PENGGOLONGAN KATA
KATA NAMA
1.- terdiri daripada
a) Kata Nama Am - bernyawa ( manusia, tumbuhan dan haiwan )
- - tidak bernyawa ( benda, tempat )
2.Kata Nama Am dapat dikategorikan kepada dua kumpulan dari segi maksudnya,
yang bersifat konkrit dan yang bersifat abstrak.
4. Kata Nama Terbitan ialah Kata Nama yang telah mengalami proses pengimbuhan.
Contohnya
1. saya – diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali
2. hamba – diri sendiri pada zaman dahulu
3. aku – diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang rapat/ berdoa
4. beta – raja / sultan / kerabat diraja bertitah kepada rakyat
5. daku – tulisan/ nyanyian sebagai objek pada kata sendi / kaka kerja transitif
yang diakhiri dengan huruf ‘n’
6. patik – rakyat apabila bercakap dengan raja / sultan / kerabat diraja
7. kami – diri orang yang berkata dan temannya apabila bercakap dengan orang
kedua
8. kita – diri sendiri ( si penutur), rakan dan orang yang mendengar
Kesalahan Umum
• Jangan menggunakan ‘aku’ dalam situasi rasmi dan apabila berinteraksi dengan
seseorang yang perlu dihormati / lebih tua.
- “Aku hendak pergi ke tandas,” kata Halim kepada cikgu. ( salah )
“ Saya hendak pergi ke tandas, “ kata Halim kepada cikgu. ( betul )
• ‘saya’ tidak boleh digunakan oleh anggota keluarga untuk bercakap dengan
anggota yang lebih muda daripadanya
- “Saya mahu engkau mengelap meja,” kata Puan Lee kepada anaknya. ( salah )
“ Ibu/ Aku/Emak mahu engkau mengelap meja,” kata Puan Lee kepada
anaknya. ( betul )
• Jangan menggunakan kami semua atau kita semua, kami/ kita sudah membawa
maksud jamak.
- Kita semua mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. ( salah )
Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. ( betul )
Kesalahan Umun
- “ Awak hendak ke mana?,” Ella bertanya kepada ibunya. ( salah )
Penggunaan ‘awak’ adalah salah, ganti dengan ibu, ayah,encik,cik,tuan, puan
cikgu atau nama orang tersebut berdasarkan konteks ayat.
Kesalahan Umum
Kata ‘dia/ia’ digunakan untuk orang sahaja dan tidak boleh digunakan untuk benda/
binatang
- Anak kucing itu sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
Anak kucing itu sakit. Anak kucing itu perlu dirawat. ( betul )
Kata’ia’ tidak boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi/ kata kerja transitif.
- Saya tidak sependapat dengan ia. ( salah )
- Saya tidak sependapat dengan dia. ( betul )
Kesalahan Umum
- Saya tidak ke mana semalam. ( salah )
Saya tidak ke mana-mana semalam. ( betul)
Kesalahan Umum
- Bimbinglah hambamu, ya Tuhan. ( salah )
Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhan. ( betul )
KATA KERJA
- merujuk pada sesuatu perbuatan yang berlaku
Kesalahan Umum
-meningkatkan lagi pencapaian ( salah )
- meningkatkan pencapaian lagi ( betul)
Kesalahan Umum
Kesalahan Umum
- dibaca oleh saya ( salah)
- saya baca ( betul)
KATA ADJEKTIF
-Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
Kesalahan Umum
* Kata adjektif yang menerima imbuhan ‘ter-‘ dan kata penguat ‘paling’ tidak perlu
diikuti penggunaan perkataan ‘sekali’.
KATA TUGAS
- Kata yang tidak dapat berdiri sendiri
- memerlukan kata-kata lain untuk membentuk ayat lengkap
* Golongan kata yang dikategorikan segai kata tugas termasuk Kata Hubung, Kata Sendi,
Kata Nafi, Kata Penegas, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Pemeri, Kata Seru dan Kata
Tanya.
