.
Bahagian kesimpulan mesti berupa cadangan dan kesan cadangan berkaitan dengan tema
petikan yang dikemukakan.

Contoh Jawapan Rumusan


Petikan membincangkan manfaat yang diperoleh daripada pembangunan
bioteknologi di negara kita
Antara faedah pembangunan bioteknologi ialah dapat dimanfaatkan untuk tujuan
penyelidikan. Seterusnya, bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan
untuk mengubah proses pertanian ke arah dimensi yang lebih moden. Situasi
ini dapat meningkatkan imej sektor pertanian yang selama ini dianggap sektor kelas
kedua. Faedah selanjutnya ialah membolehkan industri herba di negara ini
berkembang. Selain itu,aspek penghasilan enzim dan makanan turut berfungsi dengan
adanya pembangunan bioteknologi. Selanjutnya , bahan buangan juga boleh dimanfaatkan
untuk menghasilkan produk baharu .
Halangan untuk memajukan bidang bioteknologi ialah kos yang tinggi . Selain
itu, negara juga masih kekurangan tenaga pakar.
Kesimpulannya ,bidang bioteknologi harus diberikan perhatian oleh pengusaha
industri agar sumber kepelbagaian biologi di negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Petikan Rumusan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan
tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang
dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu
perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan.
Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan
bercetak dan bilik alat yang merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang
dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah.
Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan,
menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada
bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat
sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan
tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan

penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah.
Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam
program peningkatan akademik.
Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran.
Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden,
iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap
individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk
keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat
membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang
kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik
sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan
kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan
proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan
keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah
mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada
pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber
pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar.
Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di
samping memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila
pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang
berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta
kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu
oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011)
Jawapan Model Rumusan

Petikan membincangkan fungsi pusat sumber sekolah.


Antara peranan pusat sumber sekolah adalah sebagai pusat untuk menyediakan,
menyimpan
dan
memberi
perkhidmatan
koleksi
bahan. Seterusnya,
pusat
sumber berperanan besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap
intelektual murid. Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat menjalankan
kegiatan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Selain
itu, pusat sumber juga berperanan untuk mewujudkan keadaan belajar secara
kendiri. Selanjutnya . pusat sumber turut berperanan dalam membaiki kualiti pendidikan
negara . Akhir sekali, pusat sumber sekolah berfungsi dalam memajukan sumber pelbagai
media bagi kegunaan guru dan pelajar.
Pusat sumber dikunjungi pelajar untuk meminjam bahan rujukan . Selain itu,
guru turut menjalankan proses pengajaran berasaskan teknologi maklmat di pusat sumber.
Kesimpulannya, pelajar dan guru harus memanfaatkan pusat sumber sekolah untuk
mengakses ilmu agar dapat menjana generasi berpengetahuan tinggi .

Latihan
1. Kira jumlah perkataan dan tuliskan.
2. Tuliskan semula jawapan model di atas.

_______________ patah perkataan.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________

Petikan Rumusan 3
Baca
petikan
di
bawah.
Buat
satu
rumusan
tentang keburukankeburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar.
panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
______________________________________________
Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada
juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status
yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan
imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu
tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa
perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini
merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang
melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang
sepatutnya
dapat
digunakan
untuk
tujuan
lain
yang
lebih
berfaedah.
Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang
digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada
penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah
diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan
diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga
mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap
adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.
Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang
lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti
akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang.
Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat
menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan
undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di
premis-premiskerajaan.
Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang
bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini

mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus
sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara
itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang
disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca
kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka
membuang
puntung
rokok
di
merata-rata
tempat.
Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang
menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan
seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!
__________________________

Jawapan Model Rumusan


Petikan membincangkan kesan negatif akibat merokok.
Merokok mendatangkan keburukan kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk
pembaziran.
Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit
berbahaya. Perbuatan ini turut membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling
mereka. Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta
mengganggu komunikasi. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat
sukar untuk dihentikan. Malah, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh
mengakibatkan kebakaran.
Kekangan untuk menghindarkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar ialah sikap
pekedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. Tindakan penguatkuasaan
yang tidak tegas turut menghalang usaha membanteras tabiat ini.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu agar masalah merokok dalam
kalangan pelajar dapat diatasi bagi melahirkan generasi yang sihat.

