Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 1 :

SEKOLAH BERASRAMA PENUH


(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet sering kali menghabiskan masa berjam-jam di
hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga
dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman
yang tidak berfaedah.
[ 6 markah]
JAWAPAN
(i) Golongan remaja terlalu asyik melayari Internet.
(ii) Golongan remaja sering kali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer.
(iii) Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
(iv) Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran.
(v) Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat.
(vi) Mereka sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

LATIHAN 2 :
MRSM
(b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif dengan
ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga
atau ayat pasif songsang.
(i) Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi.
(ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok.
(iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad.
(iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah.
(v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam.
(vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama (BUKTI: aku rasai)
(ii) Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua (BUKTI: kaujelaskan)
(iii) Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga (BUKTI: dicat oleh Pak Samat)
(iv) Ayat pasif songsang (BUKTI: “Saya tendang bola itu” ... sepatutnya “Bola itu saya tendang”...)
(v) Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga (BUKTI: dibersihkan oleh mereka)
(vi) Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua (BUKTI: belum awak putuskan)

LATIHAN 3 :
MPSM MELAKA
(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.
(ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.
(iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Pihak berkuasa perlu menangani masalah alam sekitar dengan segera.
(ii) Saya telah mencuci kasut sekolah yang kotor itu semalam.
(iii) Kumpulan penyajak yang masih muda telah menulis sajak-sajak yang baik itu.
LATIHAN 4 :
MPSM JOHOR
(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka
mengambil langkah pencegahan awal.
(ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita.
(iii) lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Ibu bapa boleh menyelesaikan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak sekiranya mereka mengambil
langkah pencegahan awal.
(ii) Kebanyakan kolej dan universiti di negara kita telah menawarkan kursus perhubungan awam.
(iii) Kita perlu menangani isu pembuangan bayi dengan segera demi menjaga imej negara.

LATIHAN 5 :
MPSM PERLIS
(b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, atau ayat tanya.

(i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah negara lain dengan
mudah dan cepat.
(ii) “Siapakah namakau?” soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku.
(iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
(iv) Syabas, kamu telah berjaya menjuarai kejohanan yang berprestij itu!
(v) “Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya,” kata Puan Geetha
kepada Mazwin dengan lembut.
(vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Ayat penyata
(ii) Ayat tanya
(iii) Ayat penyata
(iv) Ayat seruan
(v) Ayat perintah
(vi) Ayat tanya

LATIHAN 6 :
MPSM SABAH
(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.
(i) Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu!
(ii) Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair.
(iii) Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah?
(iv) Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok.
(v) Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.
(vi) Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Ayat seruan
(ii) Ayat penyata
(iii) Ayat tanya
(iv) Ayat perintah
(v) Ayat perintah
(vi) Ayat perintah
LATIHAN 7 :
MPSM SARAWAK
(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.
Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini adalah
antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem pengurusan permintaan air bagi
sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi
punca pencemaran.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian.
(ii) Sektor pertanian adalah antara yang banyak mencemarkan air.
(iii) Sektor pertanian adalah antara yang banyak membazirkan air.
(iv) Tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor pertanian.
(v) Ladang-ladang penternakan haiwan menjadi punca pencemaran.
(vi) Penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran.

LATIHAN 8 :
MPSM SELANGOR
(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi
tiga ayat.
Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah.
Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk
mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga
menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga
terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah dan
kawasan rekreasi hutan yang menarik.
(ii) Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan mengadakan kempen Tahun
Melawat Malaysia dan menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa.
(iii) Ekonomi Malaysia meningkat dan peluang pekerjaan juga terbuka luas kerana banyak pelancong datang ke
Malaysia.

LATIHAN 9 :
MPSM TERENGGANU
(b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.


(ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
(iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu tersusun kemas.
atau
Alat-alat pertukangan tersusun kemas di dalam bengkel itu.
(ii) Perlawanan ini perlu kita tamatkan sahaja kerana hujan semakin lebat.
(iii) Sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat akan menerima hadiah utama.
atau
Sesiapa yang meneka kedudukan bola dengan tepat sahaja akan menerima hadiah utama.
LATIHAN 10 :
MPSM PULAU PINANG
(b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata hubung yang
sesuai.
(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera.
(ii) Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.
(iii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu
(iv) Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
(v) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
(vi) Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera agar / supaya ibunya
membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu.
(ii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu jika / kalau / jikalau / andai kata /
sekiranya anaknya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
(iii) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tetapi / manakala pelajar-pelajar tingkatan tiga
terpaksa mengulang kaji pelajaran.

