Anda di halaman 1dari 10

KATA TUGAS

 Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata u
ntuk
memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang, 
penentu, penguat, pemeri, pembantu, atau tugas lain.

KELOMPOK KATA TUGAS


1) Kata penyambung ayat
2) Kata praklausa
3) Kata prafrasa
4) Kata pascakata

Kata 1) Kata hubung gabungan


Tugas
a) Keterangan
Kata Hubung 2) Kata hubung
b) Komplemen
pancangan
c) Relatif
  1) Kata Seru
  2) Kata Tanya
  3) Kata Perintah
Kata Praklausa   4) Kata Pembenar
  5) Kata Pangkal ayat
  1) Kata Bantu a) Aspek
b) Ragam
  2) Kata Penegas
  3) Kata Penguat a) Hadapan
b) Belakang
c) Bebas
  4) Kata Nafi
  5) Kata Pemeri
Kata Prafrasa   6) Kata Arah
  7) Kata Bilangan a) Pecahan
b) Pisahan
c) Tentu
d) Tak tentu
e) Himpunan
  8) Kata Sendi Nama
  9) Kata Penekan
10) Kata Pembenda

1) KATA PENYAMBUNG AYAT


 Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan.
 Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk.
 Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa.
 Contoh kata penyambung kata :
i. Ali,Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii. Aslinda menari sambil menyanyi.
iii. Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
v. Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mehu memberitahu.
 Terdapat tiga jenis kata hubung, iaitu:
1) kata hubung gabungan
Kata yang menggabungkan dua klausa yang bersifat setara atau lebih.
Kata Hubung Penggunaan Ayat Contoh
Gabungan
atau menunjukkan pilihan Kamu boleh memilih baju
ini atau baju itu.
dan menggabungkan dua atau lebih Nariah suka membaca surat
unsur yang setara khabar dan majalah.

kecuali menunjukkan kekecualian Semua ahli keluarga Farhan


memakai cermin
mata kecuali kakaknya.
lalu, seraya menggabungkan dua perkara yang Hamdan
berlaku berturutan bangun seraya berkata,
“Inilah hasil kerja saya.”
malahan menunjukkan sesuatu yang kian Bukan itu saja, malahan dia
bertambah sanggup melakukan apa-apa
sahaja.

2) kata hubung pancangan
Kata yang menyambungkan klausa-klausa tidak setara pada klausa utama
atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga iaitu
i. Pancangan Relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.
Pancangan Relatif Ayat Contoh
yang Lim memasukkan beberapa biji limau ke dalam
bakul yang sempit itu

ii. Pancangan Komplemen


Kata hubung ini berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi pelengkap dengan
satu klausa utama.
Pancangan Komplemen Ayat Contoh
Bahawa Razak memberitahu saya bahawa kelas tambahan akan
diadakan pada hari Sabtu ini.
Untuk Sungguh mustahil untuk dia menang dalam pertandingan
itu.

iii. Pancangan Keterangan


Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu
klausa utama.  
Pancangan Keterangan Penggunaan Ayat Contoh
agar, supaya menyatakan tujuan atau Makanlah ubat
maksud ini agar kamu cepat
sembuh.
andai kata menunjukkan misal atau Andai kata dia tidak hadir,
jika kamulah yang harus
menggantikannya.
Biarpun menunjukkan pertentangan Biarpun dia kaya, saya
kenyataan dengan tetap tidak akan meminta
kenyataan yang pertolongannya
sebelumnya
kerana, lantaran menunjukkan sebab Dia lambat ke
sekolah kerana ketinggalan
bas.
sejak, semenjak menunjukkan bermula Saya telah berkawan
sesuatu dengannya sejak kecil lagi.
selama menunjukkan tempoh Saya tidak pernah melihat
waktu pemuda itu selama saya
tinggal di sini.

3) kata hubung berpasangan

ata Hubung Berpasangan Penggunaan Ayat Contoh


bagaimana…begitulah menunjukkan Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
persamaan yang
hampir
baik…baik menunjukkan Baik Suhaimi mahupun Suhaida,
baik…mahupun persamaan mereka sama-sama pandai dalam
mata pelajaran Matematik
daripada…lebih baik menunjukkan Daripada terus bersubahat
perbezaan atau dengannya, lebih baik saya
perbandingan menyerah diri.

KATA PRAKLAUSA
 Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan
predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk
mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiyaan atau penerang pada klausa.
 Kata yang termasuk dalam praklausa ialah:
1) Kata Seru
 Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara
penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun
Kata Seru Perasaan Contoh Penggunaan
aduh Sakit Aduh, sakitnya kepalaku!
ceh mengejek, kesal Ceh, memang tidak tahu malu!
hai menegur, menarik perhatian Hai, agak lama kita tidak berjumpa!
nah geram, marah, menarik Nah, ambillah kesemuanya!
perhatian
oh kecewa, kesal, teringat Oh, sanggup kamu mempermainkan saya!
wahai menarik perhatian Wahai anakku, usahlah disia-siakan usia
mudamu!

