Anda di halaman 1dari 21

KELAS ONLINE

BAHASA MELAYU
ULANGKAJI TATABAHASA
KATA NAMA/ KATA GANTI NAMA/ KATA ADJEKTIF
DAN KATA KERJA
KATA NAMA
-TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU KATA NAMA AM , KATA
NAMA KHAS DAN KATA NAMA TERBITAN
KATA NAMA AM
• bernyawa ( manusia, tumbuhan dan haiwan )
• tidak bernyawa ( benda, tempat )
• Kata Nama Am dapat dikategorikan kepada dua kumpulan dari segi
maksudnya, yang bersifat konkrit dan yang bersifat abstrak.
-Contoh Kata Nama Am yang bersifat konkrit: polis, lampu, makanan
-Contoh Kata Nama Am yang bersifat abstrak : ilmu, adab, keselesaan
KATA NAMA KHAS
•  ditulis dalam bentuk huruf besar.
•  Contohnya:  Proton Saga, Ahmad, Sang Kancil
KATA NAMA TERBITAN
• Kata Nama yang telah mengalami proses pengimbuhan.
• Contohnya: Pengangkutan – imbuhan apitan      
rancangan   - imbuhan akhiran
pentadbir – imbuhan awalan
pepatung – imbuhan sisipan
jutawan – imbuhan asing
KATA GANTI NAMA
TERDIRI DARIPADA 6 JENIS IAITU KATA GANTI NAMA DIRI
PERTAMA, KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA, KATA GANTI NAMA
DIRI KETIGA, KATA GANTI NAMA TUNJUK/TEMPAT , KATA
GANTI NAMA TAK TENTU DAN KATA NAMA SINGKATAN
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
• saya – diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali
• hamba – diri sendiri pada zaman dahulu
• aku – diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang rapat/ berdoa
• beta – raja / sultan / kerabat diraja bertitah kepada rakyat
• daku – tulisan/ nyanyian sebagai objek pada kata sendi / kaka kerja transitif
                  yang diakhiri dengan huruf ‘n’
• patik – rakyat apabila bercakap dengan raja / sultan / kerabat diraja
• kami – diri orang yang berkata dan temannya apabila bercakap dengan orang
                  kedua
•  kita – diri sendiri ( si penutur), rakan dan orang yang mendengar
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
• 1.      anda – diri orang kedua yang tidak bersemuka / secara bertulis
• 2.      awak – bercakap dengan orang yang rapat / panggilan orang atasan
•                   kepada orang bawahan
• 3.      engkau – bercakap dengan kenalan rapat / berdoa
• 4.      dikau – merujuk kepada orang kedua ( dalam sajak atau seni kata lagu )
•                    digunakan jika perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf ‘n ‘
• 5.      kamu – orang yang lebih tua / dewasa , ditujukan kepada anak, para
•                    pelajar dan sebagainya
• 6.      tuanku – apabila bercakap dengan sultan / raja, bermaksud ‘ tuan yang mulia’
• 7.      kalian – digunakan apabila bercakap dengan lebih daripada seorang
KATA GANTI NAMA KETIGA

1. dia/ia – digunakan untuk orang biasa pada umumnya
      

• 2. –nya – menggantikan dia/ia, tidak boleh berdiri sendiri,


      

•                   ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya


• 3. mereka – jika bilangan lebih daripada seorang
      

• 4. beliau – digunakan untuk orang yang dihormati


      

• 5. baginda – digunakan untuk kerabat diraja


      
KATA GANTI NAMA TEMPAT/ TUNJUK

• menunjukkan nama benda, tempat dan cara yang hendak dinyatakan


•    Contohnya sini, situ, sana, ini, itu, begini, begitu
KATA GANTI NAMA TAK TENTU
• - tidak merujuk sesuatu secara khusus
•  - terbentuk dengan menggandakan kata tanya
•   Contohnya apa-apa, bila-bila, siapa-siapa (sesiapa), mana-mana
KATA GANTI NAMA SINGKATAN
• - digunakan dalam bahasa percakapan dan bentuk karya sastera
seperti sajak, cerpen dan novel
• - Contohnya ku, kau, ni, tak , ku, gitu, mu
• - tidak digalakkan dalam keadaan rasmi
KATA ADJEKTIF
Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama
dan terbahagi kepada 9 jenis kata adjektif.
JENIS –JENIS KATA ADJEKTIF
• - Kata adjektif sifat/keadaan ( ramah, buas, cergas, sihat)
• - Kata adjektif warna ( hijau, biru kuning )
• - Kata adjektif ukuran ( nipis, panjang, besar, tinggi )
• - Kata adjektif waktu ( awal, segera, silam, lewat)
• - Kata adjektif perasaan ( sedih, rindu, gembira, benci)
  * Kata adjektif perasaan mesti diikuti dengan penggunaan perkataan’akan’.
• - Kata adjektif pancaindera ( wangi,  wangi, sedap, lembut)
• - Kata adjektif jarak ( jauh, hampir, nyaris, dekat)
• - Kata adkektif bentuk ( bujur, bulat, lonjong, bundar)
KATA KERJA
merujuk pada sesuatu perbuatan yang berlaku dan terbahagi kepada 3 jenis
iaitu kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja pasif.
KATA KERJA TRANSITIF
•  Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk  melengkapkan maksud
• berkaitan langsung dengan perbuatan yang dilakukan
• Contohnya:
Abu mengulang kaji pelajaran setiap malam.
Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
• Kata Kerja yang tidak memerlukan objek/penyambut selepasnya

• terdiri daripada  i) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap                    


    
  ii) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP  
•  Kata Kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksudnya
•  Unsur pelengkap berbeza dengan objek/penyambut dan hanya berfungsi sebagai  keterangan
sahaja

• Contohnya: Para petani sentiasa bermandikan peluh.


                    Keadaan ayah beransur pulih.
                    Mereka tinggal di Taman Connaught.
                    Pengembara itu berselimutkan embun.
                    Dia menjadi guru.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

•  - Kata Kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek/penyambut.


•  - Contohnya: Semua orang pulang.
                       Adik saya masih tidur.
                       Padi sedang menguning.
                      Mereka asyik berbual.
KATA KERJA PASIF
• Kata kerja yang berasal daripada Kata Kerja Transitif tetapi tidak berawalan  meN-
• Jenis-jenis Kata Kerja Pasif
Buku itu dibaca oleh Ahmad .  (pasif imbuhan  ‘di-‘ iaitu pasif diri ketiga)
Baju itu saya jahit.                   ( pasif diri pertama)
Perkara tersebut belum awak putuskan. ( pasif diri kedua)
Nasi terhidang di atas meja.    ( pasifimbuhan ‘ter’)
Pencuri itu kena tangkap.       ( pasif dengan pengunaan kata ‘kena’)
Baju ayah sudah berjahit.       ( pasif imbuhan’ber-‘)
Pengikut itu kesejukan.           ( pasif imbuhan’ke-…-an’)
TAMAT
MINGGU DEPAN KITA SAMBUNG DENGAN
ULANGKAJI TATABAHASA KATA TUGAS

Anda mungkin juga menyukai