LATIHAN 11 :
MPSM NEGERI SEMBILAN
(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan, ayat
larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.
(i) Sila buat laporan tentang kes meniru itu.
(ii) Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
(iii) Awak siapkan tugasan ini sekarang.
(iv) Awak tidak usahlah datang ke sini lagi.
(v) Pujuklah budak yang menangis itu.
(vi) Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Ayat silaan (iv) Ayat larangan
(ii) Ayat larangan (v) Ayat suruhan
(iii) Ayat suruhan (vi) Ayat permintaan

LATIHAN 12 :
MPSM PAHANG
(b) Tulis petikan di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi
dalam petikan ini.
MAN :Tuk ... tuk ..., orang jumpa mayat lagi. Orang jumpa mayat. Mayat itu besar, tuk.
PAK MAN :Di mana Man?
MAN :Tepi pantailah, tuk. Marilah tengok mayat tu. Mari tuk.
PAK MAN :Mayat orang Melayu atau orang Cina?
MAN :Bukan, tuk.
PAK MAN :Kalau bukan, mayat siapa? India kot?
MAN :Bukanlah, tuk. Ini mayat ikan dugong besar, tuk.
[6 markah]
JAWAPAN
Man memberitahu Pak Man bahawa ada orang yang terjumpa mayat lagi dan menegaskan bahawa mayat itu besar.
Pak Man pula bertanya kepada Man kerana ingin tahu tempat mayat itu ditemukan. Man pula mengatakan bahawa mayat itu
ditemukan di tepi pantai seterusnya mengajak Pak Man melihat mayat itu. Seterusnya, Pak Man ingin tahu sama ada mayat
itu orang Melayu atau orang Cina. Man pula menjawab dengan mengatakan bahawa mayat itu bukan orang Cina atau
Melayu. Pak Man yang hairan ingin tahu sama ada identiti bangsa mayat itu orang India jika bukan orang Melayu dan orang
Cina. Man akhirnya menjelaskan bahawa mayat itu bukan berbangsa India tetapi mayat ikan dugong yang besar.
LATIHAN 13 :
MPSM KEDAH
(b) Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan golongan atau jenis kata bagi setiap kata yang berhuruf tebal dalam
ayat tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Gagasan 1Malaysia diyakini dapat membantu negara ini mengecap kemakmuran
dari segi pembangunan dan kesejahteraan hidup.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) 1Malaysia  Kata nama khas
(ii) membantu  kata kerja
(iii) ini  kata ganti nama tunjuk
(iv) dari  kata sendi nama
(v) dan  kata hubung
(vi) hidup  kata adjektif

LATIHAN 14 :
MPSM PERAK
(b) Tukar ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat bersusunan songsang.
(i) Ingatan Pak Hamid yang berusia 80 tahun itu masih kuat.
(ii) Kehebatan pemidato itu terletak pada kekuatan hujahnya.
(iii) Zaid telah ditukarkan ke ibu pejabat sebagai langkah penstrukturan syarikat itu semula.
[6 markah]
JAWAPAN
(i) Masih kuat ingatan Pak Hamid yang berusia 80 tahun itu.
(ii) Terletak pada kekuatan hujahnya kehebatan pemidato itu.
(iii) Sebagai langkah penstrukturan syarikat itu semula Zaid telah ditukarkan ke ibu pejabat.

LATIHAN 15 :
MPSM KELANTAN
(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FS)

(i) Dia masih tidur.


(ii) Bas itu dari Seremban.
(iii) Kucing itu kurus kering.
(iv) Rakannya gadis Filipina.
(v) Puan Ramziah guru di sekolah itu.
(vi) Merokok membahayakan kesihatan. [6 markah]

JAWAPAN
(i) FN + FK
(ii) FN + FS
(iii) FN + FA
(iv) FN + FN
(v) FN + FN
(vi) FN + FK

Anda mungkin juga menyukai