2) kata tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan
sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
Kata Tanya Fungsi Contoh Penggunaan
adakah bertanya tentang sesuatu hal Adakah awak yang mengambil kasut saya?
bagaimana bertanya tentang cara dan Bagaimanakah keadaan kamu sekarang?
keadaan
bila bertanya tentang masa atau Kamu hendak ke sana bila?
waktu
kenapa bertanya tentang tentang sebab Dia menjerit-jerit kenapa?
mana bertanya tentang tempat Di manakah letaknya Gunung Kinabalu?
siapa bertanya tentang orang Siapakah nama guru kelas kamu?
3) kata perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Kata Fungsi Ayat Contoh
Perintah
jangan Larangan a) Jangan ambil barang itu.
usah b) Usah bersedih hati.
sila silaan a) Sila naik ke rumah.
jemput b) Jemput masuk.
minta permintaan a) Minta tolong tuan-tuan sabar sebentar.
tolong b) Tolong tutup pintu itu.
harap c) Harap bertenang.

4) kata pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar
ialah ya, benar,  dan betul
Contoh:
i)Ya, esok awak boleh bercuti.
ii)Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
iii)Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
iv)Benar, dia sudah berhenti kerja.
v)Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

5) kata pangkal ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu
banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu
klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.
Contoh:
Kata Pangkal Ayat Contoh
Ayat
adapun Adapun puteri itu sungguh cantik dan menawan serta tiada tolok
bandingnya.
alkisah Alkisah tidak beberapa lama kemudian kembalilah putera raja ke
istana.
arakian Arakian bersalamanlah antara dua orang laksamana itu.
hatta
kalakian Kalakian berlakulah pergaduhan antara kedua-dua kerajaan.
syahadan Syahadan tuan puteri pun masuk ke bilik peraduan.

KATA PRAFRASA
 Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata selain ungkapan atau kata majmuk
 Kata prafrasa dapat dibahagikan kepada :
1. Kata bantu
2. Kata penguat
3. Kata penegas
4. Kata nafi
5. Kata pemeri
6. Kata sendi nama
7. Kata arah
8. Kata bilangan
9. Kata Adverba

1) Kata bantu
Kata bantu ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makan-makna tambahan dari aspek waktu atau
ragam.

Kata bantu masa

Aspek Masa Kata Bantu Aspek Contoh Penggunaan


masa lampau Telah Dia telah menghantarkan bukunya.
Sudah Kami sudah makan.
pernah Kama pernah ke Gua Niah.
masa kini masih Ahmad masih menuggu bas.
sedang Saya sedang mendangar radio.
masa hadapan akan Kami akan ke kantin sebentar lagi.
belum Abdullah belum menyiapkan kerjanya.

Kata bantu ragam (perasaan)

Ragam Perasaan Kata Bantu Ragam Contoh Penggunaan


tidak boleh tidak mesti Kita mesti bertolak pagi ini juga.
hasrat hendak Saya hendak makan nasi ayam.
mahu Adik saya mahu akan alat permainan
itu.
keupayaan boleh Kita boleh membeli setem di pejabat
pos.
dapat Saya dapat meneka jawapan itu
dengan tepat.
patut harus Kamu harus pergi sekarang juga.
2) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif

Jenis Kata Penguat Ayat Contoh


hadapan terlalu a) Kamus itu terlalu tebal.
paling b) Masakan isterinya paling sedap.
agak c) Tapak kasutnya agak nipis.
kurang d) Minuman di dalam jag itu kurang  
     manis.
belakang sekali a) Rumahnya jauh sekali.
benar b) Rajin benar dia menulis surat.
Nian c) Pemandangan di tepi
laut indah nian.
Bebas amat a) Hasil anyaman amat kemas.
sungguh b) Kotak itu sangat besar.
sangat c) Baju kurung itu sugguh cantik.

3) Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang
meberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Kata Penegas Penggunaan Ayat Contoh
-kah untuk menyatakan pertanyaan Siapakah yang bermain tadi?
-tah untuk menyatakan pertanyaan Apatah gerangan nasib kita
pada diri sendiri, gerangan ini?
-lah untuk menguatkan maksud Pemuda itulah abangnya.
perkataan

4) Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,
Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.

ata Nafi Penggunaan Ayat Contoh


Bukan digunakan sebelum frasa a) Beliau bukan Cikgu Fazidah.
nama atau frasa sendi nama b) Wang itu bukan untuk  
     dibelanjankan.
Tidak digunakan sebelum frasa kerja a) Saya tidak akan membantah
atau frasa adjektif      lagi.
b) Mereka tidak mahu ke hutan
itu.