Latihan
1. Kira jumlah perkataan dan tuliskan.
2. Tuliskan semula jawapan model di atas.

_______________ patah perkataan.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________

Petikan Rumusan 4
Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barangbarang buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
_____________________________________________
Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang
dinamakan Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan
bagi menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan
sahaja terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan.
Promosi pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah
berjaya meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekaligus menjana
ekonomi
negara.
Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang
aneh. Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil
keluaran yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui
kualitinya kerana pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama,
pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara
dari luar Negara. Sebagai contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat
mengurangkan pembelian kereta import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu,
negara telah berjaya mengurangkan aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain.
Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah hasil industri di Malaysia.
Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan
kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri
secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk
Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat
penting bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah
dan lepasan pusat pengajian tinggi.
Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk
mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan
rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan
tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana
dapat membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga
barangan import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang
cinta akan negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut
baik.

Jawapan Model Rumusan


Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.
Kebaikan membeli barangan tempatan ialah dapat meningkatkan pasaran hasil
keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan
tempatan juga adalah setanding dengan hasil keluaran yang diimport. Apabila kita membeli
barangan tempatan kita dapat mengurangkan pembelian barangan import. Pada masa
yang sama, tindakan itu dapat mengurangkan aliran wang keluar negara. Selain itu,
membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri tempatan.
Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.
Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang
gemar mengagung-agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi
pasaran antarabangsa.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran
barangan tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa.

Latihan
1. Kira jumlah perkataan dan tuliskan.
2. Tuliskan semula jawapan model di atas.

_______________ patah perkataan.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_________

Petikan Rumusan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihankelebihan penggunaan teknologi insenarator untuk melupuskan sampah dan masalahmasalahnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masalah pelupusan sampah bukan sahaja dihadapi di negara kita, tetapi juga di negara-negara
maju seperti Jepun dan Britain. Berdasarkan jumlah sampah yang semakin meningkat setiap
tahun, pelupusan sampah secara konvensional sudah tidak praktikal lagi pada masa ini. Oleh
hal yang demikian, kerajaan mahu rakyat bersedia untuk berkongsi bersama-sama bagi
menanggung kos pelupusan sampah dengan menggunakan sistem yang lebih berkesan
termasuklah penggunaan insenarator bagi memastikan penjagaan alam sekitar lebih terjamin.
Malaysia akan menggunakan insenarator dalam tempoh lima tahun lagi bagi menggantikan
kaedah pelupusan sampah yang sedia ada pada masa ini Kurang berkesan.
Pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi masalah pelupusan sampah
termasuklah pembinaan loji insenarator yang digunakan oleh negara-negara maju seperti
Jepun, Jerman dan Denmark. Antara teknologi insenarator moden yang dimajukan
termasuklah dengan menggunakan gasifikasi dan peleburan abu yang dapat mengurangkan
pengeluaran dioksin pada tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa. Teknologi ini direka
bentuk dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar dan mampu merawat sampah
dengan cepat. Selain itu, teknologi insenarator tidak menjejaskan kesihatan dan keselesaan
penduduk
yang
berhampiran.
Selain dapat menyelesaikan masalah pelupusan sampah, teknologi insenarator juga mampu
menjana tenaga yang dapat memenuhi keperluan untuk menggerakkan loji berkenaan. Di
samping itu, teknologi tersebut berupaya untuk menjual tenaga yang dihasilkan kepada
syarikat utiliti yang terdapat di negara ini. Terdapat juga insenarator bergerak yang
menggunakan roda dan berupaya mengendalikan dua tan sisa termasuklah pepejal.
Insenarator seumpama itu adalah berkonsepkan mesra alam dan tidak mencemarkan alam.
Tambahan pula, insenarator tersebut berupaya untuk melakukan pembakaran yang bebas
toksin
terhadap
sisa
pepejal
dan
cecair
domestik.
Mesin insenarator itu juga dapat mengurangkan jumlah sisa sehingga 90 peratus iaitu
pengurangan besar yang sebelum ini terpaksa dibuang di tapak pelupusan sampah. Teknologi
tersebut turut dikatakan tidak mengeluarkan bau busuk atau melepaskan gas bahaya ke udara.
Oleh hal yang demikian, kita berharap agar pembinaan insenarator tersebut akan menjadi
kenyataan pada masa yang telah dijangkakan. Hakikat yang perlu kita terima ialah kaedah
pelupusan yang digunakan sekarang, tidak lagi mampu untuk menampung sampah yang kita
buang
setiap
hari.
(Dipetik
dan
Penggunaan
Insenarator
Berita Harian, 10 Mac 2007)