1. Kata Hubung
- menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat
dengan ayat
- Jenis–jenis kata hubung
Kesalahan Umum
* Penggunaan’ bila’ ( Kata Tanya ) dan’apabila ‘( Kata Hubung)
- Para penonton ketawa bila melihat telatah baduk itu. ( salah)
- Para penonton ketawa apabila melihat telatah baduk itu. ( Betul)
* Penggunaan ‘agar’/’supaya’
( ‘agar’ dan ‘supaya’ membawa maksud yang sama)
- Anda perlu berakhlak mulia agar supaya anda dihormati orang. ( salah)
- Anda perlu berakhlak mulia agar dihormati orang. ( betul )
- Anda perlu berakhlak mulia supaya dihormati orang. ( betul)
2. Kata Sendi
- Kata sendi digunakan untuk menerangkan frasa nama dengan kata-kata atau
yang lain.
- Antara kata sendi ialah dari, daripada, ke, pada, kepada, akan, hingga, tentang, dengan,
seperti, umpama, demi, untuk dan sebagainya.
Kesalahan Umum
- Ubat itu disapu di lututnya. ( salah)
-Ubat itu disapu pada lututnya . ( betul )
Kata sendi di
- hanya digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan tempat/arah
Contohnya,
- Ahmad terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya.
- Dia bekerja di syarikat swasta.
Kesalahan Umum
- Abu berada di dalam hospital. ( salah )
Abu berada di hospital. ( betul )
Kesalahan Umum
- Dia bertolak daripada Kajang pada pukul 7.00 pagi. ( salah )
Dia bertolak dari Kajang pada pukul 7.00 pagi. ( betul )
Kesalahan Umum
- Borang penyertaan boleh didapati dari kementerian penerangan. ( salah )
Borang penyertaan boleh didapati daripada kementerian penerangan. ( betul )
- Peratus pencapaian PMR tahun 2007 telah meningkat dari 89.23% ke 94.5 % ( salah)
Peratus pencapaian PMR tahun 2007 telah meningkat daripada 89.23% kepada
94.5%. ( betul )
Kata sendi ke
- hanya digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan tempat, arah, waktu/masa
- Setiap pagi bermula dari pagi hingga ke malam,…
- Dia akan bertolak ke Pulau Pinang pada awal pagi esok.
Kesalahan Umum
- Pinggan itu dihempaskan di lantai. ( salah )
Pinggan itu dihempaskan ke lantai. ( betul )
Kesalahan Umum
- Para remaja mudah terpengaruh dengan adegan-adegan ganas dalam filem. (salah)
Para remaja mudah terpengaruh oleh adegan-adegan ganas dalam filem. ( betul)
- Lawatan itu dibatalkan oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. (salah)
Oleh sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan, lawatan itu dibatalkan. (betul )
Kesalahan Umum
Persahabatan di antara Mei Mei dan Sin Thia sangat akrab. ( salah)
Persahabatan antara Mei Mei dengan Sin Thia sangat akrab. ( betul )
KATA PENEGAS
- Kata yang menerangkan / menekankan bahagian tertentu dalam ayat
Contohnya –kah, -tah, -lah, pun, juga, jua, sahaja, lagi, hanya, memang,
cuma dan yang.
Contah Ayat:
- Aku tidak mahu bergantung kepada sesiapa lagi.
- Cuma Tuhan sahaja yang tahu akan isi hatinya.
KATA BANTU
- wujud sebelum kata utama iaitu kata kerja, kata adjektif atau kata sendi
- terbahagi kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam
KATA PENGUAT
- memberi penekanan maksud kepada kata adjektif
- dapat hadir secara bebas, di hadapan atau di belakang kata adjektif
* Kata Penguat Hadapan : agak, begitu, kurang, telah, paling, terlalu, cukup
* Kata Penguat Belakang : benar, betul, nian, sekali
* Kata Penguat Bebas : amat, sangat, sungguh
Contohnya,
- Sungai itu sangat dalam.
- Busuk benar bau di tempat pembuangan sampah itu.
Kesalahan Umum
- Sangat besar sungguh kapal itu. ( salah )
- Besar sungguh kapal itu. ( betul )
- Orang ramai begitu yakin benar bahawa pilihanraya akan diadakan pada tahun ini
(salah)
Orang ramai begitu yakin/ yakin benar pilihanraya akan diadakan pada tahun ini.
