Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM EARLY BIRD

TARIKH : 6/10/2023
MASA : 7.15 PAGI – 7.35 PAGI
LATIHAN TUBI TATABAHASA - PENYUNTINGAN
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1) Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama
dalam bidang perniagaan.
2) Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
3) Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
4) Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
5) Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6) Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.
7) Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
8) Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.
9) Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
10)Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
11)Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
12)Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat.
13)Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
14)Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
15)Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
16)Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
17)Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya.
18)"Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
19)Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
20)Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
21)Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden
rompakan bank pagi semalam.
22)Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
23)Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
24)Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong
membuat persiapan hari raya.
25)Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
26)Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya.
27)Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
28)Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.
29)Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka.
30)Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.
JAWAPAN

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya menempa nama dalam bidang
perniagaan. kedua-dua
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. keledek goreng
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. oleh
sebab
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal-hal lain
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. apabila
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. marah akan
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu. berminggu-minggu
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh
hari.Berbagai-bagai / Pelbagai
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. sos cili
10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00
pagi.Semua peserta
11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. dibakar oleh ibunya
12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. saling membantu / bantu-
membantu
13. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. daripada
14. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. memperlebar
15. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ialah
16. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. dalam
17. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. Telekung mini
18. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik
19. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. kami usahakan
20. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. sangat terang/terang-
benderang
21. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan
bank pagi semalam. perompak
22. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada
23. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya. beberapa
24. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan bergotong-royong
membuat persiapan hari raya. pada
25. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi. membincangkan
26. Wahida gemarkan masakan yang dimasak oleh kakaknya. gemar akan
27. Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung. Setengah
28. Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan. pelajar
29. Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka. Buku...tebal-tebal belaka/ Buku-buku...tebal
belaka.
30. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin. daun

Anda mungkin juga menyukai