diubahsuaikan
Tidak
Dapat

daripada
Dielakkan,

Latihan
Lengkapkan dengan ayat-ayat yang sesuai .
Petikan membincangkan________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Kebihan penggunaan teknologi insenarator ialah__________________________________
__________________________________________________________________________

Selanjutnya,_________________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.
Selain
itu,________________________________________________________________________
__
___________________________________________________________________________
_______
Tambahan
pula,_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______.
Seterusnya,_________________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.
Akhir
sekali,______________________________________________________________________
_
___________________________________________________________________________
_____.
Antara masalah penggunaan teknologi inseranator ialah
__________________________
___________________________________________________________________________
______.
___________________________________________________________________________
______
Rintangan seterusnya
ialah___________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_____.
Kesimpulannya______________________________________________________________
___________________________________________________________________________
_____________.

Petikan Rumusan 6
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkahlangkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi

dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi
120
patah
perkataan.
Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010.
Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi
pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian
kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus
diamalkan
walaupun
dalam
keadaan
ekonomi
yang
tidak
menentu.
Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej
rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh
itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi
pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan
menambah baikinfrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan
tambahan sebanyakRM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta
menjalankan kerja-kerjapengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai
kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk
menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk
memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke
atas
dengan
nilai
minimum
pelaburan
sebanyak
RM1,000.
Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti
bekalan
elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi
rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di
samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan
ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak
dan
Projek
Sistem
Penghantaran
Elektrik
Kota
Kinabalu,
Sabah.
Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai
pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk
membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah
dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas,
golongan
kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan
keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan
pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan
menambahkan
kemudahan
pusat
asuhan
kanak-kanak.
Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah
pengecualian
cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil
bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan
menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.
Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah
komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus
dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya.
Dengan
landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar.

(Dipetik
dan
diubahsuaikan
daripada
rencana
Pakej
Perkukuh
Ekonomi
Negara
Hadapi
Kegawatan
Berita Harian, 11 Mac 2009)

RM60b
Global,

Latihan
Lengkapkan dengan ayat-ayat yang sesuai .
Petikan membincangkan________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Beban rakyat dikurangkan oleh kerajaan dengan ____________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Selanjutnya,_________________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.
Selain
itu,________________________________________________________________________
__
___________________________________________________________________________
_______
Tambahan
pula,_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______.
Seterusnya,_________________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.
Akhir
sekali,______________________________________________________________________
_
___________________________________________________________________________
_____.
Kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat antaranya
_______________________________
___________________________________________________________________________
_____.
Kesan seterusnya
ialah_______________________________________________________________

___________________________________________________________________________
_______
Kesimpulannya__________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.