(betul)
KATA PEMERI
-Kata yang bertujuan menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat
- digunakan untuk menghuraikan/menerangkan sesuatu perkara
Kesalahan Umum
- Kathy adalah merupakan pelajar cemerlang dalam PMR. ( salah)
- Kathy ialah pelajar cemerlang dalam PMR. ( betul)
Kata Pemeri adalah
* kata pemeri adalah bertugas di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
( diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada dengan dsb)
- Maklumat itu adalah benar.
- Syarahannya itu adalah terlalu pendek.
- Keputusan para juri adalah muktamad.
- Hidup di dunia ini adalah sementara.
- Matlamat penubuhan dana ini adalah untuk membantu mangsa banjir kilat.
- Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada 31 Disember 2007.
- Bunga itu adalah daripada Salmah.
- Salah satu langkah yang diambil adalah dengan mengadakan projek anak angkat.
“ada” membawa maksud sudah tersedia/terkumpul, oleh itu objek selepasnya tidak
perlu digandakan
- ada pelajar-pelajar… ( salah)
- ada pelajar … ( betul )
KATA SERU
- menyatakan pelbagai perasaan seperti sakit, terkejut, mengejek, sedih kagum dan hairan
- biasanya diikuti dengan tanda seru, contohnya
* Wah, Oh, Eh :
menyatakan perasaan terkejut, cemas dan hairan
- Wah, sungguh jernih air di sungai ini!
- Eh, tinggi betul awak sekarang!
- Oh, jauh betul dia melompat!
-
* Cis, Nah :
menyatakan perasaan benci dan marah
- Cis, pergi dari sini!
- Nah, terima tumbukan aku ini!
* Aduhai :
perasaan sedih, kecewa dan memohon simpati
- Aduhai, beginilah penyakitku!
- Aduhai, kasihan sungguh nasib budak itu.
* Syabas :
menyatakan perasaan gembira
- Syabas, awak juga dapat mengalahkannya!
- Syabas, kamu memang juara di sekolah ini!
* Aduh :
menyatakan rasa sakit
- Aduh, sakit betul kaki ini!
- Aduh, pedih di mataku masih belum pulih lagi.
-
* Amboi
: menyatakan perasaan haiwan, terkejut dan mengejek
- Amboi, hijau betul baju kamu ini!
- Amboi, kurus betul awak sekarang!
* Syukur :
menyatakan perasaan gembira, mengucap terima kasih
- Syukur, berjaya juga aku memasuki universiti!
- Syukur, mangsa tanah runtuh itu dapat diselamatkan!
KATA TANYA
- sesuatu perkataan yang digunakan untuk mendapat jawapan tentang sesuatu
* Apa – bertanyakan benda/ haiwan
* Berapa – bertanyakan bilangan/ jumlah
* Siapa - bertanyakan manusia
* Bila – bertanyakan masa
* Mengapa – bertanyakan sebab
* Bagaimana – bertanyakan cara
* Di mana – bertanyakan tempat
Kesilapan Umum
Penggunakan kata tanya yang ditambah kata partikel ‘-kah’ selepasnya harus
dikedepankan dalam ayat
- Apa benda itu? ( salah )
-Apakah benda itu? ( betul )
- Benda itu apakah? ( salah )
- Benda itu apa? ( betul )
---hadir sebagai predikat ayat, tidak perlu tambah kata partikel ‘-kah’
KATA BILANGAN
Kesalahan Umum
- Berbagai jenis kuih dijual di sini. ( salah )
- Berbagai-bagai/ Pelbagai kenis kuih dijual di sini. ( betul )
- Perjalanan dari sini ke Segamat mengambil masa lima setengah jam. ( salah )
Perjalanan dari sini ke Segamat mengambil masa lima jam setengah. ( betul )
* Perkataan yang berikutnya/ selepas kata bilangan tidak perlu digandakan, contohnya
- Semua ahli-ahli ( salah )
- Semua ahli ( betul)
Hukum D-M
- peraturan menyusun kata nama majmuk yang mendahulukan unsur yang diterangkan
(diringkaskan sebagai D)
dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M).
