1. MAKSUD:
Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.
i. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)
Salah:
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
Betul:
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya.
ii. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)
Salah:
-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)
Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.
iii. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)
Salah:
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.
Betul:
iv. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.
Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)
Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.
v. ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)
Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)
Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)
vi. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.
Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
viii. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk
manusia.
Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
ix. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.
Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan. (pembahagian)
Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan. (pembahagian)
x. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)
Salah:
-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.
xi. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.
Salah:
-Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke hari dia membesar.
-daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.
Betul:
-Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke sehari dia membesar.
-dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-dari hari ke hari dia membesar.