5) Kata Pemeri.
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-
frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.
Kata Pemeri Maksud Ayat Contoh
Ialah menunjukkan persamaan hadir a) Agama rasmi negara kita ialah  
di hadapan frasa nama    agama Islam.
b) Bapanya ialah pakar bedah di
    Institut Jantung Negara.
Adalah menunjukkan huraian atau a) Kasut yang dipakainya itu adalah
keterangan hadir di hadapan     daripada kulit.
frasa adjektif atau frasa sendi b) Makanan yang telah
nama     ditempahnya itu adalah untuk  
    anak-anak yatim.

6) Kata Sendi Nama


Kata Sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau
frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat.

Kata Sendi Nama Penggunaan Ayat Contoh


akan menunjukkan emosi atau sikap Saiful amat sayang akan anak
bongsunya.
dalam menunjukkan lingkungan yang Sebagai rakyat Malaysia,kita harus
tidak mempunyai ruang atau fasih dalam Bahasa Malaysia.
jarak
demi menunjukkan tujuan atau a) Kita mestilah berusaha demi
urutan      masa depan kita sendiri.
b) Adik membilang angka satu
     demi satu.
di menunjukkan tempat Semua murid sedang berkumpul di
dalam dewan.
kepada untuk orang, benda abstrak a) Rashid memberitahu perkara itu
atau untuk menyatakan      kepada ibunya.
bahagian b) Remaja masa ini mudah terdedah
     kepada gejala sosial.
c) Murid-murid dibahagikan kepada
    beberapa kumpulan.

7) Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah
kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
Kata Arah Penggunaan Ayat Contoh
antara menunjukkan Tolong letakkan pasu ini antara dua buah
meja itu.
atas menunjukkan kedudukan yang Ibu meletakkan mangkuk itu di atas meja.
tinggi
bawah menunjukkann kedudukan Abang menyimpan kasutnya
yang rendah di bawah almari.
dalam menunjukkan kedudukan di Abdullah memasukkan tin itu
bawah permukaaan ke dalam beg.
hadapan menunjukkan kedudukan Kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah
sebelum sesuatu saya.
luar lawan dalam Murid-murid sedang berbaris di luar kelas.
penjuru menunjukkan sudut Di penjuru bilik itu ada sebuah almari besi.
tengah menunjukkan kedudukan di Bola yang ditendang oleh adik melantun
antara dua tepi, atau ketengah jalan.
bahagian di antara hujung
dengan pangkal

8) Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda, atau
perkara.

Kata Bilangan Contoh Ayat Contoh


Tentu tiga, lima, enam, tujuh, Sebanyak seribu setem kenang-
sepuluh, seratus kenangan telah dicetak sempena
memperingati jasa P.Ramlee
tidak tentu segala, semua, para, Seluruh penduduk kampung itu bergelap
beberapa, sekalian, seluruh kerana tiada bekalan tenaga elektrik.
himpunan beribu-ribu, bertahun- Berpuluh-puluh keluarga setinggan itu
tahun, berjuta-juta, telah kehilangan rumah akibat
berkotak-kotak kebakaran.
pisahan masing-masing, setiap, tiap- Mereka masing-masing menggunakan
tiap alat tulis semasa peperiksaan.
pecahan setengah, dua pertiga, Separuh daripada kek itu akan diberikan
separuh kepada Mak Long.
9) Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.
Contoh:
i)Bas itu bergerak laju.
ii)Saya hampir terjatuh ketika melompat.
iii)Datang ke sini cepat.
iv)Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak.
v)Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan.

KATA PASCAKATA
 Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda.
 Kata yang termasuk dalam pascakata ialah: 

1) Kata Penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan
melekat selepas perkataan.Bentuk kata tersebut ialah -nya, yang dapat berfungsi sebagai
penekan atau pembenda.
Contoh:
i)Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.
ii)Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
iii)Cuaca nampaknya semakin gelap.

2) Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada
kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.
Contoh:
i)Lajunya ialah 350 km sejamm
ii)Bukan kepalang sakitnya.
iii)Datangnya secara mendadak.
iv)Air sungai mengalir dengan derasnya.

Rumusan
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-
tugas sintaksis.Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.
Kata seru ialah kata yang diggunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti
marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum. terkejut, dan sebagainya. Kata tanya ialah
perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata
perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan. Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di
bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Kata bantu
ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan berasa sendi
nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.

Anda mungkin juga menyukai