Petikan Rumusan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan faktorfaktor kanak-kanak memilih makanan kurang berkhasiat dan kesan pemakanan tersebut
kepada kanak-kanak. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebih 120 perkataan.
Kecenderungan kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu sebenarnya
mewujudkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Memburukkan keadaan, hampir saban hari
kanak-kanak ini terdedah dan mula tertarik dengan iklan-iklan makanan segera yang mengiurkan.
Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier,
bahan pewarna, dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan kemudaratan. Begitu juga
dengan kandungan lemak tepu, gula, dan garam yang tinggi ditambah kandungan serat yang
sangat rendah dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja terutama anak-anak.
Ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal ini, ditambah mereka sendiri mempunyai
tabiat pemakanan yang kurang sihat malah, beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak
dihidangkan makanan sewajarnya seperti sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian,
lantaran begitu banyak lambakan pil vitamin yang boleh diperoleh di farmasi-farmasi dan ejenejen jualan langsung. Ironinya, pakar pemakanan sendiri tidak menggalakkan masyarakat untuk
terlalu
bergantung
kepada
pil-pil
suplimen
seperti
ini.
Menurut, Coughlin dalam jurnalnya yang bertajuk Body image dissatisfaction in children:
prevalence and parental influence terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anak-anak
mempunyai tabiat pemakanan yang tidak sihat, antaranya apabila anak-anak mempunyai pilihan
makanan ringan yang banyak di rumah yang kononnya bertujuan untuk dinikmati semasa
bersantai sambil menonton televisyen bersama keluarga di rumah. Keadaan ini membuka ruang
dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut
berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat. Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak
makan makanan ringan, namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan berkhasiat
seperti biskut, roti berkrim, bertih jagung rendah lemak , yogurt atau kismis.
Keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran adalah terhad kerana ada ibu bapa yang
memaksa anak-anak makan satu-satu jenis makanan sahaja. Hal ini akan menyebabkan anak-anak
kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa. Maka, ibu
bapa harus bijak mempelbagai jenis dan cara makanan disajikan namun yang penting, khasiat
makanan tetap terpelihara dan mendatangkan manfaat kepada perkembangan minda dan fizikal
anak-anak. Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng, seperti yang dijual di
restoran makanan segera, ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan
segera
tersebut
dengan
jaminan
khasiat
yang
lebih
tinggi.
Kanak-kanak juga mempunyai emosi. Kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau
krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan. Jika ibu bapa
melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat
pemakanan mereka, maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan
dahulu, bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka. Kesimpulannya pemilihan
makanan yang tepat membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh

badan
Dipetik
daripada
Motivasi
sumber
daripada
Pelita Bahasa oktober 2008

yang
dalam

Pengajaran
dan
Vijayaletchumy

sihat.
Pemelajaran
Bahasa
Subramaniam

Latihan
Lengkapkan dengan ayat-ayat yang sesuai .
Petikan
membincangkan________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______.
Antara punca kanak-kanak memilih makanan tidak berkhasiat ialah
______________________
___________________________________________________________________________
_____.
Selanjutnya,_________________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.
Selain
itu,________________________________________________________________________
__
___________________________________________________________________________
_______
Tambahan
pula,_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______.
Seterusnya,_________________________________________________________________
_______
___________________________________________________________________________
______.
Akhir
sekali,______________________________________________________________________
_
___________________________________________________________________________
_____.
Kesan pemakanan tersebut kepada kanak-kanak
ialah_______________________________

___________________________________________________________________________
______
Kesan seterusnya
ialah_____________________________________________________________
___________________________________________________________________________
____.
Kesimpulannya__________________________________________________________
_____
_________________________________________________

