1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan
sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.
a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan
berselang dengan ‘serta’)
Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.
Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.
Betul:
-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.
Betul:
-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.
Betul:
-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.
e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta
bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah
…….)
Salah:
-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.
Betul:
-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.
f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan
gunakan ‘dan’ )
Salah:
-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.
Betul:
-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.
Betul:
-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
Betul:
-Dia kaya tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.
j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh
sebab’ tidak boleh diletak di tengan ayat.
Salah:
-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
Betul:
-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.