Anda di halaman 1dari 2

Senarai Peribahasa

1) Ibarat belayar sambal memapan.

2) Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

3) Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.

4) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

5) Orang mengantuk disorongkan bantal.

6) Zaman Tuk Nadur berkajang kain.

7) Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.

8) Bertangguh itu pencuri masa.

9) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

10) Titik peluh.

11) Hujan halau mentua pun turun.

12) Kecil-kecil cili padi.

13) Kembang hidung.

14) Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

15) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

16) Takkan lari gunung dikejar.

17) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

18) Jauhari sahaja yang mengenal manikam.

19) Indah khabar daripada rupa.

20) Bapa borek anak rintik.

21) Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

22) Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang.

23) Kera mendapat bunga.

24) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

25) Sambil menyelam minum air.

26) Jauh berjalan luas pandangan.

27) Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan jatuh ke tanah juga.

28) Bagai itik mendapat air.

29) Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah.

30) Kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang.


31) Air tenang jangan disangka tiada buaya.

32) Anak buah.

33) Seperti telur di hujung tanduk.

34) Ttik hitam.

35) Pisang tidak berbuah dua kali.

36) Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

37) Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

38) Mata air.

39) Jalan tengah.

40) Tanah air.

41) Hidup berjiran membawa bahagia.

42) Sakit sama menyaduh, luka sama menyiuk.

43) Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

44) Mulut biar manis, hati biar baik.

45) Adat pulau limburan pasang.

46) Jiran umpama keluarga.

47) Membuang muka.

48) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

49) Di mana ada gula, di situ ada semut.

50) Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.

51) Besar periuk, besarlah keraknya.

52) Condong diumpil, lemah dianduh.

53) Ke mana perginya layang-layang, talinya ada pada kita.

54) Air tangan.

55) Membuka mata.

56) Panas baran.

57) Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan binasa.

58) Malang tidak berbau.

59) Turun padang.

Kertas Kerja Cikgu T’mas

Anda mungkin juga menyukai