Anda di halaman 1dari 3

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.

Gariskan kesalahan tersebut dan tulis


jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1) Doamu itu ikhlas punca ketenangan kami semua.

2) Jalan ke pusat peranginan dalam kawasan tersebut bengkok.

3) Bakul sia itu di dalam simpanan ketua kumpulan projek kami.

4) Mengikut cerita rakyat, tuan puteri itu telah keluar dari buih.

5) Kerjasama yang sedang kita amalkan bak seperti aur dengan tebing.

6) Pemandangan di pantai semasa ombak memutih sungguh amat indah sekali.

7) Beberapa ikan kembung digulai oleh tukang masak restoran itu.

8) Dalam kawasan padang pasir, unta ialah binatang yang digunakan sebagai pengangkutan.

9) Bau harum itu dari setanggi yang telah dibakar oleh ibunya.

10) Senduk yang dibuat daripada kelapa tempurung sangat berguna.

11) Binatang ternakan di ladang tersebut bukan milik Amir keluarga.

12) Segala ikhtiar telah dicuba bagi untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

13) Projek kembara bahasa pada seluruh Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

14) Adikong ketua negara ini dari kalangan pengikut setianya.

15) Elaun yang diterima oleh pegawai kadet setiap-tiap bulan tidak besar sangat.

16) Pembantu jurujual memasukkan goreng kacang ke dalam kelongsong kertas.

17) Cerita tentang burung cenderawasih di dalam hikayat tersebut.

18) Buah manjakani ini daripada orang tua itu demi untuk mengubat penyakit anak kamu.

19) Inilah kerampagi yang ibu beli untuk ayah bercukur.

20) Baginda bersemayam di kerusi dikelilingi oleh lapan orang biduanda.

21) Sungguh indah peterana untuk diduduki oleh beliau dan permaisurinya.

22) Maka Sultan pun bersemayam di atas singgahsana kerajaan yang bertatahkan dengan permata.
23) Budaya kosmopolitan kurang sesuai akan Imran yang berasal dari kampung.

24) Muzakarah antara alim ulama itu bagi membincangkan tentang persoalan gejala murtad dalam masyarakat
kini.

25) Anak bongsu adik angkat Puan Rahmah baharu bertugas di IPTAR.

26) Berita tentang banjir yang baru disiarkan oleh RTM dari BERNAMA.

27) Bunyi gembira ketawa tadi oleh kanak-kanak tadika di sebelah rumah saya.

28) Jentolak ini tidak alat untuk membersihkan kawasan semak di situ.

29) ABIM ialah sebuah penubuhan yang menarik minat belia Islam di negara ini.

30) Cerpen berjudul “Menanti Senja” karya abangnya telah memenangi pertama hadiah.

31) Suradip sangat berjaya sebagai penyanyi pertama kugiran yang dibentuk tahun lalu.

32) Sumbangan Mabbim ke dalam bidang pengembangan bahasa Melayu sangat besar.

33) Segala kehendak anak bongsunya lelaki tersebut ikuti.

34) Perasmi majlis itu adalah Pengarah Pelajaran Negeri.

35) Pemimpin ini sangat adil dan amat disanjung oleh sekalian pengikut-pengikutnya.

36) Saya berasa terpanggil untuk menjawab tuduhan yang tidak berdasar itu.

37) Orang yang memveto cadangan tersebut itu daripada pihak pengurusan.

38) Buah jambu sebesar-besar bola hoki itu untuk adik.

39) Pandangan adik kamu tidak sejauh pandangan mereka yang telah hidup lama.

40) Petinju yang memenangi pertandingan dan separuh akhir tidak daripada pasukan kami.

41) “Salmah, buatkan tetamu kita secawan kopi susu”, kata nenek pada ibu.

42) Tolong ambil saya majalah sukan di atas meja itu.

43) Inilah balasan kepada surat yang dikirim dua dulu minggu.

44) Seniwati yang telah membuat persembahan di dalam majlis tersebut dari negara jiran.
45) Para hadirin sekalian perjumpaan pada malam itu sangat gembira dengan cara masalah itu diselesaikan.

46) Majlis taklimat tentang Program Pembangunan Ekonomi Negara disempurnakan oleh seseorang usahawan
tempatan.

47) Semangat nasionalisme di kalangan pelajar tersebut ialah semangat yang dipupuk oleh sekumpulan
pejuang negara.

48) Ucapan itu amat sesuai tetapi kata Pak Halim, “Sudahilah ucapan itu dengan harapan agar supaya mereka
selamat sampai ke destinasi.”

49) Keruping kepada kudis di betisnya semakin kering.

50) Mereka telah sudah menjelajah ke seluruh negara Thailand.

Anda mungkin juga menyukai