Kesalahan Umum
Contoh:
Salah : dalam lain perkataan
Betul :dengan kata-kata lain
PEMBENTUKAN KATA
PENGGANDAAN
Penggandaan – kata dasar yand digandakan ( diulang sebutannya)
- penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak
* membawa aspek makna yang tertentu
- maksud jamak/banyak (rumah-rumah, baju-baju)
- maksud tunggal/satu (kanak-kanak, rama-rama, lelabah)
- nama haiwan/binatang (jejantik, kelip-kelip,kunang-kunang, dedalu)
- menyerupai sesuatu (anak-anak, orang-orang, siku-siku)
- pelbagai/beraneka jenis (kayu-kayan, hutang-piutang, kuih-muih)
- perbuatan yan berulang-ulang (menggeleng-geleng, melonjat-lonjat)
-perbuatan yang berbalas-balas/saling ( bersalam-salaman, bantu-membantu)
- perbuatan yang berlanjutan ( berangan-angan, tercari-cari)
Jenis-jenis penggandaan:
a) penggandaan penuh
– menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar
berimbuhan/tanpa imbuhan
( hotel-hotel, penumpang-penumpang, pemburu-pemburu)
b) penggandaan separa
– menggandakan sebahagian daripada kata dasar
- kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal/kata terbitan
i) penggandaan suku kata yang pertama pada kata dasar
( tamu-tetamu, daun-dedaun, bola- bebola)
c) Penggandaan berentak
– menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi
▪ kata dasar dalam penggandaan ditambah dengan perkataan
yang lain bunyinya
i) penggandaan berentak pengulangan vokal
saki – saki-baki hiruk – hiruk-pikuk
calar – calar-balar
ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan
tanah- tanah-tanih compang-compang-camping
gopoh - gopoh-gapah
d) Penggandaan bebas-
- penggandaan yang tidak melibatkan ciri-ciri
persamaan bunyi
riuh – riuh-rendah segan – segan-silu
PENGIMBUHAN
- Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambah pada kata yang lain sehingga dapat
mengubah bentuk dan makna sesuatu kata.
- Imbuhan dapat mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata seperti kata nama,
kata kerja kata adjektif dan kata keterangan
IMBUHAN AWALAN
1) Awalan beR-
Kekecualian
* beR- menjadi bel- apabila diimbuhkan pada perkataan ajar dan unjur
beR- + ajar – belajar beR- + unjur - belunjur
* beR- menjadi be- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan
huruf r beR- + renang – berenang beR- + rasa -- berasa
Kekecualian
meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu
contohnya mengebom, mengesahkan, mengepos, mengetin, mengecat, dan mengelap
namun demikian ada beberapa kata pinjaman bersuku kata satu yang tidak
bergabung dengan imbuhan menge- , contohnya membrek, menstor, mengklip,
memblok
Kekecualian
* apitan menge-… -kan tidak menggugurkan kata dasar, contohnya mengetepikan
* beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p menerima awalan meN- tanpa
menggugurkan huruf p pada kata dasar, contohnya mempelopori, mempercayai,
dan mempedulikan,mempunyai,
*beberapa perkataan yang bermula dengan huruf t menerima awalan meN- tanpa
menggugurkan huruf t pada kata dasar, contohnya menternak, mentertawakan
* kekecualian untuk kata pinjaman yang bermula dengan huruf f dan p, contohnya
memfokus, memfitnah, memproses, memproses dan kata pinjaman yang bermula
dengan k, t dan s, contohnya mengkritik , mensyukuri, mentaksir, mentadbir,
menstabilkan
* kata kaji bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan meng- untuk membentuk
perkataan pengkaji, meng- + kaji - mengkaji ( menyelidik dan meneliti)
3) Awalan teR-
Fungsi penggunaan/ maksud
- tidak sengaja ( termakan, terlanggar, tersepak )
- keupayaan / kesanggupan ( terangkat, terbawa, tertewas, terdaki )
- keadaan tersedia ( tersusun, terbuka, terkunci )
- paling ( tercantik, terkecil, tertinggi )
- perbuatan yang berterusan ( terjerit-terjerit, tertanya-tanya, ternanti-nanti )
4) Awalan peN-
Fungsi penggunaan / makna
- orang yang melakukan sesuatu ( pengarah, peladang, penyuruh )
- orang yang menjawat tugas ( penghulu, pengurus, pensyarah )
- orang yang gemar / suka sesuatu ( peminum, perokok, penidur )
- orang atau benda yang memiliki sesuatu sifat ( penyabar, pemalu, pendiam )
- alat untuk melakukan sesuatu ( penggali, penumbuk, penyapu, penuai )
- ukuran masa, saiz, atau jarak ( pemeluk, pemanah, pengayuh )
Kekecualian
* Apabila peN- diimbuhkan pada kata dasar kerja dan ternak, huruf awal kata dasar
tidak berubah. peN- + kerja – pekerja peN- + ternak -- penternak
* Kata dasar kaji yang menerima awalan peng- akan membentuk
peng- + kaji -- pengkaji ( orang yang membuat kajian )
* Kata dasar kaji yang menerima awalan peN- dengan perubahan huruf k.