PRAKTIS BERFORMAT SPM


PRAKTIS 1
RUMUSAN
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
menangani rasuah dan kesan-kesan negatif gejala rasuah kepada negara. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rasuah bukanlah suatu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden.
Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam
semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban serta membina ketamadunan.
Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan dan juga nepotisme. Dalam
masyarakat kita rasuah juga dikenali sebagai sogokan, duit kopi, duit bawah meja dan makan
suap. Perbuatan dan amalan ini dilakukan secara sembunyi dan rahsia dengan melibatkan
sekurang-kurangnya dua orang ataupun dua pihak. Amalan ini melibatkan elemen timbal
balik dan juga melibatkan pihak yang mampu mempengaruhi sesuatu keputusan. Rasuah
selalunya mengandungi unsur-unsur penipuan yang melibatkan masyarakat umum dan
pelanggaran undang-undang yang dilakukan secara sedar bertujuan untuk mendapat
keuntungan. Atas kesedaran itu, langkah dan tindakan kerajaan kita untuk memerangi serta
membenteras rasuah secara habis-habisan hingga peringkat akar umbi amatlah dialu-alukan.
Dalam menangani gejala rasuah ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia
(SPRM) perlulah berperanan lebih aktif. SPRM mestilah bersikap lebih tegas dan komited
dalam melaksanakan tugasnya, di samping pihak kerajaan memperketat undang-undang
terhadap golongan yang terlibat dengan rasuah. Penubuhan Institut Etika Awam dan Pelan
Integriti Nasional adalah antara cadangan yang baik untuk memerangi rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan pada pelbagai peringkat pentadbiran. Hal ini
demikian kerana jika tidak dibendung dengan segera, rasuah sudah pasti akan menular dalam
seluruh kehidupan masyarakat. Rasuah bolehlah diibaratkan virus yang hinggap pada tubuh
badan manusia dan akhirnya merebak sebagai kanser yang membunuh mangsa itu sendiri.
Di samping itu, kakitangan sektor awam ataupun sektor swasta mestilah mempunyai
jati diri yang mantap dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pekerja yang telus
dan ikhlas selaras dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Pada masa yang sama, sikap
menghindari rasuah perlu disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu
menjadi teladan dan membimbing anak-anak agar mereka menjauhi rasuah. Selain itu, pihak
sekolah perlu memberi pendedahan tentang keburukan rasuah. Guru-guru hendaklah sentiasa

menerapkan nilai-nilai positif kepada pelajar melalui semua mata pelajaran terutamanya mata
pelajaran Pendidikan Islam ataupun Moral. Di samping itu, masyarakat juga perlu prihatin
dengan gejala rasuah yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka sepatutnya membuat
laporan kepada pihak yang bertanggungjawab jika mengetahui wujudnya gejala rasuah agar
sesuatu tindakan dapat diambil dengan segera.
Untuk menyelesaikan masalah ini, komitmen dan sokongan daripada semua pihak,
khususnya anggota masyarakat itu sendiri sangat diperlukan. Rasuah merupakan masalah
masyarakat dan berpunca daripada masyarakat. Jadi, penyelesaian terhadap masalah ini harus
melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa sebarang pengecualian.
(Dipetik dan diubah suai daripada Cabaran ke Arah Rasuah Sifar : Berita Harian Julai
2010)
(30 markah)
PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, dan jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata hingga peringkat akar umbi.
[2 markah]
(ii) Nyatakan cara-cara yang berkesan yang dapat dilakukan untuk membanteras gejala
rasuah?
(4 markah)
(iii) Pada pendapat anda, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dikenakan terhadap individu
yang terlibat dalam gejala rasuah.
[4 markah]

PRAKTIS 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
membendung masalah jenayah dan faedahnya. Panjang rumusan tidak melebihi 120
perkataan.
Kita perlu berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan kerana kejadian jenayah boleh
berlaku tanpa diduga. Kes seorang eksekutif pemasaran wanita berusia 25 tahun dipercayai
dirogol sebelum dibunuh di Sungai Petani, Kedah dan banyak lagi kejadian jenayah yang
dilaporkan media massa hampir setiap hari sejak kebelakangan ini secara tidak langsung
menimbulkan kebimbangan kepada kita. Kita mungkin masih ingat kejadian jenayah kes
berat seperti kes rogol dn bunuh yang pernah menggemparkan seluruh negara sebelum ini,
seperti kes pembunuhan Canny Ong pada Jun 2003, Norita Shamsudin pada Disember 2003
serta kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani yang juga dibunuh
selepas dirogol pada Januari 2004.
Rentetan kes jenayah ini, serta kejadian samseng jalanan, samun, rompak, culik,
pembunuhan hinggalah k ekes ragut, semuanya jelas mencalarkan reputasi negara yan aman
dan toleransi ini. Kita tidak bertujuan menakutkan orang ramai atau cuba membesar-besarkan
kes jenayah yang berlaku. Kita tidak mahu terus hidup dalam kebimbangan, takut berjalan
bersendirian diluar rumah sama ada siang atau malam, malah berfikir dua kali sebelum keluar
berjogging dan beriadah. Apa yang penting kita bersama-sama menjaga keselamatan kawasan
perumahan kita. Selain itu, kita perlu mengenali lebih rapat jiran supaya mudah untuk kita
memerlukan pertolongan jika menghadapi sesuatu musibah. Dalam pada itu, kita hendaklah

