Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN [30 MARKAH]

Pilih Satu

Soalan 1
Program Jom Baca 10 Minit adalah antara aktiviti yang dilaksanakan pada setiap tahun bertujuan untuk
memupuk budaya membaca. Budaya membaca boleh melahirkan insan yang mulia dan mengembangkan
pemikiran seseorang. Orang yang rajin membaca mempunyai imaginasi yang lebih tinggi dan boleh
mengeluarkan pendapat serta hujah yang baik.
Ulaskan
Soalan 2
Karnival Kerjaya memberikan peluang kepada golongan belia untuk mendapatkan maklumat pekerjaan
melalui pelbagai aktiviti menarik yang sarat dengan ilmu. Karnival ini telah banyak memberikan faedah
kepada golongan belia.
Bincangkan
Soalan 3
Tidak dapat dinafikan para tani di negara kita menghadapi seribu satu masalah. Mereka menabur bakti
dan menyumbang tenaga kepada ekonomi. Dalam konteks para tani, kerajaan perlu mengambil inisiatif
untuk membantu dan mengubah nasib mereka.
Bincangkan
Soalan 4
Permintaan produk pertanian negara kian meningkat dengan peningkatan populasi rakyat tempatan dan
perkembangan pasaran global. Oleh itu, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan
golongan generasi muda menceburi bidang pertanian yang menjanjikan pendapatan yang lumayan sebagai
kerjaya mereka.
Bincangkan.
Soalan 5
Tidak dinafikan, ramai orang akan pergi melancong bersama-sama dengan keluarga mereka terutamanya
pada musim perayaan dan pada masa cuti sekolah. Oleh itu, apakah kebaikan- kebaikan pelancongan
kepada rakyat sesuatu negara dan negara itu sendiri?
Bincangkan pernyataan tersebut.
Soalan 6
Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berkembang pesat menyebabkan modus
operandi penjenayah siber juga semakin canggih. Kini, jenayah digital yang menggunakan telefon bimbit
sebagai saluran modus operandi semakin berleluasa dan masalah ini perlu dibanteras segera.
Bincangkan

Anda mungkin juga menyukai