peN- + kaji -- pengaji ( orang yang belajar membaca al- Quran )
5) Awalan peR-
Fungsi penggunaan/ makna
- orang yang melakukan kerja ( perburu, pertapa )
- alat atau tempat ( perasap, perbara )
- per- yang bermaksud daripada seperti dalam perkataan perdua, pertiga bukan
bentuk yang berasal daripada imbuhan awalan peR-
6) Awalan ke-
Fungsi penggunaan/ makna
- orang atau benda ( kekasih, kehendak, ketua )
- kata bilangan tingkat ( kedua, ketujuh )
- kata bilangan himpunan ( ketiga-tiga, kedua-dua )
* Bagi kata bilangan tingkat, tanda sempang (-) mesti digunakan untuk merangkaikan
awalan ke- dengan angka ( ke-3, ke-10, ke-100 )
7) Awalan se-
Fungsi penggunaan/ makna
- menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar dari golongan
kata adjektif ( setinggi, sepedas, seburuk )
- menerbitkan kata keterangan apabila bergabung dengan kata bantu aspek
( sebelum, sesudah, setelah )
8) Awalan memper-
fungsi penggunaan/ maksud
- menganggap / memperlakukan sebagai ( memperhamba, memperalat )
- mengahwini ( memperisteri )
menjadikan lebih ( mempercepat, memperkecil, memperlebar )
membahagi ( memperdua, mempertiga )
b) Awalan Arab-Parsi
bi- bermaksud tidak, biasanya digunakan untuk menerbitkan kata adjektif
contohnya, biadab bermaksud tidak tahu adab
IMBUHAN AKHIRAN
1) Akhiran an-
Fungsi penggunaan / maksud
- tiap-tiap ( tahunan ) - berbagai-bagai (bunga-bungaan )
- yang menyerupai ( orang-orangan ) - hasil perbuatan ( lukisan ,makanan)
- alat ( kukuran ) - sesuatu yang terkandung ( kandungan )
- beberapa ( ratusan, ribuan, jutaan )
2) Akhiran kan-
hantarkan, serahkan, siapkan
3) Akhiran i-
rasai, akui, patuhi
IMBUHAN APITAN
1) Apitan ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
• keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
Fungsi penggunaan/maksud
- hasil perbuatan ( kerosakan, kejayaan, kemusnahan, kesayangan )
- tempat ( kediaman,kementerian, kedudukan )
- hal/keadaan tentang sesuatu ( kelakuan, kesesakan, keindahan, keagamaan )
- kumpulan ( kepulauan, keturunan )
- mirip sifat ( kebudak-budakan, kepahlawanan )
- sikap mementingkan ( kesukuan, kebangsaan )
3) Apitan peN-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
• hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
Fungsi penggunaan/maksud
- alat deria ( penglihatan, pendengaran )
- usaha/proses/hal ( pencemaran, pendaftaran, peningkatan )
- hasil perbuatan ( pendapatan, penderitaan, penggantungan )
- tindakan/kerja ( penyatuan, penanaman )
- pedalaman bermaksud daerah yang jauh dari pantai ( terletak di ceruk pelusuk )
- pendalaman bermaksud kerja-kerja /tindakan mendalamkan
4) Apitan meN-…-kan
Fungsi penggunaan / maksud
- menjadikan sesuatu sebagai ( menghadiahkan sebentuk cincin )
- memasukkan sesuatu ke dalam ( mengandangkan )
- membawa ke darat ( mendaratkan )
- menjadikan satu ( menyatukan ) - menyebabkan menjadi lebih besar
- menjadikan berhubung ( menghubungkan ) ( membesarkan )
- membeli untuk ( membelikan adik ) - menyebabkan berdiri ( mendirikan )
- membawa lari ( melarikan diri ) - membawa keluar ( mengeluarkan )
5) Apitan meN -… -i
Fungsi penggunaan
- rindu akan ( merindui ) - memberikan sesuatu kepada ( menghadiahi)
- memberi sifat penuh ( memenuhi ) - sifat marah kepada ( memarahi )