sentiasa berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali atau mereka yang berkelakuan
mencurigakan di kawasan persekitaran kita.
Apakah sebenarnya yang mendorong penjenayah ini sehingga mereka sanggup
membunuh dan melakukan kekejaman ke atas orang yang tidak bersalah, sedangkan budaya
kita tidak pernah dikaitkan dengan sebarang bentuk keganasan dan kekerasan? Mungkinkah
kebanjiran begitu ramai warga asing kini menyumbang kepada peningkatan kes jenayah? Jika
diteliti kebanyakan kes culik dan bunuh ada kaitan dengan kes rogol. Apakah mungkin ini
berlaku kerana adanya terlalu banyak ubat peransang seks di pasaran sehingga manusia
hilang pertimbangan akal demi memuaskan nafsu mereka? Kita tidak boleh membiarkan
penjenayah terus mencemarkan imej negara, terutama di mata pelancong asing. Jangan
kerana tindakan mereka ini, pelancung takut mengunjungi Malaysia, sekaligus meruntuhkan
industri pelancongan kita.
Setelah mengkaji punca berlakunya jenayah, sewajarnya kita mengetahui cara untuk
mengatasinya. Bagi yang berjalan kaki, elakkan melalui kawasan sunyi untuk mengelakkan
kejadian jenayah seperti gejala ragut. Dalam waktu yang sama masyarakat hendaklah
perihatin apabila mendengar jeritan orang yang tidak dikenali, yang kemungkinan mahu
meminta pertolongan. Bagi taman perumahan yanag terdedah kepada jenayah, kita
mengharapkan polis membuat rundaan lebih kerap. Kita akui polis mempunyai tugasan yang
perlu diselesaikan dan tidak mungkin mampu membuat rondaan di setiap taman
perumahan. Oleh hal yang demikian, penduduk boleh mengumpul wang dan seterusnya
mendapatkan khidmat pengawal keselamatan secara tetap. Penduduk juga boleh
menghidupkan semula konsep Rukun Tetangga yang bertugas mengawal taman perumahan
pada waktu malam. Ingatlah, jenayah akan datang ketika kita sedang dalam keadaan leka.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Kerjasama Masyarakat Penting Banteras Jenayah,
Berita Harian, 17 Januari 2006)

(iii)

Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri
(i)
Berikan maksud rangkaikata Renteten kes jenayah.
(2
markah)
(ii)
Apakah kesan jenayah yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini?
(4
markah)
Pada
pendapat
anda,
mengapakah
seseorang
itu
sanggup
melakukan
jenayah?
(4 markah)

PRAKTIS 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor
pengangkutan
awam
semakin
tidak
popular dan kewajaran
masyarakat
mengutamakan perkhidmatannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan
Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke destinasi yang biasa
dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan
tentang masalah masa perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara
inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja

daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang beranggapan bahawa
pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang
demikian, mereka tidak mahu untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis daripada
pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam mempunyai kepentingan
dan peranannya yang tersendiri dalam membantu orang ramai sampai ke destinasi. Di negaranegara maju pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya.
Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan awam
bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana tidak menyediakan
perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para pengguna. Selain itu, mutu
pengangkutan awam di Malaysia dikatakan ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu
pengangkutan awam di negara-negara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi
semakin tidak popular di kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengahtengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang menyebut bahawa
banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur
dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang
beroperasi sebagai pengangkutan awam tetapi kebanyakannya dalam keadaan yang cukup
uzur
dan
usianya
melebihi
sepuluh
tahun.
Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu
puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini melemahkan semangat mereka untuk
menggunakannya. Oleh sebab itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini
jika kerajaan mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual perjalanannya supaya
tidak terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang terpaksa menunggu ketibaan bas
secara tidak menentu sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat
ini suatu kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai
menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar menyediakan
insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka,
misalnya dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang.

Soalan 2 :Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas?
[2 markah]
ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki?

[6 markah]

iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan bayaran yang
mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani?
[6
markah]

Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai
disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah
tidak melebihi 120 patah kata.
Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci
disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang
berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap
akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga
diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam
keseluruhan hidupnya kelak.
Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini demikian kerana, disipin
merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah
menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan
itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi
implikasi buruk kepada diri sendiri.
Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi
tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah
disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar
yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka
sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajarpelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu
diberi dorongan oleh orang lain.
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada
masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati
masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang
menetapkan supaya berpakaian kemas.
Hal ini penting supaya pelajar
kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak
pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti.
Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru. Hal ini
mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun
pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih
memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh
berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah
pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan
pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan
utama
dalam
menentukan
kejayaan
cemerlang
seseorang
pelajar
dalam
pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar
yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan
dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk
membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan
seseorang pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri,

Oleh Izani Hj. Daud,


Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA

JAWAPAN:

1.
2.
3.
4.

Pengenalan
Petikan membincangkan peranan disiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m)
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik dalam
kalangan pelajar.
( 2 m)
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik
( 1 m)
Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna mempunyai disiplin yang baik di
Malaysia/ di negara ini
( 1 m)
5, Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik
(1
m)
6.Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan
usaha-usaha meningkatkan disiplin
( 0 m)
ISI TERSURAT: ( 2 -12 MARKAH )
S1 Seseorang pelajar mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan
hidupnya. ( 2M)
S2 kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang
bertentangan
dengan peraturan
( 2M)
S3 menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi
implikasi buruk kepada diri sendiri/ mengawal perilaku dalam kelas
(2M)
S4 memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.

(2M)

S5 tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif yang menjejaskan
fokus tumpuan terhadap pembelajaran.
( 2M)
S6 mengadakan jadual belajar sendiri.

( 2 M)

S7 sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan.

( 2 M)

S8 sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan oleh
orang lain.
( 2M)
S9 melatih pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa
S10 pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan
S11 mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding

( 2M)
( 2M)

yang tidak berpesonaliti.

( 2M)

S12 hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin
keberkesanan pembelajaran.

( 2 M)

ISI TERSIRAT : (2-12 MARKAH )


T1 ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka
di sekolah
( 2M)
T2 pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat untuk
mengawal
tindak laku pelajar di dalam dan di luar sekolah
( 2 M)
T3 guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati
pelajar-pelajar bermasalah
( 2M)
T4 pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di
sekolah
( 2M)
T6 ibu bapa memberikan didikan agama yang serius kepada anak-anak

( 2 M)

T7 pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral ( 2M )

KESIMPULAN: 2 MARKAH
1. Para pelajar, ibu bapa , sekolah dan masyarakat perlu sama-sama membantu pelajar
menghayati kepentingan disiplin agar generasi muda berkualiti dapat dihasilkan
untuk kemajuan negara
( 2M)
2, Para pelajar perlu berusaha memantapkan kualiti diri dengan menjaga disiplin agar
menjadi generasi muda yang memberi manfaat kepada ibu bapa ,masyarakat dan
negara ( 2 M)

SOALAN 2
( 35 Markah )
JAWAPAN 2a: PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN UMUM
Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.
i.

Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya dalam


petikan.
P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap:
P2 ada watak dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap:
( rujukan : pusat rujukan persuratan melayu DBP prpm.dbp.gov.my )
( 1 ISI=2 markah )

ii.

Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?


P1 Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.
P2 kemahuan untuk mentaati peraturan
P3 kemahuan untuk menghormati peraturan.
P4 peraturan untuk membentuk tingkah laku baik
P5 pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang
pelajar.
(3 ISI= 3 markah )

iii.

Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan
rakan-rakan sebaya?
P1 sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan untuk sekolah
P2 tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakanrakan/menghormati guru-guru dan rakan
P3 sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan aktiviti-aktiviti
yang dirancang
P4 sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguhtangguh
P5 sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakan
P6 sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujur
P7 serius belajar
( 2 isi=4 markah )

Anda mungkin juga menyukai