- melakukan perbuatan kasar ( mengasari ) - mengirim sesuatu kepada ( mengirimi )
- menikam berkali-kali ( menikami ) - membuangmengadakan kulit ( menguliti )
7) Apitan memper…i
Fungsi penggunaan
- beringat akan/ mengenangkn sesuatu peristiwa ( memperingati )
- menjadikan objek beroleh senjata ( mempersenjatai )
- menjadikan objek baru semula ( memperbaharui )
9) Apitan ber-…-kan
- bersenjata dengan ( bersenjatakan )
- bertanya dengan ( bertanyakan )
IMBUHAN SISIPAN
-kata-kata terbitan yang terjadi dengan adanya bentuk-bentuk sisipan seperti el-, em-,
dan er-
- bentuk sisipan tidak produktif lagi
1) Sisipan el- ( telunjuk, geletar, selerak, kelemumur, keluping, kelupas )
2) Sisipan em- ( .gemuruh, gemerlap, semerbak, gementar, kemunting )
3) Sisipan er- ( seruling, gerigi, gerodak, serabut )
PEMAJMUKAN
Kata majmuk terhasil apabila dua kata dasar atau lebih digabungkan. Penggabungan ini
akan membawa makna tertentu.
Istilah khusus
▪ deria rasa
▪ hukum alamiah
▪ graf terarah
▪ meter alir
▪ rapat umum
▪ air mata
▪ bulu roma
▪
Simpulan Bahasa
▪ ringan tulang
▪ buah fikiran
▪ darah muda
▪ anak emas
▪ bulan madu
AYAT PASIF
Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek
Contoh:
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam (√) – ayat pasif
Kerja itu sudah dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
Kelas itu telah kami bersihkan bersama-sama. (√)
Kelas itu telah dibersihkan oleh kami bersama-sama. (X)
kata kerja berimbuhan ‘ter’ boleh menerima kata sendi ‘oleh’ yang diikuti kata ganti
nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
Contohnya seperti ayat di bawah ini.
Beg yang berat itu terangkat oleh saya. (√)
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku = kata nama khas dan
kata nama am). Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif ‘di-’
2. Contoh: Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. (√) Motosikal itu
telah Rahim tunggang kelmarin. (X)
Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. (√) Kerusi dan meja
itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)
POLA AYAT
i. Ayat Penyata
- Perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India.
ii Ayat Tanya
- Siapakah pemuda kacak itu? ( menggunakan kata partikel )
- Pemuda kacak itu siapa? ( tanpa kata partikel )
Ayat Silaan
- Sila penuhkak kerusi di depan.
- Jemputlah ke rumah.
Ayat Permintaan
- Harap anda semua bersabar.
- Tolong belikan saya buah limau.
- Minta kamu semua bertenang,
Ayat Larangan
- Jangan melawan cakap orang tua.
- Usah besarkan hal yang remeh ini.
iv Ayat Seruan
– diucapkan untuk menyatakan pelbagai perasaan dengan
menggunakan kata seru.
* Perasaan gembira
- Syabas, kamu menjadi johan dalam pertandingan tersebut!
* rasa sakit
- Aduh,pedih di mataku masih belum pulih lagi!
* Perasaan mengejek
- Amboi, hijau betul baju kamu ini!
- Amboi, kurus betul awak sekarang.
* rasa kesyukuran
- Syukur,mangsa tanah runtuh itu dapat diselamatkan!
Bentuk-bentuk Ayat
Ayat Tunggal
-mengandungi hanya satu subjek dan satu predikat
Contoh: Pelajar itu mengulang kaji pelajaran.
(subjek) (predikat)
- ayat tunggal terdiri daripada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
Ayat Majmuk
- hasil daripada cantuman/ gabungan beberapa ayat tunggal
Nukilan Pn. See Giak Chiew (SMK Seri Mutiara, KL, 2007)